Perpustakaan Desa Kg Kemensah Selangor

Contact the organization

Perpustakaan Desa Kg Kemensah Selangor pinjaman buku
internet
majalah
bahan rujukan
permainan dalaman
info setempat
dan banyak lagi

๐Ÿ“š๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ KUIZ BULAN BAHASA KEBANGSAAN 2026 | SIRI 1 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโœจJom uji pengetahuan anda tentang bahasa kebangsaan kita! ๐Ÿ’ก๐Ÿ“Bersempena ...
23/10/2026

๐Ÿ“š๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ KUIZ BULAN BAHASA KEBANGSAAN 2026 | SIRI 1 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโœจ

Jom uji pengetahuan anda tentang bahasa kebangsaan kita! ๐Ÿ’ก๐Ÿ“

Bersempena dengan Bulan Bahasa Kebangsaan 2026, marilah kita bersama-sama memartabatkan bahasa Melayu sebagai lambang jati diri dan kebanggaan bangsa.

Tulis jawapan anda di ruangan komen dan ajak rakan-rakan turut serta!

โค๏ธ Megahkan Bahasa Kita, Bahasa Jiwa Bangsa!

๐Ÿ“– Ikuti halaman Facebook Perpustakaan Desa Kg Kemensah untuk lebih banyak kuiz dan aktiviti menarik!

23/10/2026

AYER KEROH 21 Oktober - Perkembangan teknologi kecerdasan buatan (AI) bukan ancaman kepada kelangsungan bahasa Melayu, sebaliknya membuka peluang lebih luas unt

23/10/2026

Dewan Bahasa dan Pustaka dengan kerjasama Dewan Budaya, Universiti Sains Malaysia akan mengadakan Pertandingan Ekspresi Muzik Bahasa Jiwa Bangsa bagi sektor awam dan swasta bersempena dengan Bulan Bahasa Kebangsaan 2026.

Pertandingan ini akan berlangsung pada 24 Oktober 2026 (Sabtu) di Padang Kota Lama, Pulau Pinang bermula pada pukul 2.00 hingga 6.00 petang dan terbuka kepada 10 penyertaan terawal. Pautan pendaftaran seperti yang berikut: https://docs.google.com/forms/d/1QxbPDZ5cs6nq06a1beE6qC_FwXphBJHyIXnlPg1ZKu8/edit

Sila imbas kod respons pantas (QR) pada poster untuk mengetahui terma dan syarat pertandingan.



23/10/2026

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) melalui Bahagian Penyelidikan Sastera DBP dengan kerjasama majalah Dewan Sastera mempersembahkan ruangan Info Susastera.

Ruangan ini menampilkan isu dan maklumat tentang sastera Malaysia serta serantau dalam pelbagai sudut dan bidang melalui pemaparan infografik semasa.

Bagi bulan Oktober 2026, Info Susastera kali ini menampilkan tokoh A. Samad Ismail: Bapa Kewartawanan Malaysia.

โ— Untuk mengetahui lanjut berkenaan perkara ini, anda boleh susuri Info Susastera yang dipaparkan dalam majalah Dewan Sastera Oktober 2026.

โ— Info Susastera ini disediakan oleh Bahagian Penyelidikan Sastera dengan kerjasama Bahagian Majalah, DBP.

Tidak perlu meninggikan suara untuk mendapatkan perhatian. Pilih kata yang sopan kerana bahasa mencerminkan keperibadian...
23/10/2026

Tidak perlu meninggikan suara untuk mendapatkan perhatian. Pilih kata yang sopan kerana bahasa mencerminkan keperibadian kita.

Tidak perlu meninggikan suara untuk mendapatkan perhatian. Pilih kata yang sopan kerana bahasa mencerminkan keperibadian kita.


Kuiz Hari Sukan Negara Siri 1
21/10/2026

Kuiz Hari Sukan Negara Siri 1

06/10/2026

UPACARA PELANTIKAN SIR HENRY GURNEY SEBAGAI PESURUHJAYA TINGGI BRITISH DI PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

Pada hari ini dalam tahun 1948, upacara pelantikan Sir Henry Gurney sebagai Pesuruhjaya Tinggi British di Persekutuan Tanah Melayu diadakan di Kuala Lumpur. Sir Henry Gurney mengangkat sumpah di hadapan Sir Harold Willan, Ketua Hakim Persekutuan Tanah Melayu. Pelantikan beliau ini dibuat bagi menggantikan Sir Edward Gent. Antara tetamu kehormat yang hadir ialah Raja Di-Hilir Perak; Menteri Besar Terengganu; Tengku Panglima Perang; Tengku Panglima Raja Kelantan; Raja Haji Ahmad, Menteri Besar Perlis; Tengku Yaacob dari Kedah; Tengku Laksamana Selangor; Tengku Laksamana Sri Munawir dari Negeri Sembilan dan Dato Mahmud bin Mat, Menteri Besar Pahang. Sir Henry Gurney memainkan peranan yang penting dalam mengekang kegiatan komunis melalui kawalan makanan, penempatan semula setinggan yang menjadi ancaman komunis, merancang pembangunan sosial dan ekonomi serta menyusun gerakan pasukan keselamatan. Beliau sempat menyandang jawatan ini selama tiga tahun sebelum terbunuh dalam satu serangan hendap oleh pengganas komunis pada 6 Oktober 1951 di Kilometer 90.4, Jalan Kuala Kubu Bharu, Selangor ke Bukit Fraser, Pahang.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, layari Portal HIDS menerusi https://hids.arkib.gov.my atau muat turun aplikasi HIDS di Apple App Store. HIDS juga bersiaran di:
1) RTM TV pada pukul 6.59 pagi, 12.59 tengah hari, 4.59 petang dan 7.59 malam.
2) 31 stesen radio milik RTM.





06/10/2026

๐Ÿ“ข KONVENSYEN PENGURUSAN REKOD SEKTOR AWAM 2026

TRANSFORMASI PENDIGITALAN REKOD AWAM SEBAGAI SUMBER STRATEGIK NEGARA

Kementerian Perpaduan Negara melalui Arkib Negara Malaysia akan menganjurkan Konvensyen Pengurusan Rekod Sektor Awam 2026 pada 7 dan 8 Oktober 2026, bertempat di Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam. Konvensyen ini akan disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara.

Konvensyen ini menjadi platform perkongsian ilmu, amalan terbaik dan inovasi dalam pengurusan rekod digital, khususnya dalam usaha memperkukuh pengurusan rekod awam sebagai sumber strategik negara. Penganjuran ini juga bertujuan meningkatkan kompetensi pengamal pengurusan rekod, memperkukuh tadbir urus digital serta menyokong penyampaian perkhidmatan awam yang lebih cekap, berintegriti dan berdaya tahan.

Sepanjang dua hari penganjuran, konvensyen akan mengetengahkan pelbagai sesi berkaitan Malaysia Digital 2030, Transformasi Pendigitalan Sektor Awam, Information Governance, kecerdasan buatan (AI) dalam pengurusan rekod, tandatangan digital, rekod digital sebagai bahan bukti serta forum pelaksanaan transformasi pendigitalan rekod sektor awam.

๐Ÿ“… 7โ€“8 Oktober 2026 (Rabu & Khamis)
๐Ÿ•— 8.00 pagi โ€“ 4.30 petang
๐Ÿ“ Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam
๐Ÿ“บ Secara langsung di https://www.facebook.com/myarkibnegara?mibextid=wwXIfr dan di https://youtube.com/Arkib Negara Malaysia?si=Sh0AY0g5LK8_p_3d

Ayuh bersama-sama memperkasa transformasi pendigitalan pengurusan rekod sektor awam ke arah tadbir urus digital yang lebih strategik, cekap dan berkesan.

Arkib Inti Pati Kepada Masa





06/10/2026

โณ ๐Ÿ’ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐‹๐€๐†๐ˆ!

๐Š๐š๐ซ๐ง๐ข๐ฏ๐š๐ฅ ๐‚๐ข๐ญ๐ซ๐š ๐๐ž๐ง๐ฎ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐ฌ๐ž๐ฆ๐š๐ค๐ข๐ง ๐ก๐š๐ฆ๐ฉ๐ข๐ซ! ๐Ÿ“šโœจ

Jom meriahkan Karnival Citra Penulis 2026: Pena Warisan, Inspirasi Perpaduan yang menghimpunkan pelbagai aktiviti menarik untuk semua peringkat usia.

๐Ÿ“š Pesta Buku & Sesi Tandatangan Penulis
โœ๏ธ Bengkel Penulisan Kreatif
๐ŸŽ™๏ธ Diskusi Penulis & Slot Perkongsian
๐ŸŽฌ Tayangan Drama Adaptasi โ€œDari Pena ke Layarโ€
๐Ÿ‘จโ€๐Ÿณ Eksplorasi Digital bersama Prof. Datuk Chef Fazley Yaakob: โ€œDari Buku ke Dapurโ€
๐Ÿฝ๏ธ Bazar Selera & Jualan RAHMAH
๐Ÿฉธ Kaunter Derma Darah

๐Ÿ“… 8โ€“10 Oktober 2026 (Khamisโ€“Sabtu)
โฐ 9.00 pagiโ€“5.00 petang
๐Ÿ“ Perpustakaan Negara Malaysia

Tandakan tarikh anda dan ajak keluarga serta rakan-rakan.

Jumpa anda di Karnival Citra Penulis 2026! ๐ŸŽ‰๐Ÿ“–

Address

Perpustakaan Desa Kg Kemensah, Sekolah KAFA Integrasi Kg Kemensah Hulu
Klang
68000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perpustakaan Desa Kg Kemensah Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Perpustakaan Desa Kg Kemensah Selangor:

Shortcuts

Share

Category