Please take note that this page is no longer active. I’ll use my Wahid Omar FB to share and communicate with friends. Thank you
Prof Datuk Ir Dr Wahid Omar
Former Vice Chancellor (2013-2020) and former Professor of UTM
12/05/2025
Alhamdulillah dalam bertatih menulis dan dengan dorongan kuat sahabat2 - akhirnya memoir ini dapat diterbitkan. Merekodkan perjalanan hidup selama 40 tahun bersama UTM. Bermula sebagai pelajar diploma (1980) sehingga di amanahkan sebagai NC #6 UTM (2013 - 2020) dan seterusnya bersara pada May 2022.
Terimakasih Editor YB Dato Kassim Thukiman dan Penerbit UTM. Juga kepada beberapa individu yang memberi dorongan secara langsung. Buku ini adalah olahan semula hantaran 40 hari di FB saya pada tahun 2022, sebelum bersara. Ada 378 halaman.
InsyaAllah sebahagian royalti (jika ada untung 😅) akan disumbang kepada Endowment UTM.
Check out Memoir Wahid Omar: 40 Tahun UTM Rimbun Bernaung for RM65.00. Get it on Shopee now! https://my.shp.ee/xhFfTbz
10/02/2024
Gong Xi Fa Chai to all friends celebrating 😊
31/12/2023
Selamat tahun baru 2024
Happy new year 2024
07/12/2023
Hari ni saya membuat transaction cashless hanya RM1.20 menggunakan paywave kad atm maybank. Transaction nilai paling kecik. Tanya cashier boleh ke? Dia kata boleh.
Saya share foto 2019. Ini antara usaha ketika itu untuk melaksanakan cashless di kampus. Ketika itu cukup sukar untuk memulakan usaha ini. Ada saja yang menjadi penghalang antaranya operator dalam kampus sendiri dan memilih kaedah/platform yang sesuai. Rasa kecewa pun ada sebab progress yang sangat perlahan. Sekarang gerai goreng pisang pun boleh handle cashless.
Apa yang ingin saya nyatakan, perubahan di peringkat awal sangat sukar, apa lagi kita ingin melakukan sesuatu yang baru. Tapi lama-kelamaan, perubahan berlaku dengan momentumnya sendiri. Malah kalau kita tak mau berubah, kita akan tertinggal
05/12/2023
Thanks UNIMY for the trust. Part of my ‘otai giving back’ package 😊
11/11/2023
Happy Deepavali to all Hindu friends
25/09/2023
Sedikit perkongsian pengalaman berkaitan pembangunan kepimpinan dI UTM
Pembangunan bakat kepimpinan di Universiti Teknologi Malaysia | UTM NewsHub Beberapa hari lepas saya telah dijemput oleh Pusat Pembangunan Bakat dan Kepimpinan Universiti (CTLD) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) untuk terlibat dal ...
24/09/2023
1. 10 tahun lalu UTM mengujudkan UTMLead. Antara tujuannya ialah membangunkan staf akademik dari aspek kepimpinan (selain dari kemahiran berkaitan pengajaran, penyeliaan dan tugas2 khusus seorang ahli akademik yang di jalankan oleh CTL) dan menyediakan bakat2 kepimpinan yang sesuai untuk mengambil tanggungjawab sebagai pemimpin di semua peringkat termasuk mempunyai kualiti sebagai pemimpin diri sendiri. Bagi saya satu aspek penting seorang ahli akademik.
2. Ini dilakukan atas kesedaran/keinsafan saya sendiri ketika itu yang menjadi NC tanpa melalui proses yang mantap untuk menerajui sebuah institusi seperti UTM. Malah ramai rakan2 akademik yang menerajui Fakulti/PTJ tidak mempunyai program tersusun yang boleh membantu mereka menjalankan tanggungjawab dengan lancar dan berkesan.
3. UTMLead yang khusus di wujudkan kerana cabaran menguruskan pembangunan kepimpinan staf akademik sangat kritikal dan ketika itu Unit yang menguruskan pembangunan staf di UTM menghadapi cabaran mendapatkan komitmen staf akademik.
4. Di peringkat KPT memang ada AKEPT. Namun AKEPT ketika itu hanya mampu memberi fokus kepada membangunkan bakat diperingkat tinggi.
4. Memang betul UTM sangat bernasib baik kerana sentiasa mempunyai staf akademik yang sanggup mengambil tanggungjawab kepimpinan dan mereka ini sangat berbakat dan berjaya melaksanakan tanggungjawab. Mana mungkin UTM berjaya cemerlang sehingga kini, jika para pemimpin di semua peringkat tidak berkualiti. Namun kita lihat ada institusi yang masih ketandusan bakat pemimpin.
5. Namun cabaran berterusan menguruskan institusi pengajian tinggi memerlukan pemimpin2 lebih bersedia dengan ilmu yang mantap dan kemahiran yang lebih menyeluruh. Sekali pandang mungkin tiada isu, namun menyelami lebih dalam, akan nampak berbagai cabaran yang berlaku. Bagi saya tidak adil kepada mereka yang dilantik menerajui Fakutil/PTJ tanpa dibantu membuat persediaan sewajarnya. Ini refleksi diri saya sendiri.
5. Kini UTM pergi lebih jauh iaitu membuat transformasi pengurusan sumber manusia (people governance) dan Pendaftar mengambil alih pembangunan kepimpinan staf akademik. UTMLead kini menjadi CTLD (Center for Talent and Leadership Development). Ini lebih holistik kerana keseluruhan pembangunan bakat kepimpinan staf kini (akademik dan staf bukan akademik) di bawah tanggungjawab Pendaftar. Syabas UTM.
6. Integrasi ini sangat baik kerana staf akademik dan bukan akademik akan beriringan membina kemahiran kepimpinan. Impaknya pasti lebih baik kepada UTM insyaAllah.
7. Saya menulis panjang kerana saya dan beberapa rakan yang bersara masih dilibatkan berkongsi dalam skop yang sesuai untuk kami. Program terbaru minggu lepas (20 -21 Sept), siri Executive Onboarding. Selain turut terlibat sekali sekala dalam program kecil-kecilan CTLD.
7. Penglibatan 'orang lama' atau 'otai' adalah satu keunikan . Tahniah dan syabas UTM.
Selamat Hari Malaysia 🇱🇷
30/08/2023
Fajar telah tiba, yang menyinsing membawa harapan…(lagu bahtera merdeka)
Selamat Menyambut Kemerdekaan. Malaysia is the only ship that every Malaysian own. Don’t allow it to sink. Kita tetap berjuang dengan cara sendiri.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Website
Address
81310
