JPKK Jenderam Hilir

  • Home
  • JPKK Jenderam Hilir
Call Contact the organization

JPKK Jenderam Hilir Page kelolaan Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung (JPKK) Jenderam Hilir

08/10/2026

🎓 𝐓𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐇 𝐃𝐈𝐏𝐋𝐎𝐌𝐀 𝐔𝐍𝐈𝐓𝐄𝐍 𝐊𝐇𝐀𝐒 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐆𝐎𝐋𝐎𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐁𝟒𝟎!

Anak Sepang dan kawasan sekitar yang tengah cari peluang sambung belajar, ini berita baik untuk anda! UNITEN dengan kerjasama TNB menawarkan penajaan 100% PERCUMA bagi kemasukan Diploma Oktober 2026.

Pakej Penajaan Meliputi:
• Yuran Pendaftaran & Pengajian
• Tempat Penginapan
• Elaun Bulanan

Ingin tahu lebih lanjut atau nak buat semakan kelayakan terus?

Kunjungi Reruai kami di
𝐊𝐚𝐫𝐧𝐢𝐯𝐚𝐥 𝐒𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐊𝐨𝐦𝐮𝐧𝐢𝐭𝐢 𝐃𝐚𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐒𝐞𝐩𝐚𝐧𝐠

🗓 Tarikh: 10 Oktober 2026
⏰ Masa: 8:00 Pagi - 5:00 Petang
📍 Lokasi: Booth UNITEN, Mini Stadium Bandar Baru Salak Tinggi (BBST)

Jumpa anda di sana! Masa depan yang lebih cerah bermula di sini. 🌟

08/10/2026

🌸 𝐍𝐀𝐊 𝐊𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐍 𝐁𝐈𝐒𝐍𝐄𝐒 𝐓𝐀𝐏𝐈 𝐌𝐎𝐃𝐀𝐋 𝐓𝐀𝐊 𝐂𝐔𝐊𝐔𝐏? 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐈𝐍𝐈 𝐏𝐄𝐋𝐔𝐀𝐍𝐆 𝐀𝐍𝐃𝐀!

Khas buat wanita berjiwa kental! Jangan biarkan impian perniagaan anda terhenti di sini.

Jom ketahui kelebihan Skim DANANITA dalam Program Pembiayaan Perniagaan Khas Wanita MARA secara bersemuka!

✨ Apa kelebihan program ini untuk bisnes anda?
💰 Pembiayaan sehingga RM150,000 mengikut keperluan perniagaan
📉 Kadar keuntungan kompetitif serendah 3.5%
⏳ Tempoh pembiayaan yang fleksibel
💡 Bimbingan & khidmat nasihat perniagaan secara terus daripada pihak MARA

📅 Tarikh: 12 Oktober 2026 (Isnin)
⏰ Masa: 8.00 Pagi
📍 Lokasi: Pejabat Ahli Majlis Zon BBST Utara
🚗 https://maps.app.goo.gl/gKsJnDueJmniwBLg6?g_st=ic

⚠️ Tempat adalah terhad! Jangan lepaskan peluang untuk melonjakkan bisnes anda ke tahap seterusnya. Jumpa anda di sana! 🚀

📲 Klik pautan di bawah untuk pendaftaran segera:
https://forms.gle/NXDT92Hb9i9dpeT19

Sebarang pertanyaan:
Puan Amira (+60 19-295 2565) / Cik Adeela (+60 11-6922 5664)

Anjuran Bersama:
Majlis Amanah Rakyat (MARA), Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Sepang & Ahli Majlis Zon BBST Utara.

Jom sama-sama hadir dan meriahkan Karnival Sukan Komuniti Daerah Sepang & Sambutan Ulang Tahun Ke-21 Majlis Perbandaran ...
01/10/2026

Jom sama-sama hadir dan meriahkan Karnival Sukan Komuniti Daerah Sepang & Sambutan Ulang Tahun Ke-21 Majlis Perbandaran Sepang! ❤️
🏆 11 ACARA SUKAN RAKYAT
1️⃣ Tarik Tali
2️⃣ Lari Dalam Guni
3️⃣ Musang Berjanggut
4️⃣ Bawa Bola Ping Pong Dalam Sudu
5️⃣ Isi Air Dalam Botol
6️⃣ Air Belon
7️⃣ Susun Cawan
8️⃣ Lari Susun Bata
9️⃣ Kotak Misteri
🔟 Boling Kelapa
1️⃣1️⃣ Tarik Upih Pinang
🎁 CABUTAN BERTUAH — pelbagai hadiah menarik menanti!
🎪 Pameran Agensi
🛍️ Jualan Ehsan Rahmah
🍜 Jualan Makanan Halal
❤️ Pemeriksaan Kesihatan
💃 Zumba
📅 10 Oktober 2026 (Sabtu)
📍 Mini Stadium BBST, Sepang
⏰ 8.00 pagi – 5.00 petang
👨‍👩‍👧‍👦 Ajak keluarga, sahabat dan jiran-jiran!
Jom kita turun beramai-ramai, beriadah, berseronok dan sama-sama memeriahkan karnival komuniti kita! 🤝🎉
SEMUA DIJEMPUT HADIR! ❤️
Jumpa di Mini Stadium BBST! 🥳

JPKK Jenderam Hilir bersama biro pemuda Masjid As-syakirin Kampung Jenderam Hilir telah berjaya menahan sebuah lori roro...
25/09/2026

JPKK Jenderam Hilir bersama biro pemuda Masjid As-syakirin Kampung Jenderam Hilir telah berjaya menahan sebuah lori roro yang sedang cuba membuang sampah di tapak pembuangan sampah haram berdekatan Taman Jenderam Damai.

Lori yang ditahan telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut pihak Majlis Perbandaran Sepang

Mohon segera pada yang layak
17/09/2026

Mohon segera pada yang layak

📢 PEMAKLUMAN PENGAMBILAN BAJU LARIAN 👕Kepada semua peserta Fun Walk Hari Malaysia 2026, baju larian anda sudah boleh dia...
09/09/2026

📢 PEMAKLUMAN PENGAMBILAN BAJU LARIAN 👕

Kepada semua peserta Fun Walk Hari Malaysia 2026, baju larian anda sudah boleh diambil mengikut ketetapan berikut:

📅 12 September 2026 (Sabtu)
⏰ 9.00 malam – 12.00 malam

📅 13 September 2026 (Ahad)
⏰ 5.00 petang – 7.00 malam

📍 Masjid As Syakirin, Kg Jenderam Hilir

Sila bawa bukti pendaftaran semasa pengambilan. Pengambilan oleh wakil juga dibenarkan dengan membawa bukti pendaftaran peserta.

Terima kasih atas sokongan dan sambutan luar jangkaan! ❤️🇲🇾
Jumpa di laluan Hari Malaysia! 🏃‍♂️🏃‍♀️

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-69 🇲🇾Dengan penuh rasa syukur dan bangga, JPKK Jenderam Hilir mengucapkan Selam...
30/08/2026

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-69 🇲🇾

Dengan penuh rasa syukur dan bangga, JPKK Jenderam Hilir mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-69 kepada seluruh warga Jenderam Hilir dan rakyat Malaysia.

Kemerdekaan bukan sekadar sebuah sejarah, tetapi amanah untuk kita terus memelihara keamanan, memperkukuh perpaduan dan membina masa depan yang lebih baik untuk generasi akan datang.

Ayuh kita semarakkan semangat patriotisme, perpaduan dan kecintaan kepada tanah air. Walau berbeza bangsa, agama dan latar belakang, kita tetap berdiri sebagai satu keluarga Malaysia.

🇲🇾 Merdeka! Merdeka! Merdeka! 🇲🇾

JPKK Jenderam Hilir
Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Jenderam Hilir




Malam tadi telah berlaku satu kebakaran di tempat pembuangan sampah haram berhampiran Taman Jenderam Damai, Jenderam Hil...
30/08/2026

Malam tadi telah berlaku satu kebakaran di tempat pembuangan sampah haram berhampiran Taman Jenderam Damai, Jenderam Hilir. Kebakaran tersebut menyebabkan kawasan sekitar berkenaan dipenuhi dengan asap tebal.

Akses jalan ke kawasan ini sebelum ini telah ditutup bagi menghalang aktiviti pembuangan sampah secara haram. Walaubagaimanapun terdapat laluan baru yang digunakan pengusaha roro untuk membuang sampah ke kawasan ini.

Orang ramai dinasihatkan untuk melaporkan aktiviti pembuangan dan pembakaran sampah haram secara terbuka kepada pihak berkuasa / agensi berkaitan supaya tindakan sewajarnya dapat diambil.

🌿 Kampung bersih, persekitaran sihat, komuniti sejahtera.

🌙 SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL SAW 1448H / 2026M 🌙JPKK Jenderam Hilir mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul S...
25/08/2026

🌙 SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL SAW 1448H / 2026M 🌙

JPKK Jenderam Hilir mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul SAW kepada seluruh warga Jenderam Hilir dan umat Islam sekalian.

Semoga sambutan Maulidur Rasul ini menjadi ruang untuk kita kembali menghayati perjuangan, akhlak dan sunnah Rasulullah SAW serta menjadikannya sebagai panduan dalam kehidupan seharian.

🤍 “Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik bagi kamu.”
(Surah Al-Ahzab: 21)

Semoga kita semua terus memperkukuhkan kasih sayang kepada Rasulullah SAW, mempererat ukhuwah sesama masyarakat dan bersama-sama membina komuniti yang harmoni, prihatin dan saling membantu.

Salam Maulidur Rasul SAW 1448H / 2026M.
Ikhlas daripada
Pengerusi dan AJK JPKK Jenderam Hilir

Address

Lot 2311

43800

Telephone

+60122428970

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JPKK Jenderam Hilir posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to JPKK Jenderam Hilir:

Shortcuts

  • Want your organization to be the top-listed government service?

Share