28/08/2026
ππ²πΎ PERKHIDMATAN SHUTTLE BAS PERCUMA π²πΎπ
MAJLIS SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-69 PERINGKAT NEGERI PERLIS TAHUN 2026
ππ²πΎ PERKHIDMATAN SHUTTLE BAS PERCUMA π²πΎπ
MAJLIS SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-69 PERINGKAT NEGERI PERLIS TAHUN 2026
π
30 Ogos 2026 (Ahad)
β° 8.00 malam
π Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra, Kangar, Perlis
Semangat kemerdekaan bakal bergema di seluruh Negeri Perlis! π²πΎβ¨
Ayuh seluruh rakyat bersama-sama memeriahkan Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 Peringkat Negeri Perlis Tahun 2026 yang bakal berlangsung penuh warna-warni dan kemeriahan di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra, Kangar.
Bagi memudahkan pergerakan orang ramai, perkhidmatan Shuttle Bas PERCUMA disediakan dari dua lokasi pick-up point ke lokasi sambutan.
Pengunjung yang ingin menggunakan perkhidmatan ini boleh meletakkan kenderaan di lokasi berikut:
π Lokasi & Masa Perkhidmatan:
πDataran sena β Pintu B, Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra
β° Bermula jam 5.00 petang hingga 1.00 pagi (Pergerakan Terakhir)
πDataran Kechor (Bersebelahan Kediaman Rasmi YAB MB Perlis) β Pintu B, Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra
β° Bermula jam 5.00 petang hingga 1.00 pagi (Pergerakan Terakhir)
β οΈ Peringatan: Para pengunjung adalah dinasihatkan untuk hadir lebih awal bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas dan memastikan kelancaran perjalanan ke lokasi sambutan.
Perkhidmatan ini disediakan khas untuk keselesaan orang ramai yang hadir bagi memeriahkan sambutan penuh bermakna ini. π²πΎβ¨
HariKebangsaan2026