Pusat Khidmat Ahli Majlis N49A

Pusat Khidmat Ahli Majlis N49A Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pusat Khidmat Ahli Majlis N49A, Public Service, Pusat Khidmat Ahli Majlis N49A, No 46-B Jalan Sri Serawak 19, , Taman Sri Serawak Klang, Klang.

Terima kasih kepada pengadu yang menyalurkan aduan melalui laman Facebook berhubung isu anjing yang berkeliaran di Loron...
28/09/2026

Terima kasih kepada pengadu yang menyalurkan aduan melalui laman Facebook berhubung isu anjing yang berkeliaran di Lorong Seri Banang 15B, Taman Sri Andalas.

Aduan yang diterima telah diambil tindakan oleh Jabatan Kesihatan MBDK. Terima kasih kepada pihak jabatan atas tindakan dan kerjasama yang diberikan.

Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada pengadu yang prihatin dan berani menyuarakan masalah demi keselesaan serta keselamatan penduduk setempat.

Jangan sekadar mengadu, kita cari jalan penyelesaian. Insya-Allah, setiap aduan yang diterima akan diberi perhatian dan diusahakan sebaik mungkin.



Alhamdullilah projek menaiktaraf sistem perparitan di Jalan Sri Andalas 9 dapat dah usahakan setelah berbelas tahun dibe...
28/09/2026

Alhamdullilah projek menaiktaraf sistem perparitan di Jalan Sri Andalas 9 dapat dah usahakan setelah berbelas tahun dibelenggu masalah banjir kilat, termasuklah rumah saya sendiri yang turut menjadi mangsa, akhirnya hari ini nampak sinar penyelesaian.

Sampai berbulu telinga kena perli setiap kali hujan lebat, macam-macam dah dengar!

Hari ini saya bersama Jabatan Kejuruteraan MBDK, pihak kontraktor dan penduduk yang terlibat turun padang bagi membincangkan isu banjir kilat yang sudah menghantui penduduk sejak sekian lama.

Terus terang, rasa macam menang loteri apabila akhirnya masalah yang berlarutan bertahun-tahun ini mendapat perhatian dan tindakan positif daripada pihak berwajib.

Lega rasanya, walaupun perjalanan untuk sampai ke tahap ini bukanlah mudah.

Biasalah dik, kalau nak buat benda baik, mesti ada onak dan durinya. Ada cabaran, ada halangan, ada juga suara-suara yang kurang senang.

Namun, demi keselesaan dan keselamatan penduduk, kita teruskan juga perjuangan.

Saya berharap usaha ini bukan sekadar perbincangan di atas kertas, tetapi benar-benar menjadi titik permulaan kepada penyelesaian masalah banjir kilat yang sekian lama membelenggu penduduk.

Doakan agar segala urusan dipermudahkan. Biar lambat, asalkan akhirnya masalah dapat diselesaikan.



Sebagai Bapa Angkat Sukan Badminton, saya berkesempatan hadir ke Andalas Sport Center bagi memberikan sokongan dan sunti...
27/09/2026

Sebagai Bapa Angkat Sukan Badminton, saya berkesempatan hadir ke Andalas Sport Center bagi memberikan sokongan dan suntikan semangat kepada pemain-pemain badminton antara jabatan MBDK.

Program anjuran Kelab Sukan dan Sosial MBDK ini bukan sekadar medan untuk menguji kehebatan di gelanggang, malah menjadi platform mengeratkan silaturahim, memupuk semangat kesukanan dan mengukuhkan ukhuwah sesama warga kerja MBDK.

Menang atau kalah itu adat pertandingan. Yang penting, semangat kesukanan, kesihatan dan persahabatan terus terpelihara. Teruskan beraksi dengan penuh semangat!

Ayuh, warga MBDK! Kita bukan sekadar rakan sekerja, kita juga satu keluarga.



Pagi ni dengan penuh semangat dan konfidennya saya turut serta dalam Hari Cuci Malaysia 2026 bersama komuniti KRT Taman ...
26/09/2026

Pagi ni dengan penuh semangat dan konfidennya saya turut serta dalam Hari Cuci Malaysia 2026 bersama komuniti KRT Taman Seri Menegun.

Hari Cuci Malaysia bukan sekadar turun pegang penyapu, kutip sampah dan bersihkan kawasan. Lebih besar daripada itu ia adalah usaha untuk membina budaya hidup bersih, menggalakkan kitar semula dan menyemai rasa tanggungjawab terhadap alam sekitar.

Yang paling penting, bila kita turun padang bersama-sama, kita bukan sahaja bersihkan kawasan… kita juga eratkan hubungan kejiranan.

Sampah kita kutip, kawasan kita bersihkan, komuniti kita rapatkan.



Apa itu Hari Cuci Malaysia?Hari Cuci Malaysia ialah program pembersihan mega yang dilaksanakan secara serentak di seluru...
26/09/2026

Apa itu Hari Cuci Malaysia?

Hari Cuci Malaysia ialah program pembersihan mega yang dilaksanakan secara serentak di seluruh negara sempena World Cleanup Day.

Matlamatnya bukan hanya membersihkan kawasan, tetapi membudayakan kebersihan, menggalakkan amalan kitar semula, menjaga kelestarian alam sekitar serta mengeratkan semangat gotong-royong dan kesukarelawanan dalam komuniti.



🏮 SELAMAT MENYAMBUT PESTA PERTENGAHAN MUSIM LURUH 2026! 🏮Semoga perayaan ini membawa keceriaan, keharmonian dan kebahagi...
25/09/2026

🏮 SELAMAT MENYAMBUT PESTA PERTENGAHAN MUSIM LURUH 2026! 🏮

Semoga perayaan ini membawa keceriaan, keharmonian dan kebahagiaan buat semua keluarga dan masyarakat yang meraikannya.

Mari kita terus semarakkan semangat perpaduan, saling menghormati dan hidup bersama dalam kepelbagaian.

Ikhlas daripada,
Mohd Rayme Abdul Rahman
Ahli Majlis MBDK
Pengerusi Penduduk N49A

Lama tak masuk sukabo.. bangga orang kampung saya tengok!! Ni sikit sebanyak jawapan saya apabila ditanya oleh wartawan....
22/09/2026

Lama tak masuk sukabo.. bangga orang kampung saya tengok!!

Ni sikit sebanyak jawapan saya apabila ditanya oleh wartawan. Saya translate le sikit untuk pedoman bersama..

Alhamdulillah, usaha menghidupkan semula perkhidmatan beca sebagai tarikan pelancongan di Klang sedang dibincangkan.

Semoga menjadi kenyataan dan menghidupkan kembali nostalgia Klang.

Aduhai… bekas tapak kuda di Seri Sedeli terbakar lagi! Siapa p**a hantu raya tak bertanggungjawab yang buat pasal kali n...
21/09/2026

Aduhai… bekas tapak kuda di Seri Sedeli terbakar lagi!

Siapa p**a hantu raya tak bertanggungjawab yang buat pasal kali ni? Kalau betul ada tangan manusia yang sengaja membakar, janganlah buat kerja yang menyusahkan orang ramai dan membahayakan kawasan sekeliling.

Bukan sekali, dah berulang kali! Sampai bila nak jadi macam ni?

Harap pihak berkuasa dapat menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya. Keselamatan penduduk jangan dipandang ringan.



ASTAGHFIRULLAHALAZIM… MENGUCAP PANJANG SAYA! 😤Jam 6:46 petang tadi, baru nak balik rumah, nak luruskan kaki sekejap… tib...
17/09/2026

ASTAGHFIRULLAHALAZIM… MENGUCAP PANJANG SAYA! 😤

Jam 6:46 petang tadi, baru nak balik rumah, nak luruskan kaki sekejap… tiba-tiba telefon berbunyi. “Bakar lagi dekat kawasan Taman Rakyat!”

Kudrat pun tinggal lebih kurang 50%, tapi bila dengar ada kebakaran, terus berkejar ke tempat kejadian bersama Pegawai Pemantau Jabatan Taman, En. Fikri untuk tengok keadaan.

Yang buat saya marah dan kecewa, musim sekarang kemarau tak habis-habis. Cuaca panas, keadaan kering… masih ada yang boleh buat pembakaran sampah sesuka hati.

Tak fikir ke api tu boleh merebak?

Hari ini bakar sampah, esok lusa api merebak ke kawasan lain. Akhirnya bila keadaan dah tak terkawal, bomba p**a terpaksa dipanggil untuk padamkan!

Ini bukan soal “bakar sikit saja”. Api tak kenal sikit atau banyak. Bila angin bertiup dan kawasan sekeliling kering, api boleh merebak dengan cepat.

⚠️ AMARAN TEGAS:

Tolong hentikan tabiat membakar sampah secara terbuka, lebih-lebih lagi dalam keadaan cuaca panas dan kering seperti sekarang.

Jangan tunggu sampai berlaku perkara yang lebih buruk baru nak menyesal.

Kawasan awam bukan tempat untuk buat sesuka hati.

Kalau nak buang sampah, buang dengan cara yang betul. Jangan kerana malas atau mahu cepat, akhirnya satu kawasan p**a yang menanggung akibat.

Saya memang kecewa. Kita penat menjaga kawasan, tapi masih ada yang tidak bertanggungjawab dan buat kerja yang boleh membahayakan orang lain.

Tolong jangan jadikan kawasan Taman Rakyat tempat eksperimen api!

Terima kasih kepada En. Fikri, Pegawai Pemantau Jabatan Taman, dan pihak bomba atas tindakan serta pemantauan.



Tengah sibuk menjalankan tanggungjawab di lapangan, saya turun melihat sendiri masalah di Jalan Seri Serawak 21, Pekan A...
17/09/2026

Tengah sibuk menjalankan tanggungjawab di lapangan, saya turun melihat sendiri masalah di Jalan Seri Serawak 21, Pekan Andalas.

Apa yang berlaku? Longkang tersumbat teruk. Dan yang lebih menyakitkan hati, antara puncanya adalah sampah yang dibuang oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Bila dah tersumbat, akhirnya siapa yang kena susah? Penduduk dan pihak Majlis.

Sampai terpaksa dikerahkan Team Jetter untuk buat kerja-kerja pembersihan. Bukan kerja mudah, bukan tekan suis terus selesai.

Yang lebih buat saya naik angin, ada premis restoran yang sedang membuat renovasi sehingga menutup keseluruhan penutup longkang.

Nak renovate, silakan. Tapi jangan sampai renovasi sendiri menyusahkan orang lain dan menyukarkan pihak Majlis menjalankan kerja pembersihan serta penyelenggaraan.

Kalau penutup longkang ditutup atau diubah sesuka hati, bila longkang tersumbat nanti Team Majlis p**a yang terkial-kial nak buat kerja.

Saya akan pastikan perkara ini disemak dari segi syarat dan kelulusan pembinaan/renovasi yang ditetapkan. Kalau ada syarat yang perlu dipatuhi, patuhi.

Jangan buat ikut palatau!!

Kita nak berniaga, kita faham.
Kita nak majukan premis, kita faham.

Tapi jangan sampai kepentingan sendiri menyusahkan penduduk dan menyukarkan kerja-kerja penyelenggaraan Majlis.

Renovate biar berpada-pada. Jangan tutup longkang, kemudian bila banjir atau tersumbat, semua orang p**a kena tanggung akibatnya.

Terima kasih kepada Team Jetter yang turun buat kerja pembersihan.

Saya bukan marah orang berniaga. Saya marah bila kerja sendiri akhirnya menyusahkan orang lain.
Grrrrrrrr...



Address

Pusat Khidmat Ahli Majlis N49A, No 46-B Jalan Sri Serawak 19, , Taman Sri Serawak Klang
Klang
41200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Khidmat Ahli Majlis N49A posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category