01/06/2026
π²πΎ DIRGAHAYU TUANKU π²πΎ
Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah ke hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.
Patik sekalian warga MARDI Johor Bahru mendoakan agar KDYMM Tuanku sentiasa dikurniakan keafiatan, kesejahteraan, serta dilimpahi rahmat dan keberkatan Allah SWT dalam meneruskan pemerintahan yang adil dan berdaulat demi kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat.
Daulat Tuanku.
Dirgahayu Tuanku.
29/05/2026
IKLAN TAWARAN SEBUTHARGA MARDI JOHOR BAHRU
MDI/JHB/B/02/2026
PERKHIDMATAN MEMBEKAL, MEMASANG, MENGUJIGUNA DAN MENGHANTAR PERALATAN INFRASTRUKTUR PEMPROSESAN KICAP DI TESTBED MARDI JOHOR BAHRU
LOKASI :
PEJABAT PENTADBIRAN MARDI JOHOR BAHRU
No 4, Jalan Taruka, Kawasan Perindustrian Tampoi, Johor Bahru, Johor.
26/05/2026
Kursus Asas Keselamatan Personal dan Kepentingan Melindungi Kerahsiaan Maklumat Kerajaan Peringkat MARDI Johor Tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 26 Mei 2026 (Selasa) bertempat di MARDI Johor Bahru.
Seramai 21 orang peserta telah menghadiri kursus ini yang melibatkan warga kerja dari stesen MARDI Johor Bahru, MARDI Kluang dan MARDI Pontian.
β¨ Antara pengisian kursus yang telah disampaikan ialah:
πΉ Slot 1
Tajuk: Peranan dan Fungsi Program Khidmat Pengurusan, Psikologi dan Kebajikan (Pusat HM04) dalam Urusan Keselamatan MARDI
ποΈ Penceramah: Pegawai Tadbir HM04,
En. Muhammad Faiz Bin Jemarupin
πΉ Slot 2
1οΈβ£ Peranan dan Fungsi Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (KPKK)
2οΈβ£ Pengenalan Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88)
ποΈ Penceramah: Penolong Pengarah, Pegawai Keselamatan Kerajaan (KPKK),
En. Muhammad Faiz Rezuan Bin Mohd Nasir
Semoga kursus ini dapat meningkatkan kesedaran serta kefahaman warga kerja terhadap aspek keselamatan personal dan kepentingan menjaga kerahsiaan maklumat kerajaan selaras dengan peraturan yang ditetapkan. π€β¨
22/05/2026
Tahniah diucapkan kepada MARDI Johor Bahru, MARDI Pontian dan MARDI Kluang atas penganugerahan Pengurusan Dana Pusingan MARDI Terbaik bagi Tahun 2025. Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan dan komitmen berterusan dalam pengurusan Dana Pusingan MARDI yang berkualiti.
21/05/2026
πΎβ¨ MAHA 2026 kembali menggegarkan Zon Selatan! β¨πΎ
Jom ramai-ramai serbu Road To MAHA 2026 di Mydin Hypermarket Bandar Jasin Bestari, Melaka! ππ
Pelbagai aktiviti menarik, pameran agromakanan, jualan usahawan, produk tempatan & macam-macam lagi menanti anda! πππ½
π
23 β 24 Mei 2026
β° 10.00 pagi β 10.00 malam
π Mydin Hypermarket Bandar Jasin Bestari, Melaka
Bawa family, ajak kawan & jangan lepaskan peluang meriahkan event terbesar agro negara! ππ₯
πΎπ Road To MAHA 2026 Zon Selatan kini kembali membawakan pelbagai aktiviti menarik buat seluruh rakyat Malaysia!
Jom hadir memeriahkan program yang menghimpunkan pameran pertanian, produk agro tempatan, agropelancongan serta pelbagai pengisian menarik untuk seisi keluarga.
π
23 Mei β 24 Mei 2026
π 10.00 pagi β 10.00 malam
π MYDIN Hypermarket Bandar Jasin Bestari, Melaka
Jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama merasai kemeriahan menuju MAHA 2026!
βBila sebut Melakaβ¦ terbayang sejarah, keramahan dan makanan sedap belaka.β
βMana lagi, Melaka ler!πβ
20/05/2026
πΎ 100 hari je lagi tau! π
MAHA 2026 bakal kembali dengan macam-macam tarikan best, makanan sedap, jualan menarik & aktiviti untuk satu family! π₯
π MAEPS, Serdang
π 28 Ogos β 6 September 2026
Jangan sampai member pergi dulu baru nak cakap βeh bestnya!β π
Siap-siap kosongkan jadual korang okay! πβ¨
fans
18/05/2026
π’ MAKLUMAN PENANGGUHAN PROGRAM DI MARDI JOHOR BAHRU!!
π Pelaksanaan Bengkel Teknologi, Latihan Sangkut dan Latihan Teknologi di bawah Projek Pembangunan RMK-13 adalah ditangguhkan sementara waktu sehingga dimaklumkan kelak.
π€ Segala kesulitan amat dikesali dan kerjasama semua pihak amat dihargai.
π Terima kasih atas perhatian dan sokongan semua.
16/05/2026
LAWATAN PEMANTAUAN USAHAWAN PROJEK PERINTIS MARDI JOHOR
Lawatan pemantauan peserta projek perintis bagi tanaman kopi Liberika MARDI telah dijalankan ke syarikat AM Gemilang dan En Ahmad Salleh bagi menilai perkembangan tanaman serta mengenal pasti isu dan keperluan peserta di lapangan.
Lawatan turut dihadiri oleh Pengarah MARDI Negeri Johor, bersama pegawai dari Pusat Penyelidikan Tanaman Industri dan pegawai dari Pusat Pemindahan Teknologi & Pembanguan Usahawan Negeri Johor.
Melalui lawatan ini, pihak MARDI dapat berkongsi panduan teknikal, pemantauan amalan agronomi serta memberi khidmat nasihat kepada peserta bagi memastikan pengurusan tanaman kopi Liberika dilaksanakan dengan lebih sistematik dan berpotensi meningkatkan hasil pengeluaran pada masa akan datang.
MARDI
Pusat Pemindahan Teknologi & Pembangunan Usahawan
Datoβ Onn Hafiz Ghazi
Datoβ Zahari Sarip.
16/05/2026
π± LAWATAN PEMANTAUAN USAHAWAN AGROPRENEUR MUDA MARDI JOHOR π±
Satu lawatan pemantauan telah diadakan ke ladang milik salah seorang usahawan bimbingan MARDI, iaitu En. Ahmad Hafiz yang bertempat di Kahang, Kluang pada 10 April 2026.
Lawatan ini telah diketuai oleh Pengarah MARDI Negeri Johor bersama pegawai dari Pusat Pemindaan Teknologi dan pembangunan usahawan Johor.
Tujuan utama turun padang ini adalah untuk meninjau perkembangan semasa dan memantau kemajuan projek pertanian beliau selepas menerima suntikan dana melalui Geran Agropreneur Muda KPKM.
Untuk makluman, En. Ahmad Hafiz kini giat mengusahakan tanaman jagung manis dan jagung putih, berserta pelbagai jenis sayur-sayuran. Berkat usaha keras dan sokongan geran yang disalurkan, projek pertanian di ladang beliau dilihat semakin berkembang positif dan memberangsangkan. π½
Pihak MARDI sentiasa komited dalam membimbing dan memastikan kelangsungan projek usahawan muda kita ke arah pemerkasaan sektor agromakanan negara.
Tahniah dan selamat maju jaya diucapkan kepada En. Ahmad Hafiz! Semoga terus sukses dan menjadi inspirasi buat para belia di luar sana. ππͺ
MARDI
Pusat Pemindahan Teknologi & Pembangunan Usahawan
Datoβ Onn Hafiz Ghazi
Datoβ Zahari Sarip.