UPPM N.40 Bingkor RASMI

UPPM N.40 Bingkor RASMI Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from UPPM N.40 Bingkor RASMI, Public & Government Service, Pejabat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM), (Jabatan Ketua Menteri) Kawasan N40 Bingkor, Bandar Baru Keningau Blok F, Lot 87, Aras Bawah dan Aras 1, Keningau.

Page Rasmi Pejabat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat N.40 Bingkor

Kepimpinan YB Dato Sr Mohd Ishak Ayub
Pem Menteri Kewangan ll merangkap ADUN N.40 Bingkor

PUSAT PENTADBIRAN NEGERI SABAH (PPNS)7 OKTOBER 2026 | KOTA KINABALULAWATAN KERJA UPPM N.40 BINGKORKakitangan UPPM N.40 B...
07/10/2026

PUSAT PENTADBIRAN NEGERI SABAH (PPNS)
7 OKTOBER 2026 | KOTA KINABALU

LAWATAN KERJA UPPM N.40 BINGKOR

Kakitangan UPPM N.40 Bingkor yang terdiri daripada Tuan PPM Lectus Fung dan P. Masyarakat, En. Azmi Sharil telah mengadakan lawatan kerja ke Pejabat YB Dato' Sr. Mohd Ishak bin Datuk Ayub Kementerian Kewangan Negeri Sabah merangkap ADUN N40 Bingkor di Kota Kinabalu.

Pegawai Daerah Keningau YBhg Tuan Norsih Nusuri turut bersama YB ADUN dalam melakukan tugasan daerah untuk perancangan ke depan.

Lawatan kerja ini merupakan sebahagian daripada usaha memperkukuh penyelarasan dan memastikan setiap perancangan serta gerak kerja berkaitan dapat dilaksanakan dengan lancar, teratur dan mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan.

Semoga segala perancangan yang dirangka dapat direalisasikan demi kepentingan dan kesejahteraan masyarakat di DUN N.40 Bingkor.

Bingkor Terus Maju!
Bergerak Bersama, Berkhidmat Untuk Rakyat.

LAWATAN ZIARAH KASIH | 6 Oct 2026 SelasaKeningau: Lawatan Kakitangan UPPM N.40 Bingkor Tuan PPM Lectus Fung dan P. Masya...
06/10/2026

LAWATAN ZIARAH KASIH | 6 Oct 2026 Selasa

Keningau: Lawatan Kakitangan UPPM N.40 Bingkor Tuan PPM Lectus Fung dan P. Masyarakat En. Azmi Sharil, Mewakili YB Dato’ Sr. Mohd Ishak Datuk Ayub, Pembantu Menteri Kewangan Sabah merangkap ADUN N.40 Bingkor bagi menyampaikan sumbangan khairat kematian.

kami merakamkan ucapan takziah yang sedalam-dalamnya kepada seluruh ahli keluarga atas kehilangan insan tersayang.

Semoga keluarga yang ditinggalkan diberikan kekuatan, ketabahan dan penghiburan dalam menghadapi saat yang penuh kesedihan ini.


UPPM Negeri Sabah

MESYUARAT FOCUS GROUP DAERAH KENINGAU SIRI 2/2026 | 01 October 2026Keningau: Mesyuarat Focus Group Daerah Keningau Siri ...
03/10/2026

MESYUARAT FOCUS GROUP DAERAH KENINGAU SIRI 2/2026 | 01 October 2026

Keningau: Mesyuarat Focus Group Daerah Keningau Siri 2/2026 telah diadakan di Bilik Matulai, Pejabat Daerah Keningau dan dipengerusikan oleh YBhg. Tuan Norsih Nusuri, Pegawai Daerah Keningau.

Mesyuarat turut dihadiri oleh ketua-ketua jabatan dan wakil agensi kerajaan di Daerah Keningau, antaranya UPPM N.40 Bingkor Tuan Lectus Fung , UPPM N.41 Liawan, JKR Keningau, Jabatan Pertanian Keningau, GIATMARA, RISDA, Pejabat Pendidikan Daerah Keningau, Jabatan Kesihatan Keningau serta beberapa agensi kerajaan yang lain.

Dalam ucapan beliau, YBhg. Pegawai Daerah Keningau menekankan agar semua agensi kerajaan terus memberikan fokus dan memperkukuhkan kerjasama dalam usaha membasmi kemiskinan di Daerah Keningau.

Menurut beliau, kerjasama erat antara jabatan dan agensi amat penting bagi memastikan golongan miskin dan miskin tegar mendapat perhatian serta bantuan yang sewajarnya, sekali gus membantu usaha menoktahkan kemiskinan di daerah ini.

Komitmen dan kerjasama semua pihak amat diperlukan bagi memastikan setiap program dan inisiatif kerajaan benar-benar memberi manfaat serta meningkatkan kesejahteraan masyarakat setempat.

“Bersama Membasmi Kemiskinan, Demi Kesejahteraan Rakyat.”

LAWATAN KERJA UPPM PUSAT UPPM Negeri Sabah KE UPPM N.40 BINGKOR | 29 Sept 2026Keningau: Unit Pemimpin Pembangunan Masyar...
03/10/2026

LAWATAN KERJA UPPM PUSAT UPPM Negeri Sabah KE UPPM N.40 BINGKOR | 29 Sept 2026

Keningau: Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) N.40 Bingkor telah menerima kunjungan Lawatan Kerja UPPM Pusat, Jabatan Ketua Menteri Sabah yang diketuai oleh PPM Hj. Abd Rashid Saidin, bersama beberapa orang pegawai UPPM Pusat.

Dalam lawatan tersebut, PPM Hj. Abd Rashid Saidin menyampaikan amanat daripada YBhg. Datuk Pengarah UPPM agar seluruh warga UPPM sentiasa mematuhi waktu bekerja yang telah ditetapkan oleh pentadbiran serta sentiasa peka dan responsif terhadap keperluan masyarakat setempat.

Dalam ucapan balas, YBhg. PPM N.40 Bingkor, Tuan Lectus Fung, menyatakan penghargaan terhadap kunjungan dan teguran yang diberikan. Beliau turut memaklumkan bahawa pihaknya berpuas hati dengan prestasi serta komitmen semua pegawai UPPM N.40 Bingkor.

Segala teguran dan pandangan yang disampaikan diterima dengan terbuka sebagai satu usaha penambahbaikan berterusan. UPPM N.40 Bingkor akan terus memperkukuhkan komitmen dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik serta menyantuni masyarakat secara berterusan.

“Bekerja Dengan Amanah, Menyantuni Masyarakat, Memberi Perkhidmatan Terbaik.”

30 SEPTEMBER 2026 | KG TANAH MERAH🤝 LAWATAN ZIARAH KASIHKeningau: Mewakili YB Dato’ Sr. Mohd. Ishak bin Datuk Ayub Pemba...
30/09/2026

30 SEPTEMBER 2026 | KG TANAH MERAH

🤝 LAWATAN ZIARAH KASIH

Keningau: Mewakili YB Dato’ Sr. Mohd. Ishak bin Datuk Ayub Pembantu Menteri Kewangan merangkap ADUN N.40 Bingkor rombongan UPPM N.40 Bingkor berkesempatan menziarahi En. Baumin Dakoh di kediaman beliau di Kg. Tanah Merah.

En. Baumin baru sahaja menjalani pembedahan usus dan kini sedang melalui proses pemulihan.

Bersama dalam lawatan ini ialah PPM N.40 Bingkor, Tuan Lectus Fung, serta Pemaju Mukim Bingkor, En. Fredoline Ted Abin.

YB Dato’ Sr. Mohd. Ishak turut menitipkan doa dan menzahirkan harapan agar En. Baumin diberikan kesembuhan yang segera, dipermudahkan segala urusan serta kembali sihat seperti sediakala.

Semoga kunjungan kecil ini dapat memberikan sedikit semangat dan kekuatan kepada En. Baumin sekeluarga.

“Keprihatinan dan kebersamaan sentiasa menjadi keutamaan dalam khidmat kepada masyarakat.”

28 SEPTEMBER 2026 | KENINGAUMESYUARAT PENYELARASAN ISU JKTPD DAERAH KENINGAUKeningau: Telah berlangsung Mesyuarat Penyel...
30/09/2026

28 SEPTEMBER 2026 | KENINGAU

MESYUARAT PENYELARASAN ISU JKTPD DAERAH KENINGAU

Keningau: Telah berlangsung Mesyuarat Penyelarasan Isu-isu Jawatankuasa Kerja Teknikal dan Pembangunan Daerah (JKTPD) Keningau yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Keningau, YBhg. Tuan Norsih Nusuri.

Mesyuarat turut dihadiri oleh PPM DUN Bingkor Tuan Lectus Fung, PPM DUN Liawan, Jurutera JKR, Konsesi Kekal Mewah (PKM), Konsesi Globinaco, Konsesi Lintasan Resources Sdn. Bhd., Penolong Pegawai Daerah Pembangunan serta urusetia Pejabat Daerah Keningau.

Antara perkara utama yang dibincangkan adalah:

🔹 Kelewatan penyiapan projek, termasuk projek jambatan di Kikiran dan Kauran.

🔹 Kerosakan jalan-jalan di daerah Keningau yang berada di bawah penyelenggaraan pihak konsesi.

🔹 Masalah lampu jalan yang tidak berfungsi atau tidak menyala di beberapa lokasi.

Kesemua isu tersebut merupakan antara perkara yang telah dibangkitkan dan diusulkan oleh wakil rakyat kedua-dua kawasan DUN semasa Mesyuarat Tindakan Daerah sebelum ini.

Mesyuarat ini diadakan bagi memastikan setiap isu yang melibatkan kepentingan dan kemudahan rakyat dapat diselaraskan bersama agensi serta pihak berkaitan, seterusnya diambil tindakan sewajarnya mengikut bidang kuasa masing-masing.

Kerjasama semua pihak amat penting bagi memastikan isu-isu pembangunan dan penyelenggaraan di daerah Keningau dapat ditangani dengan lebih berkesan demi kepentingan rakyat.




10 SEPTEMBER 2026 (KHAMIS) | KG. BINAONGKENINGAU — Kakitangan UPPM N.40 Bingkor yang terdiri daripada Penyelia, En. Geor...
13/09/2026

10 SEPTEMBER 2026 (KHAMIS) | KG. BINAONG

KENINGAU — Kakitangan UPPM N.40 Bingkor yang terdiri daripada Penyelia, En. George Dairie, Pemaju Masyarakat UPPM N.40 Bingkor, En. Azmi Sharil serta Pemaju-Pemaju Mukim UPPM N.40, En. Freddoline Ted, En. Anis Tahir, En. Nurdin Zainuddin, En. Henly Bianus dan En. Gereld Able telah bersama-sama menyampaikan sumbangan sebuah katil mudah laras kepada En. Ashton Nansi di Kampung Binaong.

Penyerahan bantuan tersebut turut disaksikan oleh anak beliau, En. Steve Ashton, yang bersama-sama menerima sumbangan berkenaan.

Sumbangan ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan UPPM N.40 Bingkor dalam membantu meringankan beban serta memudahkan urusan keluarga yang memerlukan.

Semoga dengan adanya bantuan ini, ia dapat memberikan sedikit keselesaan dan kemudahan kepada En. Ashton Nansi serta keluarga dalam menjalani kehidupan seharian.

“Prihatin, Bersama Membantu Masyarakat.”





11 SEPTEMBER 2026 | JUMAAT | SK BINAONGSumbangan Sempena Karnival Kokurikulum Tahun 2026Keningau: Telah berlangsung peny...
11/09/2026

11 SEPTEMBER 2026 | JUMAAT | SK BINAONG
Sumbangan Sempena Karnival Kokurikulum Tahun 2026

Keningau: Telah berlangsung penyampaian sumbangan sempena Karnival Kokurikulum Tahun 2026, SK Binaong.

Dalam kesempatan ini, P. Masyarakat UPPM N.40 Bingkor, En. Azmi Sharil, telah hadir mewakili ADUN N.40 Bingkor, YB Dato’ Sr. Mohd Ishak bin Ayub, bagi menyampaikan sumbangan kepada pihak sekolah.

Turut sama memberikan sokongan ialah Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) N.40 Bingkor, Tuan Lectus Fung, yang turut menyumbangkan barangan elektrik bagi membantu kelancaran aktiviti dan program kokurikulum di sekolah.

Sumbangan ini merupakan tanda keprihatinan dan sokongan berterusan kepada pihak sekolah dalam usaha memperkasakan aktiviti kokurikulum serta pembangunan potensi murid.

Semoga sumbangan yang diberikan dapat dimanfaatkan sebaiknya dan menjadi pemangkin kepada kejayaan serta kecemerlangan murid-murid SK Binaong.

“Bersama Memperkasa Pendidikan, Membina Generasi Masa Hadapan.”





7 SEPTEMBER 2026 | KENINGAUMESYUARAT TINDAKAN DAERAH KENINGAUKeningau: Mesyuarat Tindakan Daerah Keningau Siri 3/2026 te...
11/09/2026

7 SEPTEMBER 2026 | KENINGAU
MESYUARAT TINDAKAN DAERAH KENINGAU

Keningau: Mesyuarat Tindakan Daerah Keningau Siri 3/2026 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Pampang, Majlis Daerah Keningau dan dipengerusikan oleh YBhg. Tuan Norsih Nusuri, Pegawai Daerah Keningau.

Mesyuarat turut dihadiri YB Dato’ Sr. Mohd Ishak Datuk Ayub, Pembantu Menteri Kewangan II merangkap ADUN N.40 Bingkor, YB Datuk Nik Nadzri Nik Zawawi, Pengerusi MUIS merangkap ADUN N.41 Liawan, Tuan Lectus Fung Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) N.40 Bingkor dan Tuan Rayner James N.41 Liawan serta ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan.

Antara perkara utama yang dibincangkan ialah berkaitan penyelenggaraan dan keselamatan jalan raya di seluruh daerah Keningau. Mesyuarat turut menerima taklimat daripada tiga konsesi yang bertanggungjawab terhadap penyelenggaraan jalan mengikut bidang kuasa masing-masing, iaitu:

🔹 Lintasan Resources Sdn. Bhd. – Jalan Persekutuan
🔹 Globinaco – Jalan Negeri
🔹 Kekal Mewah – Jalan di bawah Pihak Berkuasa Tempatan (Majlis Daerah Keningau)

Dalam taklimat tersebut, pihak konsesi membentangkan kawasan tanggungjawab masing-masing serta skop kerja penyelenggaraan yang dilaksanakan.

Pengerusi mesyuarat turut menegaskan agar pihak konsesi melaksanakan tanggungjawab dengan lebih berkesan, responsif dan peka terhadap setiap aduan masyarakat, khususnya berkaitan kerosakan jalan raya yang boleh menjejaskan keselamatan dan keselesaan pengguna.

Wakil rakyat N.40 Bingkor dan N.41 Liawan bersama ketua-ketua jabatan turut mengutarakan beberapa isu di kawasan masing-masing, termasuk kerosakan jalan yang lewat dibaiki, lampu jalan yang tidak berfungsi serta aspek keselamatan jalan raya yang memerlukan tindakan segera daripada pihak berkaitan.

Perbincangan dan penyelarasan seperti ini amat penting bagi memastikan setiap isu yang dibangkitkan dapat diambil tindakan secara berkesan demi kepentingan dan kesejahteraan masyarakat di daerah Keningau.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.00 petang.






27/08/2026

Address

Pejabat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM), (Jabatan Ketua Menteri) Kawasan N40 Bingkor, Bandar Baru Keningau Blok F, Lot 87, Aras Bawah Dan Aras 1
Keningau
89000

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:00
Tuesday 08:30 - 17:00
Wednesday 08:30 - 17:00
Thursday 08:30 - 17:00
Friday 08:30 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when UPPM N.40 Bingkor RASMI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share