04/03/2026
PUASA BUKAN SEKADAR LAPAR & DAHAGA π€
Rasulullah SAW bersabda bahawa puasa itu adalah perisai.
Perisai daripada apa?
βοΈ Perkataan yang menyakitkan
βοΈ Sikap amarah
βοΈ Perbuatan jahil
βοΈ Pergaduhan yang sia-sia
Ramadan mendidik kita bukan hanya menahan lapar,
tetapi menahan diri daripada menjadi versi yang lebih buruk.
Bila diujiβ¦
Bila dicaciβ¦
Bila diprovokasiβ¦
Cukuplah kita berkata,
βSesungguhnya aku sedang berpuasa.β
Ramadan bukan tentang siapa paling kuat menahan makan,
tetapi siapa paling lembut menjaga akhlak.
Semoga puasa kita menjadi perisai yang benar-benar melindungi hati dan iman kita πβ¨
08/09/2025
Berjasa Johot turut menyertai program KITA pada bulan lepas.Terdapat banyak ilmu bermanfaat dan hubungan ukhuwwah yang dapat dibina.
08/09/2025
Pada bulan lepas telah berlansung program Usrah Khadijah yang membawa tajuk tentang kemerdekan.
"Erti Kemerdekaan Bagi Seorang Muslimah"
1.Sebaik2 manusia adalah manusia yg memberi kebaikan kpd org lain-sbg khalifah Allah swt.
2.Bersyukur dapat menjiwai manisnya tarbiyah wpun banyaknya tugas di pundak seorang muslimah kerana Wanita Tiang Negara.
Sangat berterima kasih kepada Rasulullah saw dan para sahabat yg telah menunjukkan jalan perjuangan membebaskan manusia dari menyembah manusia dan hawa nafsu kpd hanya menyembah Allah swt semata.
3. Realiti hari ini, kejahilan terserlah, kerana syariat Islam diabaikan sedangkn kembali kpd penghayatan Islam yg menyeluruh adalah penyelesaian kpd masalah sosial yg sgt bejat.
4.Yakinlah kita ada Allah sbgmana yakinnya Muhammad Al Fateh untuk menakluki Konstantinopel dan yakinnya rakyat Gaza menuntut kemenangan membebaskan tanah wakaf umat Islam ini dari cengkaman musuh Allah.
17/12/2024
Dunia Adalah perhiasan,
Dan sebaik-baik perhiasan,
Adalah wanita solehah.
-Riwayat Muslim-
17/12/2024
πͺπππ-ππππ π¨πππ πΎππππ
kini kembali ππ€©
"*Ibrah Isra' Mikraj* "
Assalamualaikum... adik-adik
Cuti sekolah bakal tiba..tak tahu nak buat apa?
ππππππ
Jom dengar cerita bersama ustazah Norazizi
π¬ Kuiz Menarik
π¬ Isra' Mikraj
π± Jamuan potluck dialukan
βοΈ Terbuka kepada peserta berumur diantara 6 hingga 12 tahun
Jumpa semua pada : β¬οΈ
πTARIKH : 17 DISEMBER 2024
πHARI : SELASA
πJAM : 08:00 - 09.15 MALAM
πTEMPAT : PARIT SELANGOR, PONTIAN
Untuk pertanyaan, hubungi :
Ustzh Norazizi (013-9388978)
Terima kasih.
02/12/2024
Kami mengajak seluruh wanita untuk sentiasa berpegang teguh kepada agama, menjadi ibu bapa yang memperkasa generasi dan sentiasa memelihara kedaulatan negara.
t.me/wanitatiangnegara
10/08/2024
JOHOR BAHRU,30 Muharam 1446H,Selasa - Ahli Jawatankuasa Wanita Berjasa Johor telah mengadakan sesi ziarah dan perbincangan bersama Ahli Jawatankuasa Penduduk Larkin Perdana (Blok).
Sesi ziarah ini berjalan dengan sangat baik di samping perkenalan kempen baharu yang akan diperkenalkan iaitu Kempen Wanita Tiang Negara.
Kempen Wanita Tiang Negara sedang dijalankan di peringkat pusat dan kempen ini akan terus disebar luaskan dan diperkasakan lagi di peringkat bahagian termasuk di bahagian Tebrau.
Semoga sesi ziarah ini dapat dilaksanakan dengan lebih kerap dan ukhuwwah antara jawatankuasa dapat diperkuat dan berpanjangan.
31/07/2024
SALAM TAKZIAH AS-SYAHID ISMAIL HANIYEH
Dunia Islam dikejutkan dengan pemergian pemimpin tertinggi Hamas, Ismail Haniyeh di Iran hari ini.
Semestinya perjuangan beliau selama ini akan dikenang oleh semua umat Islam dalam menuntut kemerdekaan sebuah negara yang berdaulat.
17/07/2024
Video mempromosi sambutan acara tahun George Town Festival ini hanya memaparkan budaya Cina dan India sahaja.
01/07/2024
BERJASA SASAR RM10,000 UNTUK PRK SG BAKAP
Berjasa setuju membantu kempen Perikatan Nasional (PN) pada PRK Sg Bakap. Justeru, Berjasa akan menurunkan jenteranya dari Lembah Klang, Perak, Kedah dan Pulau Pinang seramai 120 orang bagi memastikan calon PN menang.
Bagi memastikan hasrat ini tercapai, dana sejumlah RM10,000 diperlukan dengan kadar segera. Dana ini akan digunakan untuk sewaan penginapan, sewaan bas, pengangukan jentera dan makan minum sepanjang tempoh kempen.
Jumlah terkumpul setakat ini ialah RM1,700. Masih berbaki RM8,300 bagi mencapai sasaran RM10,000.
Besarlah harapan kami sekiranya tuan/ puan yang sedang membaca mesej ini untuk menghulurkan sumbangan SEGERA. Usah tunggu esok, tapi lakukanlah sekarang.
Sumbangan jihad tuan/ puan boleh dilakukan melalui salah satu medium di bawah:
01/04/2024
βApi kecil menjadi kawan, bila besar menjadi lawan'
Parit Selangor, 31 Mac - Begitulah pepatah yang biasa kita dengar. Sebuah rumah yang didiami 3 keluarga iaitu
En. Rosnin b Ahmad, En Farid b Makpul dan En Faizal b Saidi di kampung Parit Selangor, Pontian, Johor telah musnah dalam kebakaran. Kejadian menyayat hati tersebut berlaku pada kira-kira jam 10 pagi 30 Mac 2024. Kini mereka tinggal sehelai sepinggang dan menumpang di rumah jiran sebelah kerana tiada satu pun yang dapat diselamatkan.
Walau bagaimanapun syukur kepada Allah kerana semua penghuni rumah tersebit terselamat.
Wakil Berjasa telah berkunjung ke rumah mereka untuk menyampaikan sedikit sumbangan berupa pakaian dan sedikit wang.
Semoga sedikit sebanyak bantuan tersebut dapat meringankan beban yang digalas ekoran kejadian tersebut apatah lagi menjelang Aidilfitri tidak lama lagi.
Kepada sesiapa yangg ingin membuat sumbangan boleh salurkan terus ke akaun berikut :
7040802966
CIMBANK
MD FARID BIN MAHPUL
01108029379202
BANK ISLAM
SITI NOR FAEZAH BINTI ROSNI
23/01/2024
π¬ Masih ingat lagi filem Mat Kilau yang buat julung kalinya diterbitkan oleh Studio Kembara pada tahun 2022 yang mencapai kutipan 97 juta? β¨
π Jom sekali lagi kita jelajahi dunia perjuangan yang bakal membangkitkan semangat pahlawan dan cintakan tanah air dengan menonton "Pendekar Awang Darah Indera Gajah".
π₯ Rasai perjuangan dan kesusahan rakyat Palestin kini yang masih lagi berperang melalui "Pendekar Awang" yang mengingatkan kita pertembungan peradaban antara haq dan batil sentiasa berlaku dari dulu hingga kini sehingga memaksa nenek moyang kita bangkit berjuang pertahankan hak.
π"Pendekar Awang" membawa Anda ke dunia mempertahankan kedaulatan tanah Melayu dan melawan penjajah. Turut bersama perjuangan Pendekar Awang ialah barisan srikandi hebat!
π« Tertarik untuk Menyaksikan? Ini maklumatnya:
π
Tarikh : 27 Januari 2024
β° Waktu: 11.15 pagi
π Tempat: Womei Cineplex, Beletime Shopping Mall Danga Bay.
ποΈ Dapatkan Tiket Anda Sekarang!
Jangan lepaskan kesempatan untuk merasakan aksi mendebarkan. Tiket terhad, segera beli sebelum kehabisan!
Scan QR code di poster untuk βbooking seatβ anda atau klik link di bawah:
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdvmg4M-SuaABBJCJ9ZTUcITX20gESWywdcPk-lxp-PxYQ8Ew/viewform
π Harga tiket termasuk goodies yang pihak urusetia sediakan sebagai cemilan semasa menonton "Pendekar Awang" Bersama Kami! π‘οΈπ₯β¨
ONLINE TRANSFER
Bank: MAYBANK
No. Akaun: 151071413277
Nama Akaun: NUR AEZZAH BINTI AMIRRUDIN
Rujukan: PA
Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi Saudari Aezzah di talian β‘οΈ
http://wasap.my/601156629641/PendekarAwang
Terima Kasih. π