27/02/2024
LAWATAN PENANDA ARAS EKSA
JPN Negeri Perlis telah menerima kunjungan Lawatan Penanda Aras EKSA dari JPN Negeri Pahang yang diketuai oleh PPN Negeri Pahang Encik Mohammad bin Abdullah.
Lawatan ini bertujuan untuk berkongsi maklumat dan idea berkenaan pelaksanaan dan persiapan bagi pensijilan semula amalan EKSA ini.
20/11/2023
Jawatankuasa Promosi EKSA, JPN Negeri Perlis telah menganjurkan satu pertandingan Explorace pada 16.11.2023 (Khamis) bertempat ruang pejabat JPN Negeri Perlis.
Explorace ini diadakan bertujuan menguji minda, memantapkan ilmu berkenaan EKSA serta meningkatkan semangat berkumpulan di kalangan kakitangan.
Explorace ini telah mendapat sambutan baik & penyertaan yg menggalakkan di kalangan ahli EKSA.
20/07/2023
14 Jun 2023 - AJK Induk EKSA Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Perlis diketuai oleh Puan Madihah binti Mohamad sebagai penyelaras EKSA JPN Negeri Perlis telah mengadakan Lawatan Penanda Aras EKSA ke Institut Aminudin Baki Cawangan Utara Jitra, Kedah.
Lawatan penanda aras di anjurkan oleh Jawatankuasa Latihan EKSA JPN Negeri Perlis. Taklimat EKSA telah disampaikan oleh En Khairul Badri bin Ahmad selaku pengerusi EKSA di IAB.
Lawatan bertujuan memberi pendedahan & menambahbaik pelaksanaan EKSA di pejabat selain sebagai sesi pembelajaran kepada AJK.
06/03/2023
Informasi EKSA daripada JK Promosi JPN Negeri Perlis.
03/03/2023
Lawatan Penandaaras EKSA JPN Kedah ke Zon Kayangan JPN Negeri Perlis
Tarikh : 7 Februari 2023 (Selasa)
Masa : 9.30 Pagi
Bil Peserta : 25 Orang
03/03/2023
Mesyuarat Jawatankuasa Induk EKSA Zon Kayangan JPN Negeri Perlis Bil. 1/2023
Tarikh : 20 Januari 2023 (Jumaat)
Tempat : Bilik Mesyuarat JPN Negeri Perlis
15/02/2023
OBJEKTIF Eksa Kayangan Jpn Perlis :
🖍 Mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif dan berkualiti iaitu selamat, bersih, kemas & selesa pada setiap masa.
🖍 Meningkatkan motivasi, disiplin diri & semangat kerja berpasukan dalam kalangan warga JPN.
🖍 Meningkatkan tahap kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan yang ditawarkan.
🖍 Mewujudkan budaya kerja yang ceria, efektif & inovatif.
🖍 Meningkatkan kesedaran & membudayakan penjimatan serta kitar semula (Go Green) dalam kalangan warga JPN.
15/02/2023
POLISI Eksa Kayangan Jpn Perlis -
✏️ Memastikan persekitaran kerja yang bersih, kondusif, selesa dan selamat.
✏️ Meningkatkan semangat esprit de corp.
✏️ Melestarikan amalan Go Green.
✏️ Meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan bagi kecemerlangan organisasi.
15/02/2023
DASAR Eksa Kayangan Jpn Perlis - JPN Perlis sentiasa mengamalkan kerja berpasukan serta komited bagi mewujudkan suasana kerja yang kondusif, selesa serta selamat dan berupaya meningkatkan imej jabatan sebagai sebuah organisasi yang memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat Malaysia.