31/01/2026
Walau jauh di perantauan, hati tetap rindu pada keluarga.
Pernah tak rasa selepas seharian penat bekerja, yang kita mahu hanyalah suara ibu atau ayah di hujung talian?
Sekadar berbual beberapa minit dengan ibu bapa di kampung boleh meringankan stres, dan buat kita rasa lebih dekat walaupun beribu kilometer berjauhan.
Bayangkan senyum ibu di hujung talian, cerita-cerita kecil yang hangatkan hati, dan rindu yang terpendam akhirnya hilang. Mudah je, tapi berharga!
Jom luangkan masa sekejap hari ni dengan call ibu atau ayah. Hati lega, tekanan pun hilang, kasih sayang kekal dekat.
Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.
21/01/2026
Apabila skrin telefon menjadi tempat bersembunyi dari realiti, kebenaran tidak diendahkan.
Media sosial memberi ketenangan sementara namun tanpa sedar, kebergantungan mula terbentuk dan s**ar dihentikan.
Hidup sebenar lebih bermakna bila kita bebas membuat pilihan,
bukan dikawal oleh sesuatu yang hanya memberi kepuasan sementara.
Apa jua bentuk ketagihan, jika dibiarkan, boleh memusnahkan masa depan. Berani berhenti.
20/01/2026
BUDAK ‘NERD’ JE TAK HISAP V**E!
Serius, inilah kenyataan yang mengejutkan! Bila pelajar seawal sekolah rendah yang sebut, ia menunjukkan level bahaya dan stigma telah meningkat ke tahap kritikal. V**e kini bukan lagi alat berhenti merokok, tapi telah bertukar menjadi aksesori 'cool' yang wajib dicuba, didorong oleh lambakan yang seakan permainan di pasaran.
Para Ibubapa!!! kita tak boleh pejam mata!
Tekanan rakan sebaya kini menggunakan 'stigma sosial' kalau tak ikut, dikira ketinggalan zaman. Ini yang paling menakutkan! Kita perlu faham yang V**e itu sendiri merosakkan paru-paru, dan kini ada risiko berganda kerana mudah dicampur dengan dadah jenis baru (NPS).
Tolong ingatkan anak bahawa adalah ‘cool’ apabila mereka sihat, berprinsip, dan berjaya bukan kerana asap! Ajar anak kita bahawa menjadi nerd yang berwawasan dan bebas dadah itu adalah super cool!
Adakah salah guru atau Ibu bapa yang jadi ‘enabler’ kepada anak-anak melakukan kesalahan?
Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.
16/01/2026
Hidup ni kalau kita tak reti nak seimbangkan, boleh rasa terlalu padat.
Ye, padat dengan tekanan hidup macam pelajaran, kawan, keluarga & kerjaya. Bila semuanya bercampur jadi satu, ada yang cari “jalan pintas” untuk lari daripada rasa tu. Tapi ketenangan palsu takkan pernah selesaikan apa-apa pun.
Jadi sempena Israk Mikraj, jom sama-sama kita sedarkan diri bahawa ketenangan sebenar bukan dicari melalui bahan terlarang, tetapi melalui hubungan dengan Sang Pencipta.
Jangan lari ke arah yang salah. Pilih jalan yang menenangkan, bukan yang memusnahkan 🤍
Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.
10/01/2026
Rindu nak buat aktiviti luar, rindu nak gelak dengan classmates. Tapi sebelum start sekolah, pastikan persiapan semua dah settle. Barang sekolah jangan ada yang tertinggal tau!
Lagi satu pesanan penting: Jaga diri, jaga maruah. S**a belajar tak apa, s**a berkawan pun bagus, tapi jangan sesekali terjebak dengan dadah atau benda bukan-bukan. Masa depan korang sangat berharga untuk disiakan macam tu je. Jom jadi pelajar yang bukan je hebat dalam kelas, tapi hebat juga jaga diri! 💪✨💛
Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.
09/01/2026
Rezeki Bersih, Fokus Kerjaya
Jom kejar impian, bukan tekanan! 🚀Kita selalu rasa masa muda ni panjang lagi, sampai kadang-kadang kita terleka. Bila stres datang melanda, bila kawan lama mula menghasut, atau bila masalah peribadi rasa macam tak ada jalan keluar itulah waktu iman kita diuji.
Jangan disebabkan nak 'escape' sekejap dari tekanan hidup, kita pilih jalan yang salah. Jalan singkat mungkin nampak mudah, tapi ia takkan bawa kita ke destinasi yang kita impikan. Sebaliknya, ia hanya akan menambah beban dalam hidup kita kemudian hari.
Gunakan kudrat muda ini untuk cari rezeki yang halal. Biar mula dari bawah, biar tangan kotor dengan minyak hitam, asalkan hasil yang dibawa balik ke rumah itu penuh keberkatan. Kerana akhirnya, bukan jumlah kekayaan yang buat kita bahagia, tapi ketenangan hidup yang tiada galang ganti.
Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.
07/01/2026
Apa yang dipendam sering menjadi beban paling berat!!!
Bila kita simpan semuanya sendiri, emosi menumpuk. Kita mudah terdorong mencari penyelesaian yang salah. Kita pun nampak DADAH dapat memberi ketenangan sementara. Padahal masalah sebenar tak pernah selesai.
Beranikan diri untuk bercakap, minta sokongan dan hadapi tekanan dengan cara yang sihat. Hidup terlalu berharga untuk dibiarkan musnah kerana keputusan sesaat. Jaga masa depan, Pilih kebenaran, bukan jalan pintas yang merosakkan.
Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.
06/01/2026
MAK AYAH TAK TAHU ANAK FLY BELAKANG RUMAH?
Ini kebenaran pahit yang ramai parents terlepas pandang.
Anak anda mungkin score baik di sekolah, tapi kepekaan kita sebagai benteng pertama adalah WAJIB. Kenapa? Sebab dadah jenis baru sekarang dah pandai 'cover up' kesan fizikal!
Trust us, kita perlu check tanda-tanda ni:
Mood Swing Kerap- Anak tiba-tiba s**a menyendiri
atau mood berubah mendadak tak tentu pasal.
Masalah Duit Misteri- Duit sentiasa hilang di rumah, dan anak mula berahsia melampau.
Toxic Circle Baru- Hubungan keluarga dingin dan anak mula join circle baru yang mencurigakan.
Keberanian kita untuk bertindak awal boleh selamatkan masa depan anak-anak.
Kerana anak kita lebih berharga dari segalanya.
Apakah cara untuk mengeratkan hubungan dengan anak?
Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.
04/01/2026
Percaya tak kalau kita luangkan masa hanya 10-15 minit di bawah cahaya matahari pagi boleh mengubah mood dan kesihatan
kita sepanjang hari!
Bukan sahaja badan dapat Vitamin D percuma, malah minda pun rasa lebih tenang dan segar. Inilah langkah kecil untuk gaya hidup sejahtera bermula dengan menghargai alam sekitar kita.
Mulakan pagi kita dengan berjalan santai sambil menghirup udara segar dan menyerap sinar matahari. Badan sihat, minda ceria, hidup lebih harmoni
Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.
02/01/2026
Hari ke 2 tahun 2026. Semalam sibuk raikan tahun baru dengan keluarga Dan kawan. Jadi dah tetapkan Azam yang nak dicapai? Tiada kata terlambat untuk kita mula berubah dalam apa jua perkara. Setiap hari adalah peluang baru.
Nak berhenti dan nak mula hidup baru memang susah, kerana bila dah jadi rutin hidup atau bahasa mudah dah terbiasa. Mungkin dah cuba banyak kali. Sejarah silam kita bukan penamat. Kita semua pernah buat silap, tapi yang penting niat nak bangkit tu mesti kuat.
Jangan biarkan rasa malu, rendah diri, putus asa atau takut menghalang kita. Anda layak dapat peluang kedua. Bayangkan kehidupan yang bebas, tanpa sembunyi-sembunyi dan tanpa rasa bersalah. Kehidupan itu menanti kita!
Jom bersama Min mulakan langkah pertama hari ini! tak perlu lalui ini seorang diri. Ingat, psstt...
AADK kan ada untuk masalah mula terlibat dengan Dadah & Barang Terlarang serta isu penagihan! Kami sedia bagi sokongan, rawatan, dan dorongan motivasi.