23/09/2025
BAGAN
Semasa Tanjong Penaga diduduki Francis Light untuk mendirikan kota Fort Cornwallis pada tahun 1786, penduduk tempatan telah ada yang menetap di Batu Uban, Sungai Pinang, Telok Bahang dan Seberang Perai.
Di Batu Uban misalnya, wujud komuniti Melayu yang berasal dari Sumatera serta pedagang dan alim ulama dari Arab. Di Telok Bahang p**a penduduk nelayan berasal dari Acheh.
Di Sungai Pinang juga terdapat penduduk Melayu yang berasal dari Acheh dan Sumatera serta penduduk India Muslim yang berdagang dengan penduduk tempatan yang mengikut cerita lisan masyhur sebagai “Tok Nadok berkajang kain” yang bermaksud Tok Nadok atau Tok Nagor berkhemahkan kain.
Tanah Besar yang bertentangan dengan Tanjong Penaga inilah yang dikenali sebagai Bagan.
Sebutan Bagan itu kekal sehingga hari ini kerana banyak sekali nama tempat yang bermula dengan nama Bagan yang dikenali sebagai “10 Bagan”, iaitu Bagan Belat, Bagan Tambang, Bagan Lebai Tahir, Bagan Ajam, Bagan Jermal, Bagan Lama, Bagan Luar, Bagan Tuan Kecil, Bagan Lalang dan Bagan Serai.
---
Petikan dari buku Batu Uban, Tanjong dan Bagan: Pengkisahan Lisan, karya Ahmad Murad Merican (Editor).
**aupinang
23/09/2025
"Kedah Pernah Dipecahbelahkan Oleh Siam! Rakyat Jadi Tawanan, Sultan Hilang Kuasa”
Ramai tahu Kedah pernah dijajah Siam pada 1821… tapi jarang yang tahu betapa kejamnya penjajahan itu.
👉 Ribuan lelaki Kedah dibunuh.
👉 Wanita & kanak-kanak dihantar ke Bangkok, dijadikan hamba istana.
👉 Sultan Ahmad Tajuddin dipaksa melarikan diri, dan Kedah dipecahkan kepada beberapa bahagian:
Kedah di bawah Tunku Anum,
Setul (Satun) diserah kepada Tunku Bisnu,
Perlis akhirnya dipisahkan dan muncul sebagai negeri sendiri di bawah Syed Hussin Jamalullail.
📌 Inilah fakta yang jarang masuk buku teksbahawa lahirnya Perlis sebagai negeri berasingan bermula daripada strategi Siam memecah-belah Kedah.
Lebih dahsyat, Kedah dianggap oleh Siam bukan sebagai sahabat, tetapi sebagai “wilayah kafir” yang wajib ditundukkan. Tapi orang Melayu Kedah tidak pernah tunduk begitu sahaja, Tunku Muhammad Saad dan para pejuang bangkit dengan semangat jihad menentang penindasan.
🔥 Kalau anda nak tahu bagaimana darah, air mata & strategi pecah-belah ini mencorakkan sejarah negeri Kedah dan bangsa Melayu, anda wajib baca bab ini dalam buku 'Perjanjian Bangkok: Wacana Sejarah dan Persejarahan'.
📖 Klik emdash.my untuk miliki naskhahnya. Jangan biarkan kisah sebenar ini hanya tinggal dalam arkib!
*Gambar janaan Hailuo AI
12/01/2024
Ayuh, ! Bersama-sama kita martabatkan . Sebarkan hantaran ini kerana dan
Kementerian Perpaduan Negara
12/01/2024
JUDUL TERBAHARU BAKAL TERBIT
IMĀM YŪSUF AL-QARAḌĀWĪ: Pemikiran Dan Pengaruhnya Terhadap Gerakan Dakwah, Politik Dan Masyarakat
Penyunting: Dr. Zulkifli Hasan
Assalamualaikum wbt.
Sukacita kami ingin memaklumkan bahawa satu judul terbaharu bakal terbit dan dicetak segera. Karya terbaharu ini berjudul “IMĀM YŪSUF AL-QARAḌĀWĪ: Pemikiran Dan Pengaruhnya Terhadap Gerakan Dakwah, Politik Dan Masyarakat” suntingan Dr. Zulkifli Hasan, kini adalah Yang Berhormat Senator Timbalan Menteri Agama.
Almarhum Imām Dr. Yūsuf al-Qaraḍāwī adalah nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Beliau adalah ilmuwan ulung abad ini, yang mengabdikan diri buat ilmu, dan menyebarkan imu bertujuan membimbing dan memberikan pencerahan kepada umat ini. Beliau menulis hampir 300 judul buku, dan lebih 800 karya tentang beliau yang ditulis oleh ilmuwan yang lain yang mengkaji pemikiran beliau di dalam puluhan bahasa. Bukti ini membayangkan beliau sememangnya ilmuwan umat, seorang public intelectual, yang digelar oleh Dr.Zulkifli Hasan sebagai mujaddid abad ini. Beliau juga adalah mantan Presiden Kesatuan Ulama Sedunia.
Penerbitan buku ini sangat penting bagi kita menelusuri pemikiran beliau. Pengaruh beliau begitu dirasai oleh masyarakat dunia umumnya, dan masyarakat Malaysia khususnya. Beberapa konsep fiqh dan manhaj yang diperkenalkan beliau dibincangkan di dalam buku ini, seperti konsep fiqh al-maqāṣid, fiqh al-nuṣūṣ, fiqh al-wāqi‘, fiqh al-muwāzanāt, fiqh al-awlawiyyāt, fiqh al-taghayyur, fiqh al-jihād, fiqh al-thawrah, fiqh al-iqtiṣādī al-Islāmī, fiqh al-dawlah, fiqh al-aqalliyyāt, fiqh al-da‘wah dan manhaj wasaṭī telah memberi kita tasawwur yang lebih menyeluruh terhadap Islam.
Justeru, penerbitan karya ini pennting sebagai rujukan umat di Malaysia. Buku ini akan dicetak segera. Wacana buku ini akan diadakan pada minggu pertama Februari inshaAllah, dan peluncuran inshaAllah oleh YB Senator Dr. Zulkifli Hasan, Timbalan Menteri Agama.
Doakan agar penerbitan judul ini dipermudahkan Allah ta’ala. kami akan maklumkan perkembangannya di laman FB ini dari masa ke masa inshaAllah.
12/01/2024
Plagiat berlaku apabila seseorang itu tiada untuk menyiapkan sesuatu tugasan yang diberikan. Pastikan karya anda adalah dan . Kemahiran adalah satu cara menangani .
Jom sama-sama kita tangani aktiviti .
Daftar sekarang!
https://elmm.pnm.gov.my/
Poster Amirah Zakiah Rosihidin, peserta Pertandingan Poster Digital Literasi Maklumat, sempena Minggu Literasi Media dan Maklumat Global UNESCO 2023.
12/01/2024
Alhamdullilah!
Berita baik untuk warga Hulu Langat
Perpustakaan Awam Selangor @ Daerah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi akan mula beroperasi pada 12 Januari 2023 (Jumaat).
Waktu Operasi : 9 pagi - 6 petang
Dibuka setiap hari dan tutup Cuti Umum
Jom datang beramai- ramai!
12/01/2024
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua,
Jawatankuasa Pembangunan Profesional, Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) akan mengadakan webinar Pustakawan Malaysia di Arena Antarabangsa: Satu Perkongsian Pengalaman.
Jom sertai webinar yang mengumpulkan para pustakawan yang berpengalaman untuk berkongsi dan membincangkan tentang kedudukan pustakawan Malaysia di arena antarabangsa.
🗓 Tarikh: Selasa, 30 Januari 2024
⏰ Masa: 10.00 pagi - 11.30 pagi
📍 Platform (Google Meet): https://meet.google.com/iys-sbnt-mep
🎤 Bersama Moderator: Puan Begum Ulfat Shehnaaz Amir Razali
🌐 Para Panel Jemputan:
Panel 1: Ghazali Mohamed Fadzil, PhD
Panel 2: Mohd Faizal Hamzah, PhD
Panel 3: Mayasari Abdul Majid, PhD
Jangan lepaskan peluang keemasan ini.