22/09/2026
Assalamualaikum semua sahabat dengar kan lah.
Ada manusia, rezeki sendiri belum tentu cukup, tapi masih sempat memikirkan bagaimana mahu mengganggu rezeki orang lain.
Kadang-kadang bukan kerana kita mengambil hak mereka pun, tetapi mereka tidak senang melihat orang lain berjalan dengan tenang.
Fitnah ditabur sedikit demi sedikit, cerita ditambah sana sini, dengan harapan periuk nasi orang lain akan retak.
Tak mengapa…
Kita percaya setiap rezeki ada jalannya, dan setiap perbuatan ada hitungannya.
Kita tak perlu membalas pasir yang ditabur. Teruskan sahaja memasak dalam periuk sendiri dan jaga rezeki dengan cara yang baik.
Sebab orang yang sibuk mengacau periuk orang lain, kadang-kadang terlupa memeriksa periuknya sendiri.
Dalam dunia muzik, kita belajar satu perkara — bukan semua bunyi perlu dikuatkan, dan bukan semua suara perlu didengarkan.
Ada yang semakin lama dalam bidang ini, semakin banyak pengalaman yang sepatutnya mengajar tentang adab dan menghormati orang lain.
Sayangnya, kadang-kadang usia bertambah, tetapi kesedaran diri masih tertinggal.
Bermain muzik biarlah membawa kegembiraan, bukan menjadi sebab untuk menjatuhkan orang lain.
Tak perlu tabur cerita, tak perlu kacau periuk nasi orang, dan tak perlu rasa diri paling hebat.
Kerana akhirnya, orang bukan hanya menilai bagaimana sedapnya kita bermain muzik… tetapi juga bagaimana baiknya kita membawa diri. 🎶
Tak perlu membalas setiap fitnah.
Biarkan masa membuka kebenaran.
Kadang-kadang kita memilih untuk diam, bukan kerana tak tahu… tetapi kerana terlalu banyak yang kita tahu.
Jangan anggap diam itu lemah.
Ada cerita yang kita simpan, bukan kerana takut… tetapi kerana masih menghormati.
Admin