Institut Kefahaman Islam Malaysia

Institut Kefahaman Islam Malaysia

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Institut Kefahaman Islam Malaysia, Government Organization, No 2, Langgak Tunku, Off Jalan Tuanku Abdul Halim, Kuala Lumpur, Kampong Dollah.

Ditubuhkan sejak 18 Februari 1992, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) bermatlamat dalam memberi kefahaman Islam yang tepat kepada masyarakat segenap melalui pelbagai saluran medium, program dan aktiviti.

03/06/2026
Photos from Institut Kefahaman Islam Malaysia's post 02/06/2026

PROGRAM REFLEKSI BUKU: SIRI SOAL JAWAB KEFAHAMAN ISLAM (SIJKI)

Jangan lepaskan peluang mengikuti sesi Refleksi Buku yang akan membincangkan siri buku Siri Soal Jawab Kefahaman Islam (SIJKI) bersama para pengarang dan panel berpengalaman daripada IKIM.

🎙️ Panel:
▪️ Dr. Mohd Farid Mohd Shahran
Pengarang Buku & Pengarah Pusat Kajian Akidah, Agama dan Keharmonian (AMAN) IKIM

▪️ Pn. Siti Shamsiah Md Supi
Pengarang Buku & Fellow Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang dan Politik (SYARAK) IKIM

🎤 Moderator:
▪️ Tn. Hj. Mahathir Shaharuddin

📅 3 Jun 2026 (Rabu)
🕙 10.00 pagi
📍 Pentas Dunia Buku, Dewan Merdeka sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2026.

Kupasan ilmiah ini akan mengetengahkan pelbagai persoalan dan isu semasa berkaitan kefahaman Islam yang dihimpunkan dalam siri buku SIJKI, meliputi aspek akidah dan pemikiran, etika, akhlak dan tasawuf, fiqh kekeluargaan serta cabaran semasa dalam pendidikan. Perbincangan ini bertujuan memperkaya pemahaman masyarakat terhadap ajaran Islam secara berilmiah, seimbang dan berautoriti.

📚 Dapatkan juga siri buku Siri Soal Jawab Kefahaman Islam (SIJKI) di reruai IKIM sepanjang PBAKL 2026.

✨ Jumpa anda di PBAKL 2026!





Photos from Institut Kefahaman Islam Malaysia's post 02/06/2026

PROGRAM REFLEKSI BUKU IKIM SEMPENA PBAKL 2026 MASUK HARI KEDUA

Program Refleksi Buku IKIM memasuki hari kedua hari ini sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2026 yang mengetengahkan dua karya yang membincangkan warisan keilmuan Islam serta cabaran masyarakat dalam era digital.

Sesi pertama membincangkan buku The Caliph’s Engineers: Banū Mūsā and the Tradition of Ingenuity karya Dr. Muhd Husni Mohd Amin yang menyorot sumbangan ilmuwan Islam dalam bidang sains dan kejuruteraan. Sesi ini turut menampilkan Prof. Madya Ts. Dr. Zul Ilham Zulkiflee L***s sebagai panelis dan dikendalikan oleh Cik Syamilah Heng Kamal Koh.

Sesi kedua p**a membincangkan buku Umat Digital: Pembangunan Kandungan dan Minda Generasi yang disunting oleh Dr. Muhammad Hisyam Mohamad bersama Dr. Shaikh Mohd Saifuddeen bin Shaikh Mohd Salleh sebagai panelis. Perbincangan memberi fokus kepada kesan perkembangan teknologi digital terhadap masyarakat serta kepentingan penggunaan teknologi secara beretika dan bertanggungjawab.

Program ini teris menjadi platform perkongsian ilmu yang memperkayakan wacana semasa serta menggalakkan budaya ilmu dalam kalangan masyarakat.

02/06/2026

Menerima kunjungan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dr. Zulkifli Hasan ke Pavilion Baitul Hikmah MADANI pada petang ini.

Kunjungan tersebut merupakan sebahagian daripada tinjauan beliau ke reruai-reruai pameran sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2026. Dalam lawatan ringkas itu, beliau turut berkesempatan meninjau bahan-bahan penerbitan serta perkembangan aktiviti yang berlangsung hari ini.

02/06/2026

MENJUNJUNG TITAH, MEMPERKUKUH KEFAHAMAN DAN PERPADUAN

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dengan penuh takzim menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar, yang menyeru seluruh rakyat Malaysia agar menghayati prinsip-prinsip Rukun Negara sebagai asas perpaduan, keharmonian dan kemajuan negara.

Titah Baginda merupakan peringatan yang amat bermakna kepada seluruh rakyat bahawa perpaduan yang dinikmati hari ini lahir daripada sikap saling menghormati, memahami kepelbagaian serta menjunjung nilai-nilai yang termaktub dalam Rukun Negara.

Sebagai institusi yang mempromosikan kefahaman Islam berteraskan ilmu, hikmah dan dialog, IKIM komited untuk terus memperkukuh budaya ilmu, menyuburkan semangat kebersamaan serta memupuk persefahaman antara masyarakat demi kesejahteraan negara.

Marilah kita bersama-sama menghayati titah Baginda dan memperkukuh perpaduan demi Malaysia yang aman, stabil dan sejahtera.

Daulat Tuanku.





MENJUNJUNG TITAH, MEMPERKUKUH PERPADUAN

1. Saya dan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dengan penuh takzim menjunjung titah dan nasihat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar agar seluruh rakyat Malaysia menghayati prinsip-prinsip Rukun Negara bagi menjamin perpaduan yang menjadi asas kekuatan negara.

2. Kemakmuran ekonomi dan limpahan pelaburan yang kita nikmati hari ini hasil kekuatan yang dibina atas keharmonian kaum dan kestabilan politik berpandukan Rukun Negara. Wajib kita mensyukuri nikmat yang dikurniakan Allah ﷻ ini dan berdoa agar Malaysia tidak bergelut seperti negara lain dalam menghadapi krisis bekalan dunia.

3. Titah Tuanku Sultan Ibrahim ini mengukuhkan lagi titah Tuanku Sultan Selangor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan menjadi bukti Raja-raja Melayu sangat prihatin tentang isu rakyat dan hubungan antara kaum.

4. Saya dengan ini menyeru seluruh rakyat Malaysia agar menekuni titah Tuanku Sultan Ibrahim seterusnya kembali kepada Rukun Negara agar negara ini terus aman dan maju untuk semua.

Daulat Tuanku.

Senator Dr. Zulkifli bin Hasan,
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Photos from Institut Kefahaman Islam Malaysia's post 02/06/2026

Ayuh bersama mengimarahkan Majlis Ilmu Madani bersama YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, serta tokoh ilmuwan yang dihormati:

• Sheikh Muhammad Hydara al-Jilani
• Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid

🗓️ 4 Jun 2026 (Khamis) | 18 Zulhijjah 1447H
🕕 6.00 petang – 9.30 malam
📍 Masjid Al-Sultan Abdullah, Menara Merdeka 118, Kuala Lumpur

Semoga majlis ini menjadi asbab bertambahnya ilmu yang bermanfaat, keberkatan dalam kehidupan serta memperkukuh kesatuan ummah.

Semua dijemput hadir.





Photos from Institut Kefahaman Islam Malaysia's post 02/06/2026

PROGRAM REFLEKSI BUKU: UMAT DIGITAL

Jangan lepaskan peluang mengikuti sesi Refleksi Buku yang akan membincangkan karya Umat Digital: Pembangunan Kandungan dan Minda Generasi bersama panel-panel berpengalaman daripada IKIM.

🎙️ Panel:
▪️ Dr. Muhammad Hisyam Mohamad, Penyunting Buku & Pengarah Pusat Ekonomi dan Kemasyarakatan (EMAS) IKIM
▪️ Dr. Shaikh Mohd Saifuddeen bin Shaikh Mohd Salleh, Pengarah Unit Pengurusan Penyelidikan IKIM

🎤 Moderator:
▪️ DJ Syafiq Salleh

📅 2 Jun 2026 (Selasa)
🕔 5.00 petang
📍 Republika Merah MAPIM, sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2026.

Kupasan ilmiah ini akan membincangkan isu pembangunan kandungan digital serta pembentukan minda generasi dalam menghadapi cabaran dan peluang dunia digital masa kini.

Dapatkan tempahan buku Umat Digital: Pembangunan Kandungan dan Minda Generasi di reruai IKIM sepanjang PBAKL 2026 dengan potongab diskaun 35% sahaja.

Jumpa anda di PBAKL 2026!

Photos from Institut Kefahaman Islam Malaysia's post 01/06/2026

PROGRAM REFLEKSI BUKU: THE CALIPH’S ENGINEERS

Jangan lepaskan peluang mengikuti sesi Refleksi Buku yang akan membincangkan karya The Caliph’s Engineers: Banū Mūsā and the Tradition of Ingenuity bersama panel-panel berpengalaman daripada IKIM.

🎙️ Panel:
▪️ Dr. Muhd Husni Mohd Amin, Pengarang Buku & Felow Pusat Kajian Sains dan Alam Sekitar (KIAS) IKIM
▪️ Prof. Madya Ts. Dr. Zuli Ilham Zulkiflee L***s, Pengarah Pusat Kajian Sains dan Alam Sekitar (KIAS) IKIM

🎤 Moderator:
▪️ Cik Syamilah Heng Kamal Koh

📅 2 Jun 2026 (Selasa)
🕚 11.00 pagi
📍 Pentas Utama PBAKL, Aras 2, WTCKL sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2026.

Kupasan ilmiah ini akan mengetengahkan perbincangan mengenai kecemerlangan tradisi kejuruteraan dan inovasi dalam tamadun Islam melalui sumbangan Banū Mūsā, tokoh ilmuwan yang telah mencorakkan perkembangan teknologi dan sains pada zaman kegemilangan Islam.

📚 Dapatkan juga buku The Caliph’s Engineers dengan diskaun istimewa 35%, eksklusif sepanjang PBAKL 2026 di reruai IKIM, Pavilion Baitul Hikmah dan Pavilion MAPIM.

✨ Jumpa anda di PBAKL 2026!

#

Want your business to be the top-listed Government Service in Kampong Dollah?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


No 2, Langgak Tunku, Off Jalan Tuanku Abdul Halim, Kuala Lumpur
Kampong Dollah
50480

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00