Pusat Koreksional Kamunting

Website

Pusat Koreksional Kamunting Official Pusat Koreksional Kamunting (KEMTA) , JABATAN PENJARA MALAYSIA

MAJLIS SELAUTAN BUDI, SEJUTA KENANGANPUSAT KOREKSIONAL KAMUNTING16 Oktober 2026 (Jumaat) | 7.45 malamKelab Golf Pusat Ko...
17/10/2026

MAJLIS SELAUTAN BUDI, SEJUTA KENANGAN
PUSAT KOREKSIONAL KAMUNTING

16 Oktober 2026 (Jumaat) | 7.45 malam
Kelab Golf Pusat Koreksional Kamunting

Majlis Selautan Budi, Sejuta Kenangan Pusat Koreksional Kamunting telah berlangsung pada 16 Oktober 2026 (Jumaat), jam 7.45 malam bertempat di Kelab Golf Pusat Koreksional Kamunting.

Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan dan mengenang jasa serta sumbangan warga institusi yang telah menabur bakti sepanjang perkhidmatan, di samping mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga Pusat Koreksional Kamunting.

Semoga segala jasa, pengorbanan dan kenangan yang tercipta terus terpahat dalam ingatan serta menjadi inspirasi kepada seluruh warga institusi.



15/10/2026

RANGKUMAN VIDEO MAJLIS PENYERAHAN BENDERA KONTINJEN TENIS NEGERI PERAK KE KEJOHANAN SUKAN PENJARA ANTARA NEGERI 2026



MAJLIS PENYERAHAN BENDERA KONTINJEN TENIS NEGERI PERAK KE KEJOHANAN SUKAN PENJARA ANTARA NEGERI 202615 OKTOBER 2026 – Pu...
15/10/2026

MAJLIS PENYERAHAN BENDERA KONTINJEN TENIS NEGERI PERAK KE KEJOHANAN SUKAN PENJARA ANTARA NEGERI 2026

15 OKTOBER 2026 – Pusat Koreksional Kamunting telah menganjurkan Majlis Penyerahan Bendera kepada Kontinjen Tenis Negeri Perak sebagai simbolik pelepasan pasukan bagi menyertai Kejohanan Sukan Penjara Antara Negeri 2026 - Tenis, yang berlangsung di Kompleks Tenis MPHTJ, MITC, Ayer Keroh, Melaka pada 16 Oktober 2026 hingga 18 Oktober 2026.

Majlis telah disempurnakan oleh PKP Mohd Hidayat bin Ismail, Pengarah Pusat Koreksional Kamunting, dengan kehadiran wakil-wakil institusi penjara di Negeri Perak.
Kontinjen Tenis Negeri Perak terdiri daripada (15) orang pemain, melibatkan enam (6) pemain dari Pusat Koreksional Kamunting dan sembilan (9) pemain dari Penjara Taiping.

Penyertaan ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkukuh semangat kesukanan, disiplin, kerjasama berpasukan serta hubungan strategik antara institusi penjara di Negeri Perak.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Bakti Setia, diikuti bacaan ikrar kontinjen yang diketuai oleh KIP Mohd Shafeq bin Md Pazilah selaku Pengurus Pasukan Tenis Negeri Perak.

Acara kemuncak majlis diteruskan dengan penyerahan bendera Negeri Perak kepada pengurus pasukan, diikuti penyampaian amanat dan kata-kata motivasi oleh pengerusi majlis sebagai dorongan kepada para pemain untuk memberikan prestasi terbaik sepanjang kejohanan.

Majlis diakhiri dengan jamuan makan sebelum kontinjen bertolak ke Melaka bagi menghadapi kejohanan tersebut.
Diharapkan Kontinjen Tenis Negeri Perak dapat beraksi dengan penuh semangat, berdisiplin dan berintegriti, seterusnya mencapai kejayaan serta mengharumkan nama Penjara Negeri Perak.

“BERSATU BERJUANG, MENJULANG KECEMERLANGAN.”



PELAKSANAAN KURSUS PERTANIAN MODEN: PENGURUSAN SISTEM TANAMAN FERTIGASIPada 15 Oktober 2026 (Khamis), Pejabat Pertanian ...
15/10/2026

PELAKSANAAN KURSUS PERTANIAN MODEN: PENGURUSAN SISTEM TANAMAN FERTIGASI

Pada 15 Oktober 2026 (Khamis), Pejabat Pertanian Daerah Larut, Matang dan Selama telah menganjurkan Kursus Pertanian Moden yang berfokuskan kepada Pengurusan Sistem Tanaman Fertigasi. Program selama separuh hari ini bermula pada jam 9:00 pagi dan berpusat di Balai Datuk Maharajalela. Penganjuran kursus ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan pihak jabatan dalam memperkasa pengetahuan serta kemahiran teknikal komuniti dan warga perkhidmatan berkaitan teknologi pertanian terkini.
Perkongsian ilmu bagi kursus ini disampaikan oleh dua orang pegawai penceramah, iaitu Encik Jafri bin Mohd Rashed dan Encik Muhammad Wafi bin Samsudin, yang kedua-duanya berkhidmat sebagai Pegawai Pertanian Daerah. Program ini mendapat sambutan yang amat baik dengan penyertaan seramai 36 orang peserta. Kumpulan sasaran ini merangkumi 30 orang prospek daripada Unit Zon 1 dan Unit Pertanian Luar, serta 6 orang anggota dari Unit Vokasional dan Industri, Pusat Koreksional (PK) Kamunting.
Pelaksanaan kursus dimulakan dengan sesi latihan praktikal di Ladang Fertigasi Cili dan Terung PK Kamunting. Pendedahan di lapangan ini memberi peluang kepada para peserta untuk melihat secara mendalam serta mengendalikan komponen fizikal dan pengurusan persekitaran sistem fertigasi. Selesai sesi amali, program diteruskan dengan pembentangan modul teoretikal dan taklimat teknikal. Dalam sesi ini, peserta didedahkan secara menyeluruh kepada prinsip asas sistem fertigasi, teknik kawalan perosak dan penyakit yang berkesan, serta amalan pengurusan tanaman yang berupaya mengoptimumkan pengeluaran hasil secara maksimum.
Secara keseluruhannya, kursus ini berjaya mencapai matlamat penganjurannya dalam menyebar luas teknologi pertanian moden kepada para peserta. Majlis diakhiri dengan penyampaian penghargaan kepada barisan penceramah dan sesi jamuan makan tengah hari sebagai penutup.



ZIARAH KEMATIAN BAPA ANGGOTA PUSAT KOREKSIONAL KAMUNTINGPusat Koreksional Kamunting telah mengadakan ziarah kematian bap...
14/10/2026

ZIARAH KEMATIAN BAPA ANGGOTA PUSAT KOREKSIONAL KAMUNTING

Pusat Koreksional Kamunting telah mengadakan ziarah kematian bapa kepada Wdr. 25208 Muhammad Yusri Aidid (ULIN) di Gopeng sebagai tanda keprihatinan dan sokongan moral kepada anggota serta keluarga yang sedang berduka.

Ziarah ini mencerminkan semangat kebersamaan, keprihatinan dan nilai kekeluargaan dalam kalangan warga Pusat Koreksional Kamunting.

Seluruh warga Pusat Koreksional Kamunting merakamkan ucapan takziah kepada Wdr. Muhammad Yusri Aidid dan seluruh ahli keluarga Allahyarham. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman serta keluarga yang ditinggalkan dikurniakan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini.



ZIARAH KEBAJIKAN ISTERI WP KHAIRUL SEMPENA KELAHIRAN CAHAYAMATA KETIGASatu ziarah kebajikan telah diadakan bagi menziara...
10/10/2026

ZIARAH KEBAJIKAN ISTERI WP KHAIRUL SEMPENA KELAHIRAN CAHAYAMATA KETIGA

Satu ziarah kebajikan telah diadakan bagi menziarahi isteri kepada WP Khairul yang baru sahaja selamat melahirkan cahaya mata ketiga.

Ziarah tersebut diketuai oleh Puan Rosyanti sebagai tanda keprihatinan dan sokongan terhadap kebajikan warga kerja serta keluarga. Dalam kesempatan tersebut, ucapan tahniah atas kelahiran cahaya mata ketiga turut disampaikan, di samping mendoakan agar beliau dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan sepanjang tempoh berpantang dan bayi sentiasa berada dalam keadaan sihat.

Semoga kehadiran cahaya mata baharu ini membawa kebahagiaan, keberkatan dan keceriaan kepada seluruh keluarga WP Khairul.



10/10/2026

RANGKUMAN VIDEO SESI LAWATAN YBrs. KP HAJAH NORA BINTI MUSA DAN MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM SAMBUTAN HARI WARGA EMAS JABATAN PENJARA MALAYSIA TAHUN 2026


SESI LAWATAN DAN MESYUARAT PROGRAM SAMBUTAN HARI WARGA EMAS JABATAN PENJARA MALAYSIA TAHUN 20269 Oktober 2026 (Jumaat) |...
09/10/2026

SESI LAWATAN DAN MESYUARAT PROGRAM SAMBUTAN HARI WARGA EMAS JABATAN PENJARA MALAYSIA TAHUN 2026

9 Oktober 2026 (Jumaat) | Pusat Koreksional Kamunting

Pusat Koreksional Kamunting telah menerima kunjungan YBrs. KP Hajah Nora binti Musa, Pengarah Bahagian Korektif, Jabatan Penjara Malaysia, bersama pegawai kebajikan dari Ibu Pejabat Penjara Malaysia bagi sesi lawatan dan mesyuarat persediaan Program Sambutan Hari Warga Emas Jabatan Penjara Malaysia Tahun 2026.

Ketibaan lawatan telah disambut oleh YDH TKP Fayrouz bin Hj. Ahmad Zawawi, Pengarah Penjara Negeri Perak, YDH PKP Mohd Hidayat bin Ismail, Pengarah Pusat Koreksional Kamunting, serta pegawai kanan institusi.

Sesi lawatan dimulakan dengan kunjungan ke Dewan Psikologi, Dewan Pemulihan dan Blok Mentari, iaitu blok penempatan warga emas. Lawatan seterusnya diteruskan ke Astaka Institusi bagi meninjau lokasi yang dicadangkan sebagai tempat pelaksanaan Program Sambutan Hari Warga Emas Jabatan Penjara Malaysia Tahun 2026.

Selesai sesi lawatan, mesyuarat persediaan program telah diadakan di Bilik Mesyuarat Delima. Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh YDH PKK Rizalma bin Che Abdul Hamid, Pengarah Penjara Taiping, YDH PKP S. Tanabal a/l Socklingam, Pengarah Pusat Koreksional Batu Gajah, wakil dari Penjara Tapah serta wakil Affin Bank Islamic yang menyertai mesyuarat secara dalam talian.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBrs. KP Hajah Nora binti Musa, Pengarah Bahagian Korektif, Jabatan Penjara Malaysia. Perbincangan tertumpu kepada penyelarasan dan perincian tentatif program yang dijadualkan berlangsung pada 26 hingga 29 Oktober 2026, dengan pengisian seperti berikut:

Hari Pertama: Fokus Kesihatan

Hari Kedua: Fokus Aktiviti Fizikal dan Hiburan

Hari Ketiga: Fokus Agama dan Kerohanian

Hari Keempat: Majlis Penutupan

Mesyuarat ini bertujuan memastikan segala persiapan, penyelarasan aktiviti dan keperluan pelaksanaan program dapat dirancang dengan teratur bagi menjamin kelancaran Program Sambutan Hari Warga Emas Jabatan Penjara Malaysia Tahun 2026.

Pada akhir sesi, majlis diteruskan dengan penyerahan cenderamata oleh YDH TKP Fayrouz bin Hj. Ahmad Zawawi, Pengarah Penjara Negeri Perak, kepada YBrs. KP Hajah Nora binti Musa, Pengarah Bahagian Korektif, Jabatan Penjara Malaysia, diikuti sesi menandatangani Buku Pelawat.

Lawatan seterusnya diteruskan ke Kolam Akuakultur sebelum sesi jamuan makan tengah hari.

Semoga segala perancangan dan persiapan yang dilaksanakan dapat memastikan Program Sambutan Hari Warga Emas Jabatan Penjara Malaysia Tahun 2026 berjalan lancar serta mencapai objektif yang ditetapkan.



KURSUS MENINGKATKAN KEMAHIRAN KENDIRI MELALUI ART THERAPY DENGAN PENDEKATAN “PSYCHOLOGICAL EFFECTS ON HUMAN SENSES” KEPA...
08/10/2026

KURSUS MENINGKATKAN KEMAHIRAN KENDIRI MELALUI ART THERAPY DENGAN PENDEKATAN “PSYCHOLOGICAL EFFECTS ON HUMAN SENSES” KEPADA PROSPEK RADIKAL

Pada 7 Oktober 2026, Kursus Meningkatkan Kemahiran Kendiri Melalui Art Therapy dengan pendekatan “Psychological Effects on Human Senses” kepada prospek radikal Institusi telah bermula pada jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Pemulihan, Pusat Koreksional Kamunting.

Kursus tersebut telah disertai oleh En. Adinaraina a/l R. Subramaniam yang hadir ke Dewan Pemulihan dan diiringi oleh PP Mahadevan a/l Karuppan, Timbalan Pengarah Pusat Koreksional Kamunting.

Kursus dimulakan dengan sesi pengenalan kepada Art Therapy, diikuti penerangan berkaitan penerapan dan peranan pancaindera terhadap tingkah laku seseorang. Kursus ini bertujuan memberikan penerangan serta meningkatkan pemahaman peserta berkaitan situasi, emosi dan peranan pancaindera dalam menghadapi perubahan yang berlaku dalam diri.

Seramai 14 orang prospek SOSMA telah menyertai kursus ini. Para peserta turut diberikan tugasan untuk membuat persembahan berkaitan diri sendiri dengan mengaitkan pengalaman serta peranan pancaindera dalam kehidupan masing-masing.

Selain itu, penerapan teori psikologi Sigmund Freud turut diketengahkan dalam sesi kursus bagi membantu para peserta mengekspresikan emosi, mengurus tekanan serta meningkatkan keyakinan diri melalui pendekatan yang kreatif dan interaktif.

Secara keseluruhannya, para peserta memberikan maklum balas yang positif dan menyatakan bahawa mereka berpuas hati dengan pelaksanaan kursus tersebut. Para peserta turut mencadangkan agar program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai salah satu pendekatan dalam meningkatkan kemahiran kendiri dan kesejahteraan psikologi prospek.



Address

Pusat Koreksional Kamunting
Kamunting
34600

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Koreksional Kamunting posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share