22/12/2025
22 Disember 2025
Isnin
Brainstorming Agenda Belia, Sukan, Sains, Teknologi & Inovasi
Ustaz Wan telah mengadakan sesi brainstorming bersama Jawatankuasa Perancang Agenda Belia, Sukan, Sains, Teknologi dan Inovasi di Kompleks Pentadbiran Seri Putra petang tadi.
Sesi perbincangan ini bertujuan memperhalusi hala tuju serta merangka pelaksanaan program-program strategik bagi memperkasa golongan belia, memajukan pembangunan sukan serta memperkukuh agenda sains, teknologi dan inovasi di peringkat negeri.
Alhamdulillah, hasil perbincangan yang konstruktif ini, takwim program bagi portfolio belia dan sukan dijangka dapat dimuktamadkan dalam masa terdekat bagi memastikan pelaksanaan yang lebih tersusun.
21/12/2025
21 Disember 2025
Ahad
Lebih 20 Pasukan Sertai Kejohanan Bola Sepak Bawah 11 Tahun Piala YB EXCO Belia & Sukan 2025
KANGAR, Perlis – Ustaz Wan hadir menyaksikan pertandingan bola sepak bawah 11 tahun sempena Kejohanan Piala YB EXCO Belia dan Sukan 2025 yang berlangsung di Kompleks Sukan Syed Putra, Kangar kelmarin.
Kejohanan tersebut telah disertai oleh lebih 20 pasukan dari dalam dan luar negeri Perlis, sekali gus menjadi platform penting dalam mencungkil bakat muda serta memupuk semangat kesukanan dalam kalangan kanak-kanak seawal usia muda.
Ustaz Wan merakamkan tahniah dan penghargaan kepada Jawatankuasa Penganjur yang diterajui oleh Kelab Sukan Elektronik dengan kerjasama Pejabat EXCO Belia dan Sukan, Akademi Tunas Arau serta Pemuda Arau atas kejayaan menganjurkan kejohanan ini dengan lancar dan teratur bagi edisi 2025.
17/12/2025
17 Disember 2025
Rabu
Ust Wan Hadiri Majlis Gala Night Dinner Bersama Atlet Young Lions 2.0
KANGAR – Ust Wan hadir ke Majlis Gala Night Dinner bersama atlet Young Lions 2.0 yang berlangsung di Arena Futsal, Kompleks Tuanku Syed Putra, malam ini.
Majlis ini dianjurkan bagi meraikan usaha, pengorbanan serta pencapaian para atlet, di samping menjadi platform untuk menyemai azam dan semangat baharu menjelang tahun 2026 ke arah prestasi yang lebih cemerlang.
Majlis turut dihadiri oleh YB Pegawai Kewangan Negeri, Timbalan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri, Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Ahli Jawatankuasa Jawatankuasa Majlis Sukan Negeri (JMSN), tetamu-tetamu kehormat, jurulatih, pegawai sukan, para atlet serta ibu bapa.
Majlis diakhiri dengan sesi jamuan, ramah mesra dan penyampaian penghargaan sebagai tanda sokongan dan dorongan kepada para atlet untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan pada masa akan datang.
14/12/2025
14 Disember 2025
Ahad
Ust Wan hadir meninjau perjalanan Sukan Perlis peringkat Parlimen Padang Besar yang berlangsung di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra pagi ini.
Sebanyak tiga acara dipertandingkan iaitu Sepak Takraw, Bola Jaring dan Badminton.
Kejohanan yang diselaraskan oleh Parlimen Padang Besar ini melibatkan penyertaan kontinjen dari kawasan T**i Tinggi, Chuping, Santan, Mata Ayer, dan Beseri.
Semoga penganjuran sukan sebegini dapat diteruskan dari semasa ke semasa bagi mencungkil bakat dan menyemarakkan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.
12/12/2025
12 Disember 2025
Jumaat
STORMZ PB FC vs ANAK NELAYAN FC: ANAK NELAYAN FC JUARA PIALA PERLIS 2025
Arau, Perlis — Ustaz Wan hadir menyaksikan perlawanan akhir Piala Perlis 2025 yang berlangsung meriah di Stadium UiTM Arau malam ini, menemukan dua pasukan hebat iaitu Stormz PB FC dan Anak Nelayan FC.
Perlawanan sengit selama 90 minit itu berakhir dengan penuh dramatik apabila Anak Nelayan FC muncul juara selepas menewaskan Stormz PB FC dengan keputusan 3-2.
Dalam masa yang sama, satu gimik istimewa turut berlangsung apabila Sukan Perlis (SUPERS 2025) dirasmikan oleh YB Speaker, Tuan Russle bin Eizan. Perasmian itu menandakan permulaan rasmi kepada siri acara sukan terbesar negeri Perlis bagi tahun 2025.
YB Speaker turut menyempurnakan penyampaian hadiah kepada johan dan naib johan Piala Perlis 2025, diiringi oleh YB Exco serta para Ahli Parlimen dan Senator yang turut hadir memberikan sokongan.
12/12/2025
12 Disember 2025
Jumaat
Ust Wan bertukar maklumat dengan En. Badrulsham bin Ahmad berkaitan pembangunan bola sepak remaja dalam pertemuan di pejabatnya pagi tadi.
Kerajaan negeri sentiasa komited menyokong usaha pembangunan sukan, khususnya dalam melahirkan bakat muda yang berpotensi serta memperkukuh ekosistem bola sepak di peringkat akar umbi.
12/12/2025
12 Disember 2025
Jumaat
Ust Wan hadir ke Mesyuarat Pemantauan Projek-Projek Bil. 4 yang dipengerusikan oleh YAB MB di Kompleks SRI Putra, Kangar pada pagi tadi.
Mesyuarat ini memberi tumpuan kepada perkembangan projek-projek semasa serta perancangan projek yang akan dilaksanakan bagi memastikan setiap kerja berjalan mengikut jadual dan spesifikasi yang ditetapkan.
Semoga semua projek yang sedang dilaksanakan dan yang bakal bermula dapat berjalan mengikut jadual asal demi kesejahteraan rakyat dan pembangunan negeri Perlis.
10/12/2025
Seramai 32 atlet Perlis mewakili negara dalam sukan SEA tahun 2025.
Selamat maju jaya diucapkan kepada seluruh kontinjen negara yang akan beraksi di Temasya SEA Games 2025 di Thailand.
Teruskan semangat juang, disiplin dan fokus demi mengharumkan nama Malaysia.
10/12/2025
10 Disember 2025
Rabu
Kangar, Perlis – Sebelum menghadiri Mesyuarat Dewan Undangan Negeri, Ustaz Wan sempat hadir ke Program Pengenalpastian Bakat Wanita Dalam Sukan, satu inisiatif penting bagi menggalakkan penyertaan dan pembangunan bakat sukan dalam kalangan remaja perempuan di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra.
Program yang terbuka kepada semua pelajar perempuan berusia 11 hingga 15 tahun yang meminati sukan dan ingin mengetengahkan bakat masing-masing ini telah mendapat sambutan amat menggalakkan.
Seramai 150 peserta dari 15 buah sekolah sekitar negeri Perlis telah mendaftar dan menyertai program berkenaan.
Ini merupakan program sulung anjuran Majlis Sukan Negeri (MSN) Perlis dengan kerjasama Majlis Sukan Negara serta UiTM Arau, Perlis.
Program ini dirangka sebagai platform awal untuk mengenal pasti potensi atlet wanita yang boleh digilap ke peringkat lebih tinggi melalui bimbingan jurulatih berpengalaman dan sokongan pelbagai agensi sukan.
06/12/2025
6 Disember 2025
Sabtu
Ust Wan Sertai Program Gotong-Royong Sempena Hari Kesukarelawan Belia Negara Peringkat Negeri Perlis 2025
Ust Wan hadir ke Program Gotong-Royong Sempena Hari Kesukarelawan Belia Negara peringkat Negeri Perlis yang diadakan di Bustana Kuching, Batu Pahat siang tadi.
Program anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis ini turut mendapat penyertaan lebih 80 orang sukarelawan belia, melibatkan pelajar daripada UNIMAP, UiTM, KUIPs dan beberapa institusi lain.
Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah membersihkan kawasan Kuching, memberi vitamin serta melaksanakan tugas-tugas penyelenggaraan ringan bagi memastikan persekitaran lebih terjaga dan sihat.
Ust Wan merakamkan ucapan tahniah dan penghargaan kepada semua belia serta agensi terlibat khususnya kepada Pengarah JBS, En. Shuhaimi Saad dan staf JBS yang menjayakan program ini.
06/12/2025
6 Disember 2025
Sabtu
Ust Wan Hadir Melancarkan MyDigital ID Peringkat Negeri Perlis
Ustaz Wan hadir menyempurnakan Majlis Pelancaran MyDigital ID peringkat Negeri Perlis yang berlangsung di UTC Kangar pada pagi tadi.
MyDigital ID merupakan aplikasi identiti digital rasmi negara yang membolehkan rakyat mengakses pelbagai perkhidmatan kerajaan dengan lebih pantas, selamat dan mudah. Setakat ini, lebih 6 juta rakyat Malaysia telah mendaftar menggunakan aplikasi tersebut sejak dilancarkan pada tahun 2024.
Pelaksanaan MyDigital ID di Negeri Perlis bakal membantu memperkukuhkan agenda pendigitalan perkhidmatan awam, selari dengan hasrat menjadikan Perlis sebagai negeri yang cekap, progresif dan mesra teknologi.
Majlis pagi ini turut dihadiri agensi-agensi kerajaan, ketua jabatan, dan wakil komuniti setempat.
23/11/2025
23 November 2025
Ahad
Ustaz Wan hadir menyaksikan perlawanan akhir Liga Super Perlis antara Bintung FC dan Juang FC di Stadium Padang Bola Tuanku Syed Putra petang tadi.
Pertemuan sengit antara kedua-dua pasukan itu berakhir dengan kemenangan tipis memihak kepada Juang FC yang mencatat keputusan 2-1 ke atas Bintong FC.
Dengan kemenangan tersebut, Juang FC dinobatkan sebagai Juara Liga Super Perlis 2025, sekali gus menutup tirai kejohanan tahun ini dengan penuh bergaya.
Turut hadir memeriahkan acara Ahli Parlimen Kangar, Tuan Zakri bin Hassan, ADUN Bintong, Tuan Fakrul Anwar bin Ismail, Timbalan Pengarah Majlis Sukan Negeri Perlis, serta pegawai dan kakitangan Majlis Sukan Negeri (MSN)
Tahniah kepada Juang FC atas kejayaan merangkul kejuaraan, dan syabas kepada Bintung FC atas persembahan yang hebat sepanjang musim.