01/10/2026
𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗔𝗡𝗨𝗚𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗛𝗜𝗗𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗖𝗘𝗠𝗘𝗥𝗟𝗔𝗡𝗚 (𝗔𝗣𝗖) 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟱 & 𝗝𝗔𝗦𝗔𝗠𝗨 𝗗𝗜𝗞𝗘𝗡𝗔𝗡𝗚 𝗣𝗘𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗗𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗡𝗔𝗛 𝗞𝗔𝗠𝗣𝗔𝗥
30 September 2026 | Arkadia Event Place, Ipoh
Pejabat Daerah dan Tanah Kampar telah mengadakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2025 dan Jasamu Dikenang sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan kepada warga kerja yang telah menunjukkan prestasi cemerlang, komitmen serta dedikasi dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab sepanjang tahun 2025.
Majlis telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Mohd Kamil bin Mohd Kasim, Pegawai Daerah Kampar, yang turut menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada para penerima.
Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2025:
1. Puan Yus Syahida binti Mohamad Salleh, Setiausaha Pejabat Gred N6 (TBK1)
2. Encik Faiz bin Abd Rahman, Penolong Jurutera Gred JA5
3. Puan Nur Syafiqah binti Ahmad Niza, Pembantu Tadbir (P/O) Gred N1
4. Cik Nur Ezzati binti Redzwan, Pembantu Tadbir (P/O) Gred N1
5. Puan Nursaidah binti Mohamed Yusof, Pembantu Tadbir (P/O) Gred N1
6. Nurul Atiqah Binti Khairul Anuar, Pembantu Tadbir (P/O) Gred N1
7. Encik Foo Ah Soon, Pembantu Khidmat Am Gred H1
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua penerima. Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus memberikan perkhidmatan yang berkualiti, berintegriti dan cemerlang, di samping menjadi inspirasi kepada seluruh warga Pejabat Daerah dan Tanah Kampar.
Majlis turut meraikan warga PDT Kampar yang telah bertukar keluar menerusi segmen Jasamu Dikenang, sebagai tanda penghargaan atas segala jasa, khidmat bakti dan sumbangan sepanjang bersama jabatan.
Jasamu Dikenang:
1. Encik Nazrul Fazami Bin Mohamad, Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Gred M14
2. Encik Azrul Sani Bin Ibrahim, Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Gred M14 (Memangku)
3. Encik Muhammad Fairuz bin Ahmad, Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Gred M12 (KUP)
4. Puan Norasmawati binti Md Anuar, Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Gred M10
5. Puan Noraidah binti Misrun, Penolong Akauntan Gred W6 (TBK1)
6. Encik Iezam bin Mohd Zamri, Penolong Pegawai Tanah Gred NT6 (TBK1)
7. Encik Muhammad Syahiran bin Shafie, Pembantu Tadbir (P/O) Gred N2
8. Encik Nur Ferzy Azrul bin Nordin, Pembantu Tadbir (P/O) Gred W2 (TBK1)
9. Puan Noorfazilah binti Mahamad Ghazali, Pembantu Tadbir (P/O) Gred N2 (TBK1)
10. Encik Ahmad Hafizi Hilmi bin Mat Raai, Pembantu Tadbir (P/O) Gred N1
11. Puan Noor Zaizah binti Mohamed Razali, Penolong Pegawai Tadbir Gred N5
Walau di mana jua meneruskan khidmat, segala jasa dan kenangan yang ditinggalkan akan sentiasa menjadi sebahagian daripada perjalanan dan keluarga besar PDT Kampar.
Pihak Pejabat Daerah dan Tanah Kampar merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak serta barisan urusetia yang telah memberikan komitmen dan kerjasama dalam menjayakan majlis ini.
Tahniah kepada semua penerima APC Tahun 2025 dan selamat maju jaya kepada warga yang diraikan dalam Jasamu Dikenang.
“Kecemerlangan bukan sekadar sebuah pengiktirafan, tetapi cerminan amanah, komitmen dan kesungguhan dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik.”