Batalion 2 PGA Kulim Kedah

  • Home
  • Batalion 2 PGA Kulim Kedah
Call

Batalion 2 PGA Kulim Kedah FACEBOOK RASMI BATALION 2 PASUKAN GERAKAN AM POLIS DIRAJA MALAYSIA.

𝐏𝐄𝐑𝐇𝐈𝐌𝐏𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐆𝐀𝐖𝐀𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐄𝐑𝐈𝐍𝐓𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐓𝐀𝐋𝐈𝐎𝐍 𝟐 𝐏𝐀𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐆𝐄𝐑𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐀𝐌 (𝐏𝐆𝐀) 𝐊𝐔𝐋𝐈𝐌KULIM, 30 Oktober 2026 (Jumaat) – Batali...
30/10/2026

𝐏𝐄𝐑𝐇𝐈𝐌𝐏𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐆𝐀𝐖𝐀𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐄𝐑𝐈𝐍𝐓𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐓𝐀𝐋𝐈𝐎𝐍 𝟐 𝐏𝐀𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐆𝐄𝐑𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐀𝐌 (𝐏𝐆𝐀) 𝐊𝐔𝐋𝐈𝐌

KULIM, 30 Oktober 2026 (Jumaat) – Batalion 2 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kulim telah mengadakan Perhimpunan Bulanan bertempat di Dewan Serbaguna Batalion 2 PGA Kulim.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan diikuti lafaz Ikrar Taat Setia dan Rukun Negara. Kemudian Susuncara majlis diteruskan dengan ucapan serta amanat oleh YDH P/Supt. Aswadi bin Seman, Pegawai Pemerintah Batalion 2 PGA.

Dalam amanatnya, Pegawai Pemerintah Batalion 2 PGA menyampaikan amanah dari Timbalan Pengarah KDNKA (PGA/WCB/PSK), YDH DCP Dato’ Mohamad Suzrin bin Mohamad Rodhi agar menekankan kepentingan kepimpinan berkesan, integriti, profesionalisme, disiplin, kerja berpasukan serta keutamaan terhadap keselamatan dan kebajikan anggota.

Pegawai Pemerintah Batalion 2 PGA turut menekankan agar setiap pegawai dan anggota hendaklah mengambil perhatian serius terhadap amanat yang disampaikan serta menterjemahkannya melalui pelaksanaan tugas yang cekap, berkesan dan bertanggungjawab demi mencapai matlamat pucuk pimpinan serta memperkukuh kecemerlangan Pasukan Gerakan Am.

Sebagai tanda penghargaan terhadap sumbangan dan komitmen warga pasukan, majlis turut diserikan dengan penyampaian Sijil Penghargaan kepada penerima yang telah menunjukkan dedikasi, prestasi serta komitmen yang tinggi dalam melaksanakan tugas.

Seluruh warga Batalion 2 PGA Kulim merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua penerima Sijil Penghargaan. Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus meningkatkan kecemerlangan, integriti dan dedikasi dalam menjalankan amanah sebagai warga pasukan.Majlis diakhiri dengan nyanyian lagu “Polis Sedia Berkhidmat” dalam suasana penuh semangat dan patriotisme.

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐉𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐆𝐎𝐓𝐎𝐍𝐆-𝐑𝐎𝐘𝐎𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑𝐒𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐁𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐈𝐒𝐋𝐀𝐌 𝐊𝐀𝐑𝐈𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐓𝐀𝐋𝐈𝐎𝐍 𝟐 𝐏𝐆𝐀 𝐊𝐔𝐋𝐈𝐌, 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇KULIM, 24 Oktober 2...
24/10/2026

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐉𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐆𝐎𝐓𝐎𝐍𝐆-𝐑𝐎𝐘𝐎𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑𝐒𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐁𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐈𝐒𝐋𝐀𝐌 𝐊𝐀𝐑𝐈𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐓𝐀𝐋𝐈𝐎𝐍 𝟐 𝐏𝐆𝐀 𝐊𝐔𝐋𝐈𝐌, 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇

KULIM, 24 Oktober 2026 - Program gotong-royong pembersihan kawasan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Saidina Ali, KRW Batalion 2 PGA Kulim, Kedah telah dilaksanakan dengan penglibatan seramai 62 orang peserta yang terdiri daripada anggota PKP/PRP Batalion 2 PGA dan penduduk kariah setempat.

Program ini bertujuan memastikan kawasan tanah perkuburan sentiasa berada dalam keadaan bersih, kemas, selamat dan terpelihara. Selain itu, aktiviti ini turut menjadi wadah untuk memupuk semangat kerjasama, mengeratkan hubungan silaturahim serta memperkukuh persefahaman antara anggota Batalion 2 PGA dengan penduduk kariah setempat.

Secara keseluruhannya, program ini mencerminkan komitmen Batalion 2 PGA Kulim dalam melaksanakan tanggungjawab sosial dan kebajikan masyarakat, di samping memperkukuh hubungan baik antara pasukan dengan komuniti setempat.

*𝐋𝐀𝐓𝐈𝐇 𝐀𝐌𝐀𝐋 𝐅𝐈𝐄𝐋𝐃 𝐓𝐑𝐀𝐈𝐍𝐈𝐍𝐆 𝐄𝐗𝐄𝐑𝐂𝐈𝐒𝐄 (𝐅𝐓𝐗) 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐃𝐈𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐇𝐀𝐃𝐀𝐏𝐈 𝐏𝐈𝐋𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐔𝐌𝐔𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐈𝐒 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔*Kangar, 21 Ok...
22/10/2026

*𝐋𝐀𝐓𝐈𝐇 𝐀𝐌𝐀𝐋 𝐅𝐈𝐄𝐋𝐃 𝐓𝐑𝐀𝐈𝐍𝐈𝐍𝐆 𝐄𝐗𝐄𝐑𝐂𝐈𝐒𝐄 (𝐅𝐓𝐗) 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐃𝐈𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐇𝐀𝐃𝐀𝐏𝐈 𝐏𝐈𝐋𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐔𝐌𝐔𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐈𝐒 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔*

Kangar, 21 Oktober 2026 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Perlis telah melaksanakan Latih Amal Field Training Exercise (FTX) sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Negeri Perlis Tahun 2026. Latihan tersebut telah dilaksanakan bermula pada jam 6.30 pagi itu melibatkan tiga lokasi utama, iaitu Jalan Taman Putra Height, Guar Nangka, Arau; Dewan 1 Malaysia, Simpang Empat, Kangar dan Dewan K3, Bukit Keteri, Beseri, Perlis. 1 unit PORU (Public Order Riot Unit) dari Kompeni C BN 2 PGA Padang Besar, Perlis telah di atur gerak bagi Latihan ini.

Ketua Polis Perlis, YDH DCP Hamzah bin Hashim hadir bagi memantau pelaksanaan latihan tersebut. Turut hadir Timbalan Ketua Polis Perlis, YDH SAC Zaihairul bin Idrus, Ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) IPK Perlis, YDH ACP Gun Kan Seng, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, YDH ACP Wari A/L Kiew, serta barisan Ketua Jabatan, Ketua Polis Daerah, pegawai kanan polis dan wakil agensi berkaitan.

Latihan ini bertujuan memantapkan tahap kesiapsiagaan pegawai dan anggota polis dalam menghadapi kemungkinan insiden ketenteraman awam sepanjang tempoh pilihan raya, selain menguji kecekapan serta keberkesanan tindakan pasukan dalam menangani situasi perhimpunan, provokasi, kekecohan dan rusuhan. Selain itu, latihan turut memberi penekanan terhadap kefahaman peranan dan tanggungjawab pasukan, pematuhan prosedur operasi standard (SOP), kecekapan pegawai pemerintah dalam menyampaikan arahan serta keberkesanan mobilisasi anggota, penyelarasan komunikasi dan penggunaan aset operasi.

Pelaksanaan latihan ini juga menjadi platform untuk mengenal pasti kelemahan serta ruang penambahbaikan bagi memastikan setiap tindakan dapat dilaksanakan secara teratur, pantas dan berkesan mengikut prosedur serta arahan semasa yang berkuat kuasa.

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐓𝐔𝐏 𝐋𝐀𝐓𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 (𝐋𝐃𝐏) 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐀𝐖𝐀𝐌 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐄𝐏𝐀𝐃𝐔 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐈𝐌𝐔𝐋𝐀𝐒𝐈 𝐏𝐈𝐋𝐈𝐇𝐀𝐍𝐑𝐀𝐘𝐀(𝐏𝐑𝐔) 𝐊𝐎𝐍...
14/10/2026

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐓𝐔𝐏 𝐋𝐀𝐓𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 (𝐋𝐃𝐏) 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐀𝐖𝐀𝐌 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐄𝐏𝐀𝐃𝐔 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐈𝐌𝐔𝐋𝐀𝐒𝐈 𝐏𝐈𝐋𝐈𝐇𝐀𝐍𝐑𝐀𝐘𝐀(𝐏𝐑𝐔) 𝐊𝐎𝐍𝐓𝐈𝐍𝐉𝐄𝐍 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇

MERBOK - 13 Oktober 2026 - Bertempat di Padang Kawad UITM Merbok, Sungai Petani Kedah telah berlangsung Majlis Penutupan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) Pengurusan Ketenteraman Awam dan simulasi Pilihan raya Kontinjen Kedah. Simulasi LDP melibatkan 3 unit LSF (Light Strike Force) dari balai polis Sungai Petani dan PORU (Public Order Riot Unit) daripada 1 unit PORU dari Kompeni C BN 2 PGA Padang Besar, Perlis.

Majlis Penutupan pada kali ini telah disempurnakan oleh YDH CP Datuk Adzli bin Abu Shah, Ketua Polis Kedah dan turut dihadiri YDH SAC Muhammad Yazid Bin Muhammad Yew, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah IPK Kedah, YDH ACP Jafri Bin Muhamad, Pemangku Komander Briged Utara, YDH ACP Mohd Redzuan Bin Salleh, Ketua Jabatan KDNKA IPK Kedah dan YDH ACP Hanyan Bin Ramlan, Ketua Polis Daerah Kuala Muda serta Prof. Madya Ts. Dr. Abd. Latif bin Abdul Rahman, Wakil Rektor Uitm Cawangan Kedah Kampus Sungai Petani.

Latihan Simulasi LDP PORU ini telah dijalankan bertujuan memberi penekanan kepada aspek pengurusan ketenteraman awam secara bersepadu, penyelarasan penugasan, pematuhan prosedur operasi standard (SOP) serta bagi memberi kemahiran serta pendedahan dan ulangkaji bagi persediaan menghadapi PRU yang bakal tiba nanti.

Latihan turut bertujuan memastikan setiap pegawai dan anggota memahami peranan serta tanggungjawab masing-masing dalam melaksanakan tugasan mengikut arahan dan peraturan yang telah di tetapkan. Latihan ini turut memberi penekanan kepada aspek komunikasi, kawalan disiplin, tindakan mengikut arahan, kerjasama berpasukan dan pematuhan kepada SOP semasa menjalankan tugas.

Melalui pelaksanaan LDP ini, pegawai dan anggota berpeluang meningkatkan kefahaman terhadap tanggungjawab masing-masing serta memperkukuh kemahiran dalam menghadapi situasi yang memerlukan tindakan pantas, teratur dan bersepadu. Latihan simulasi juga dapat membantu mengenal pasti aspek yang perlu ditambah baik dari segi penyelarasan, komunikasi dan kesiapsiagaan pasukan bagi memastikan penugasan pilihan raya dapat dilaksanakan dengan berkesan.

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐒𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐌𝐀 𝐓𝐔𝐆𝐀𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐎𝐋𝐎𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐆𝐀𝐖𝐀𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐄𝐑𝐈𝐍𝐓𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐓𝐀𝐋𝐈𝐎𝐍 𝟐 𝐏𝐆𝐀 𝐊𝐔𝐋𝐈𝐌KULIM, 9 OKTOBER 2026 – Bertempat di Mess Pega...
09/10/2026

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐒𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐌𝐀 𝐓𝐔𝐆𝐀𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐎𝐋𝐎𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐆𝐀𝐖𝐀𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐄𝐑𝐈𝐍𝐓𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐓𝐀𝐋𝐈𝐎𝐍 𝟐 𝐏𝐆𝐀 𝐊𝐔𝐋𝐈𝐌

KULIM, 9 OKTOBER 2026 – Bertempat di Mess Pegawai Kanan Batalion 2 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kulim, telah berlangsung Majlis Serah Terima Tugas (STT) Penolong Pegawai Pemerintah Batalion 2 PGA Kulim yang disaksikan oleh YDH P/Supt Aswadi bin Seman, Pegawai Pemerintah Batalion 2 PGA Kulim.

Majlis tersebut melibatkan DSP Mohd Khairi bin Abdullah yang menyerahkan tugas kepada ASP Mohd Dzahir bin Md. Saad sebagai Penolong Pegawai Pemerintah Batalion 2 PGA Kulim.

Majlis dimulakan dengan ketibaan tetamu dan pegawai kanan, diikuti ucapan alu-aluan oleh pengacara majlis serta nyanyian lagu Negaraku dan Sang Saka Biru. Acara diteruskan dengan upacara rasmi serah terima tugas, diikuti penyampaian cenderahati daripada Mess Pegawai Kanan Batalion 2 PGA serta Unit Penyelaras MRSM PDRM sebagai tanda penghargaan atas segala jasa, sumbangan dan khidmat bakti yang telah dicurahkan.

Majlis diakhiri dengan nyanyian lagu Sedia Berkhidmat, sesi bergambar kenangan serta jamuan makan tengah hari sebagai simbol penghargaan, kemesraan dan pengukuhan ukhuwah dalam kalangan warga pasukan.

Seluruh warga Batalion 2 PGA Kulim merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada DSP Mohd Khairi bin Abdullah atas segala jasa, komitmen dan dedikasi sepanjang berkhidmat di Batalion 2 PGA Kulim.

Selamat maju jaya diucapkan kepada DSP Mohd Khairi bin Abdullah dalam menggalas amanah dan tanggungjawab baharu sebagai Pegawai Pemerintah Batalion 8 PGA. Semoga terus cemerlang dalam kepimpinan serta berjaya melaksanakan setiap tanggungjawab yang diamanahkan.

Pada masa yang sama, seluruh warga Batalion 2 PGA Kulim mengucapkan tahniah dan selamat menjalankan tugas kepada ASP Mohd Dzahir bin Md. Saad atas pelantikan sebagai Penolong Pegawai Pemerintah Batalion 2 PGA Kulim. Semoga segala urusan dipermudah dan terus berkhidmat dengan penuh integriti, profesionalisme serta semangat setiakawan.


𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐁𝐀𝐓𝐀𝐋𝐈𝐎𝐍 𝟐 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐌𝐑𝐒𝐌 𝐏𝐃𝐑𝐌KULIM, 9 Oktober 2026 - Buat julung- jukung kalinya sambutan...
09/10/2026

𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐁𝐀𝐓𝐀𝐋𝐈𝐎𝐍 𝟐 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐌𝐑𝐒𝐌 𝐏𝐃𝐑𝐌

KULIM, 9 Oktober 2026 - Buat julung- jukung kalinya sambutan Hari Sukan Negara 2026 telah diadakan secara bersama antara Batalion MRSM PDRM. Program yang bermula jam 7.30 pagi di Perkarangan Padang Kawad Batalion 2 PGA Kulim telah dirasmikan oleh YDH Supt. Aswadi bin Seman, Pegawai Pemerintah Batalion 2 PGA Kulim.

Program bermula dengan ucapan perasmian oleh YDH Supt. Aswadi bin Seman dan disusuli dengan ucapan balas oleh Yang berusaha Puan Hajah Zuliana Haslinda binti Anhar Zubir, Pengetua MRSM PDRM. Seterusnya disusuli dengan acara Gimik oleh MRSM PDRM.

Atucara kemudian diteruskan dengan pelepasan acara 'fun run' sejauh 2.5km dan diikuti acara sukaneka dewasa dan acara sukaneka kanak-kanak.

Perlaksanaan program ini bertujuan menggalakkan budaya sihat di kalangan warga PDRM dan Pelajar-pelajar MRSM dengan menitikberatkan penglibatan bersama. Sukan bukan sahaja dapat mengekalkan kesihatan fizikal, malah dapat membina kekuatan mental seperti mengawal emosi, fokus, menyusun strategi dan membina semangat berpasukan.

Penganjuran secara bersama ini juga membuka ruang kepada warga Batalion 2 dan MRSM PDRM untuk saling mengenali dan mengeratkan hubungan Silaturrahim.



𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐍𝐃𝐄𝐑𝐀 𝐁𝐀𝐓𝐀𝐋𝐈𝐎𝐍 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐏𝐀𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍  𝐌𝐀𝐑𝐀 𝐋𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐁𝐀𝐓𝐀𝐋𝐈𝐎𝐍 𝟐  𝐊𝐄 𝐔𝐉𝐈𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐅𝐈𝐙𝐈𝐊𝐀𝐋 𝐌𝐀𝐑𝐀 𝐋𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐉𝐊𝐃𝐍𝐊𝐀 𝐓...
25/09/2026

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐍𝐃𝐄𝐑𝐀 𝐁𝐀𝐓𝐀𝐋𝐈𝐎𝐍 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐏𝐀𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐑𝐀 𝐋𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐁𝐀𝐓𝐀𝐋𝐈𝐎𝐍 𝟐 𝐊𝐄 𝐔𝐉𝐈𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐅𝐈𝐙𝐈𝐊𝐀𝐋 𝐌𝐀𝐑𝐀 𝐋𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐉𝐊𝐃𝐍𝐊𝐀 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔

Kulim, 25 Sept 2026 – Bertempat di Mes PRP, Batalion 2 PGA, Kulim telah berlangsung Majlis Penyerahan Bendera Batalion kepada Pasukan Mara Lasak Batalion 2 ke Ujian Ketahanan Fizikal Mara Lasak JKDNKA tahun 2026.

Ujian Ketahanan Fizikal Mara Lasak JKDNKA tahun 2026 ini dijadualkan berlangsung pada 27 Sept hingga 30 Sept 2026 di Batalion 9, Pasukan Gerakan Am, Gong Badak, Kuala Terengganu, Terengganu.

Penyerahan bendera disempurnakan oleh YDH Supt Aswadi bin Seman - Pegawai Pemerintah Batalion 2 PGA Kulim kepada Asp Mohd Dzahir bin Md Saad selaku Pengurus Pasukan Ujian Ketahanan Fizikal Mara Lasak Batalion 2 pada edisi 2026 kali ini.

YDH Supt Aswadi bin Seman turut menyampaikan dorongan serta menekankan penyerahan bendera ini bukan sekadar simbolik semata-mata malah ia merupakan lambang amanah, maruah serta tanggungjawab yang perlu digalas oleh setiap Pegawai dan anggota yang terlibat. Bendera yang disertakan ini membawa nama baik Batalion 2 dan harus dipertahankan dengan penuh disiplin, keberanian dan semangat juang yang tinggi.

Turut hadir memeriahkan majlis, YDH DSP Mohd Khairi bin Abdullah - Penolong Pegawai Pemerintah Batalion 2 serta Pegawai-Pegawai Kanan Batalion 2 PGA Kulim.



Selamat Menyambut Hari Malaysia 202616 September 2026
15/09/2026

Selamat Menyambut Hari Malaysia 2026
16 September 2026

PERHIMPUNAN BULANAN PEGAWAI PEMERINTAH BATALION 2 PASUKAN GERAKAN AM (PGA) KULIMKULIM, 10 September 2026 (Khamis) – Bata...
10/09/2026

PERHIMPUNAN BULANAN PEGAWAI PEMERINTAH BATALION 2 PASUKAN GERAKAN AM (PGA) KULIM

KULIM, 10 September 2026 (Khamis) – Batalion 2 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kulim telah mengadakan Perhimpunan Bulanan bertempat di Padang Kawad Batalion 2 PGA Kulim.

Perhimpunan berlangsung dalam suasana penuh tertib dan disiplin, sekali gus mencerminkan semangat kebersamaan serta komitmen tinggi dalam kalangan warga Batalion 2 PGA Kulim.

Majlis dimulakan dengan lafaz Ikrar Taat Setia dan bacaan Rukun Negara, diikuti dengan ucapan serta amanat oleh YDH P/Supt. Aswadi bin Seman, Pegawai Pemerintah Batalion 2 PGA.

Dalam amanatnya, Pegawai Pemerintah Batalion 2 PGA turut menyampaikan amanah dan penekanan pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar seluruh warga pasukan sentiasa memperkukuh disiplin, menjunjung tinggi integriti, memelihara imej serta kredibiliti pasukan dan melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi, profesionalisme serta rasa tanggungjawab.

Pegawai Pemerintah Batalion 2 PGA turut menekankan agar setiap warga pasukan sentiasa bersedia dalam menghadapi cabaran semasa, meningkatkan komitmen dalam pelaksanaan tugas serta memastikan segala amanah dan tanggungjawab yang dipertanggungjawabkan dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya demi kepentingan pasukan dan masyarakat.

Sebagai tanda penghargaan terhadap sumbangan dan komitmen warga pasukan, majlis turut diserikan dengan penyampaian Sijil Penghargaan kepada penerima yang telah menunjukkan dedikasi, prestasi serta komitmen yang tinggi dalam melaksanakan tugas.

Seluruh warga Batalion 2 PGA Kulim merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua penerima Sijil Penghargaan. Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus meningkatkan kecemerlangan, integriti dan dedikasi dalam menjalankan amanah sebagai warga pasukan.

Majlis diakhiri dengan nyanyian lagu “Polis Sedia Berkhidmat” dalam suasana penuh semangat dan patriotisme.

𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗞𝗘𝗕𝗔𝗡𝗚𝗦𝗔𝗔𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟲
30/08/2026

𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗞𝗘𝗕𝗔𝗡𝗚𝗦𝗔𝗔𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟲

Address

Jalan Junjong

09000

Telephone

+6044903255

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Batalion 2 PGA Kulim Kedah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Want your organization to be the top-listed government service?

Share