JPKKP Kampung Jakar

JPKKP Kampung Jakar Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from JPKKP Kampung Jakar, Government Organization, Kampung Jakar, Kemaman.

• Pengerusi JPKKP Kampung Jakar
• Setiausaha Pengelola Cabang PKR Kemaman
• Bendahari Biro Mobilisasi AMK Malaysia
• Ketua Biro Latihan & Pengkaderan AMK Terengganu
• Ketua Biro Media & Komunikasi JPRP Terengganu

Assalamualaikum Warga Kampung Jakar! 🌹Ada tinjauan ringkas dari The Malaysian Survey Centre (TMSC) nak tanya pandangan k...
17/09/2026

Assalamualaikum Warga Kampung Jakar!
🌹
Ada tinjauan ringkas dari The Malaysian Survey Centre (TMSC) nak tanya pandangan kita semua tentang Persepsi Terhadap Warga Asing di Malaysia.

Mohon 2-3 minit masa tuan/puan untuk jawab ya.🙏

👉 Tekan link ini: https://forms.gle/gXA3TksYmAnm3Nb9A

📅 Tarikh akhir survey : 23 September 2026

Kerjasama anda amat kami hargai. Tolong share posting ni juga.

Terima Kasih! ☺️






Kehadiran warga asing merupakan sebahagian daripada landskap sosial dan ekonomi Malaysia, khususnya dalam sektor yang memerlukan tenaga kerja asing. Namun, isu berkaitan warga asing turut mendapat perhatian masyarakat, termasuk kemasukan dan pekerjaan tanpa dokumen yang sah, persaingan peluang peker...

15/09/2026

IPU Kemaman catat 157 tidak sihat setakat hari ini. Orang ramai diminta pakai pelitup muka, kurangkan aktiviti luar, banyakkan air, tutup tingkap. Elak bakar terbuka & dapatkan rawatan jika sesak nafas. Jaga diri, jaga keselamatan, jaga kesihatan!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera orang Kampung Jakar! Apa kabo? Semoga sihat sejahtera belaka yee..Ada tinjauan ringkas...
14/09/2026

Assalamualaikum & Salam Sejahtera orang Kampung Jakar! Apa kabo? Semoga sihat sejahtera belaka yee..

Ada tinjauan ringkas sempena PRA Belanjawan 2027 anjuran The Malaysian Survey Centre (TMSC). Mohon jasa baik semua untuk isi borang online ni, tak ambil masa lama pun.

Jom kita sama-sama suarakan pandangan kita sebagai rakyat.

Link borang di sini: https://forms.gle/oWSte32zQx5pUaNG9

Tarikh tutup: 18 September 2026

Terima kasih belaka!





Kenyataan media rasmi JPKKP Kampung Jakar berkaitan isu penyewaan premis. Sila baca dan sebarkan. Sebarang aduan atau ca...
09/09/2026

Kenyataan media rasmi JPKKP Kampung Jakar berkaitan isu penyewaan premis.

Sila baca dan sebarkan. Sebarang aduan atau cadangan, sila DM admin untuk tindakan lanjut.

Terima kasih.




04/09/2026

Pengerusi JPKKP Kampung Jakar Anas Yusof buat hal mende pulok lah..😅


PEMAKLUMAN RASMI JPKKP KAMPUNG JAKAREDARAN BORANG BANCIAN PENDUDUK KAMPUNG JAKAR 2026 & PENUBUHAN KRT SESI 2026Assalamua...
03/09/2026

PEMAKLUMAN RASMI JPKKP KAMPUNG JAKAR

EDARAN BORANG BANCIAN PENDUDUK KAMPUNG JAKAR 2026 & PENUBUHAN KRT SESI 2026

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera,

Dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Kampung Jakar, 24000 Kemaman, Terengganu akan menjalankan Bancian Penduduk Kampung Jakar 2026.

Sehubungan itu, pihak JPKKP akan mengedarkan Borang Bancian Penduduk kepada setiap Ketua Isi Rumah (KIR) / Wakil Isi Rumah di Kampung Jakar bermula pada petang ini, 3 September 2026 sehingga selesai.

Tujuan Bancian:

1. Mengemaskini data penduduk semasa Kampung Jakar.
2. Mengenal pasti keperluan bantuan, kebajikan dan baik pulih rumah.
3. Sebagai sokongan data bagi Penubuhan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Jakar Sesi 2026 di bawah JPNIN.

Mohon Kerjasama Penduduk:
1. Sila isi borang dengan lengkap dan jelas (Bahagian A, B & D).
2. Bagi Bahagian C, untuk kegunaan pihak JPKKP sahaja.
3. Setelah siap diisi, sila simpan borang dan tunggu kutipan semula oleh AJK JPKKP yang akan datang dari rumah ke rumah.

Kegagalan mengisi borang akan menjejaskan rekod bancian dan peluang bantuan.

Kerjasama dan komitmen tuan/puan amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

Yang ikhlas,
En. Anas Yusof
Pengerusi JPKKP Kampung Jakar
b.p Jawatankuasa Bancian Penduduk 2026




Address

Kampung Jakar
Kemaman

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JPKKP Kampung Jakar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share