04/10/2026
Pada awal pagi tadi, kami menerima berita sedih tentang pemergian Uncle Ragandran, salah seorang anggota lama KEADILAN Kampar yang sentiasa bersama parti dalam susah dan senang.
Beliau banyak menabur bakti dalam perjuangan parti sejak dahulu, termasuk bersama dalam pelbagai program, demonstrasi dan pilihan raya.
Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar buat seluruh keluarga KEADILAN Kampar.
Jasa, pengorbanan dan semangat perjuangan Uncle Ragandran akan sentiasa kami kenang.