AADK Johor Bahru

AADK Johor Bahru

Share

Agensi Peneraju Membanteras Penyalahgunaan Dadah Dan Substan

Talian Hotline AADK
☎1-800-22-2235
📱019-6262233

www.aadk.gov.my

27/04/2026

Badan lemau? Kulit kusam? Perut tak selesa?
Itu tanda badan minta dijaga, bukan diracun.

Jaga diri tak susah:
💧 Minum air kosong
🥗 Makan makanan sihat
😴 Rehat cukup
🏃 Gerakkan badan setiap hari

Detoks sebenar bukan dari produk mahal —
tapi dari gaya hidup sihat.

🚫 Dadah bukan jalan keluar.
Ia rosakkan badan, fikiran & masa depan.

Sayangi diri.
Badan ni satu je kita ada.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235(AADK) atau 019-626 2233 untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Untuk mengetahui info-info Aktiviti dan maklumat semasa AADK Negeri Johor, Sila Like Page :

⁣FB AADK Negeri Johor
https://www.facebook.com/aadkjohor

Tik Tok AADK Negeri Johor
https://www.tiktok.com/

LIKE | COMMENT | SHARE⁣



27/04/2026

HIDAYAH ITU NYATA

Kadang kita jatuh bukan sebab kita lemah…
tapi sebab kita terlalu lama memendam luka sendirian.

Tak perlu tunggu esok... Hari ini boleh jadi titik paling rendah dalam hidup,
tapi... hari ini juga boleh jadi permulaan kebangkitan.

Jangan biar penyesalan jadi cerita hidup selamanya.
Ambil langkah pertama hari ini.

Kerana perubahan… bermula dengan satu keputusan 🕊️

Rawatan Dan Pemulihan Secara Sukarela

Ah Soon 林添顺 AH SOON
Onn Hafiz Ghazi
MEDIA DIGITAL JOHOR

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235(AADK) atau 019-626 2233 untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Untuk mengetahui info-info Aktiviti dan maklumat semasa AADK Negeri Johor, Sila Like Page :

⁣FB AADK Negeri Johor
https://www.facebook.com/aadkjohor

Tik Tok AADK Negeri Johor
https://www.tiktok.com/

LIKE | COMMENT | SHARE⁣



Photos from AADK Johor Bahru's post 26/04/2026

AADK JOHOR BAHRU GEGAR ZON 3 TAMAN KOTA MASAI

26.04.2026 (Ahad) - AADK Daerah Johor Bahru menggegarkan komuniti Taman Kota Masai dengan Program Gerakan Pemerkasaan Rakyat (GEGAR) "Komuniti Aktif, Gaya Hidup Sihat" bertempat di Gelanggang Futsal Jalan Delima 18. Program disertai oleh hampir 250 orang ahli komuniti. Antara pengisian program adalah aktiviti senamronik, pertandingan mewarna kanak-kanak dan acara sukan rakyat.

Perasmian program telah disempurnakan oleh Ybhg. Puan Hjh. Rap'enah Binti Ali, Ahli Majlis Kota Masai Zon 3, dan turut dihadiri oleh Tuan Haji Mohd Faisal Bin Maksom (Pengarah AADK Negeri Johor), Tuan Haji Zainal Abidin Bin Hj Jufrin (Ketua Kampung Kopok Baru), Encik Amzah Bin Moideen (Pengerusi Jawatankuasa Pemulihan Dadah Daerah Johor Bahru) serta pemimpin KRT dari Jalan Delima, Kuini, Nenas Besar, Nenas Kecil, Tembikai, Dukong, dan Cermai dan juga AJK JKPZ Zon 3. Program turut diserikan dengan kehadiran Encik Mohd Noor Bin Basiron Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Johor Bahru.

Sebagai Kampung Aspirasi Bebas Dadah (KABD) komitmen yang ditunjukkan oleh ketua komuniti dan komuniti setempat wajar dipuji.

Program seperti ini bukan sahaja mengeratkan ukhwah antara ahli masyarakat tetapi juga salah satu kebolehcapaian agensi kerajaan dengan aktiviti turun padang. Selain pameran antidadah agensi yang turut serta adalah IPD Sri Alam, LPPKN (KafeTeen), Jabatan Penjara Negeri Johor,Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Johor Bahru, dan pemeriksaan kesihatan oleh Klinik Kesihatan Pasir Gudang.

Tahniah dan Terima Kasih atas komitmen berterusan dari Komuniti Taman Kota Masai Zon 3 yang memberikan kerjasama tidak berbelah bahagi dalam merealisasikan program yang dirancang.

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



Photos from AADK Johor Bahru's post 26/04/2026

RONDAAN BERKALA DI KABD TINGKATKAN KESELAMATAN KOMUNITI

25.04.2026 (Sabtu) - Rondaan berkala merupakan satu strategi jangka panjang dalam meningkatkan rasa selamat dikalangan komuniti di Kampung Angkat Bebas Dadah (KABD). Rondaan dilaksanakan di sekitar Jalan Kuini, Taman Kota Masai. Rondaan disertai 15 anggota SRS/KRT dan 6 anggota AADK yang diketuai Encik Khairul Nizam Bin Kamarulzaman. Kehadiran anggota AADK disantuni Timbalan Pengerusi KRT Encik Rozi Bin Ahamad dan Encik Hamdan Bin Selamat (Ketua SRS). Program bermula jam 10.00 malam dan berakhir jam 12.00 pagi dengan rondaan bermotorsikal di sekitar kawasan Jalan Kuini.
Kerjasama dan komitmen berterusan dari ahli komuniti amat diperlukan dalam usaha membantu agensi melaksanakan program-program pencegahan dan penguatkuasaan dadah di kawasan setempat.
TAHNIAH dan Terima Kasih!!

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



Photos from AADK Johor Bahru's post 25/04/2026

LANGKAH PERUBAHAN

Sepanjang minggu lalu, Pegawai Pemulihan telah melaksanakan tugasan secara intensif dengan membawa sebanyak 3 kali syor ke mahkamah bagi kes di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dan Penyalah Guna Dadah & Bahan (Rawatan dan Pemulihan) yang melibatkan seramai 45 orang OKT .

Hasil daripada prosiding tersebut, seramai 29 orang OKT telah diperintahkan untuk menjalani rawatan dan pemulihan di pusat pemulihan, manakala baki 16 orang lagi dikenakan perintah pengawasan dalam komuniti. Keputusan ini dibuat berdasarkan penilaian tahap kebergantungan, risiko relapse serta kesediaan individu untuk berubah.

Dalam konteks kepulihan, setiap keputusan bukan sekadar angka ia adalah peluang kedua. Penempatan ke pusat pemulihan memberi ruang kepada klien untuk menjalani rawatan secara lebih tersusun, jauh daripada persekitaran lama yang berisiko. Manakala pengawasan dalam komuniti p**a menuntut komitmen tinggi daripada klien sendiri, kerana mereka perlu membuktikan perubahan dalam kehidupan sebenar iaitu mencari pekerjaan, mengurus emosi dan menjauhi pengaruh negatif.

Hakikatnya, proses kepulihan bukan jalan mudah. Ada yang jatuh, ada yang bangkit semula. Namun, setiap intervensi yang dijalankan adalah langkah kecil ke arah perubahan yang lebih besar. Peranan pegawai pemulihan bukan sekadar menguatkuasakan, tetapi menjadi pemudah cara membimbing, memantau dan memberi harapan agar klien mampu kembali berfungsi sebagai individu yang produktif dalam masyarakat.

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



Photos from AADK Johor Bahru's post 25/04/2026

TAKLIMAT RANCANGAN PEMULIHAN DAN ORIENTASI KLIEN BARU

Seramai 35 orang klien baru hadir bagi lapor diri pertama dan penerangan berkaitan Rancangan Pemulihan Klien (RPK) menggunakan Modul i-Pulih sepanjang menjalani tempoh pengawasan dalam komuniti selama 2 tahun.

Dalam sesi ini klien turut diberi penerangan berkaitan syarat-syarat pengawasan dan perlu hadir dalam setiap sesi yang dijadualkan. Ujian saringan air kencing turut dilakukan kepada klien dalam sesi ini.

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



24/04/2026

PELAN INTERVENSI

24.04.2026 - Klien ini hadir bagi mendapatkan khidmat nasihat kerana kembali terjebak kepada dadah (relaps). Memandangkan situasi ini menjejaskan emosi dan hubungan kekeluargaan, pegawai pemulihan telah melibatkan ahli keluarga dalam sesi kaunseling bagi mengenal pasti punca masalah serta membina sistem sokongan yang lebih baik.
Hasil sesi tersebut, pelan intervensi telah dirangka merangkumi tiga fokus utama:

Kerjaya:Klien yang telah menganggur selama empat bulan digalakkan mencari peluang pekerjaan baharu bagi membina semula rutin harian dan mencapai kestabilan hidup.

Kesihatan Mental : Memandangkan klien menunjukkan gejala tekanan serius dan kecenderungan membunuh diri akibat kesan dadah, satu rujukan ke Hospital Permai Johor Bahru telah dibuat bagi membolehkan klien mendapatkan rawatan pakar psikiatri.

Sokongan Sosial :Penekanan diberikan terhadap usaha memulihkan hubungan kekeluargaan sebagai tunjang utama dalam proses pemulihan jangka panjang klien.

Kesimp**an
Intervensi ini dirangka secara menyeluruh bagi membantu klien mencapai kestabilan emosi, sosial, dan kefungsian hidup yang lebih baik.

Pegawai pemulihan : Pn Hairunisha Binti Kamaruddin

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



24/04/2026

Langkah pertama mungkin paling sukar, tetapi ia juga langkah paling berani.

Rawatan sukarela bukan tanda lemah… ia tanda seseorang masih mahu berjuang untuk hidupnya. 🕊️

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235(AADK) atau 019-626 2233 untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Untuk mengetahui info-info Aktiviti dan maklumat semasa AADK Negeri Johor, Sila Like Page :

⁣FB AADK Negeri Johor
https://www.facebook.com/aadkjohor

Tik Tok AADK Negeri Johor
https://www.tiktok.com/

LIKE | COMMENT | SHARE⁣




Ah Soon 林添顺
AH SOON
Onn Hafiz Ghazi
MEDIA DIGITAL JOHOR

23/04/2026

HALIA

Tengah-tengah min dok ngopi balik keje ni tersengih-sengih teringat p**ak cerita kelas klien min semalam. "Hari Latihan Kaya" gitulah ankronim pemahaman si budak Iskandar tu dengan kelas penanaman HALIA. Satu kelas yang mulanya terdiam tiba-tiba terhambur ketawa dikalangan mereka.

Tapi, betul juga kata si Iskandar ni. Siapa tahu dengan usaha kecil menanam halia boleh jana pendapatan berlipat ganda. Yang penting tekad dan usaha.

Sebenarnya banyak peluang dan juga bantuan disediakan oleh Pejabat Pertanian di daerah, asal ada tanah dan boleh bercucuk tanam datang lah ke Pejabat Pertanian berdekatan untuk dapatkan khidmat nasihat dan bantuan petani kecil dibawah BUDI Agri-Komoditi. Min dah promosi ni, laju-laju lah pergi Pejabat Pertanian esok ya ✌️.

Gambar ihsan google 😅
________

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



Want your business to be the top-listed Government Service in Johor Bahru?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address

JKR 202-C, Jalan Yahya Awal
Johor Bahru
80100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00