21/07/2026
KENYATAAN MEDIA
AZIZ KHAN BIN MUHAMMED ALI
Setiausaha Cabang Kapar, Parti Keadilan Rakyat (PKR)
JANGAN BERCAKAP SOAL KERJASAMA BN–PN SELAGI MASIH MENIKMATI JAWATAN DI BAWAH KERAJAAN PERPADUAN
Cadangan Pemuda UMNO Kapar agar formula kerjasama BN–PN diperluaskan ke Selangor menimbulkan persoalan besar tentang keikhlasan dan konsistensi pendirian mereka.
Jika benar mereka yakin bahawa masa depan politik Selangor adalah melalui kerjasama dengan PN, maka buktikan dengan tindakan, bukan sekadar kenyataan media.
Saya mencabar semua pemegang jawatan lantikan politik daripada UMNO di Selangor supaya melepaskan jawatan masing-masing terlebih dahulu.
Ini termasuklah:
• Penyelaras DUN;
• Ahli-ahli lembaga dan agensi kerajaan negeri yang dilantik atas kapasiti politik;
•Semua jawatan lantikan politik yang dinikmati hasil kerjasama dalam pentadbiran sedia ada.
Jika benar tidak lagi sehaluan dengan kerajaan yang memberi ruang dan tanggungjawab tersebut, mengapa masih mahu menikmati kemudahan dan kedudukan itu?
*Jangan bercakap soal prinsip jika masih bergantung kepada jawatan yang lahir daripada prinsip yang sama ingin ditolak.*
Rakyat mahukan pemimpin yang konsisten, berintegriti dan berani mempertahankan pendirian, bukan hanya lantang apabila sesuai dengan kepentingan politik.
Jika benar mahu bersama PN, lepaskan dahulu semua jawatan politik di Selangor.
Barulah rakyat akan melihat bahawa perjuangan itu berasaskan prinsip, bukannya kepentingan.
Politik bukan sekadar retorik. Politik menuntut keberanian untuk berpegang kepada prinsip.
AZIZ KHAN BIN MUHAMMED ALI
Setiausaha Cabang Kapar
Parti Keadilan Rakyat (PKR)