Dewan Pemuda PAS Kapar

Call Contact the organization

Dewan Pemuda PAS Kapar DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KAPAR (Official)

Perjuangan untuk Palestin bukan sekadar tentang satu tanah, tetapi tentang agama, maruah, kemanusiaan dan hak untuk hidu...
06/10/2026

Perjuangan untuk Palestin bukan sekadar tentang satu tanah, tetapi tentang agama, maruah, kemanusiaan dan hak untuk hidup bebas. Kita mungkin tidak berada di sana, tetapi suara kita tetap boleh jadi tanda bahawa mereka tidak dilupakan!

Teruskan bersuara, teruskan peduli, dan teruskan berjuang!

Semoga suatu hari nanti Palestin merasai kebebasan dan kedamaian yang mereka perjuangkan ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

28/09/2026

TUN DR SITI HASMAH: PERGINYA SEORANG TOKOH WANITA NEGARA

Dewan Pemuda PAS Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada Tun Dr Mahathir Mohamad serta seluruh ahli keluarga atas pemergian Almarhumah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.

Pemergian Almarhumah merupakan satu kehilangan besar buat negara. Beliau bukan sahaja dikenali sebagai isteri kepada bekas Perdana Menteri Malaysia, bahkan merupakan seorang doktor, tokoh masyarakat dan wanita yang telah mencurahkan jasa serta bakti kepada rakyat dan negara sepanjang kehidupannya.

Dalam perjalanan panjang kehidupan dan perjuangan Tun Dr Mahathir, Almarhumah sentiasa setia berada di sisi, melalui pelbagai fasa s**a dan duka, sama ada ketika memimpin negara mahupun selepasnya. Sebuah perjalanan bersama yang panjang, penuh pengorbanan dan tentunya meninggalkan begitu banyak kenangan buat keluarga.

Dewan Pemuda PAS Malaysia mendoakan semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Almarhumah, merahmati rohnya, menerima segala amal kebajikannya serta menempatkan beliau dalam kalangan hamba-Nya yang solehah.

Semoga Tun Dr Mahathir dan seluruh ahli keluarga dikurniakan kekuatan, kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi kehilangan insan yang amat dikasihi.

Al-Fatihah.

๐Ÿ”ฐ ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐— ๐—˜๐—ก๐——๐—จ๐——๐—จ๐—ž๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ž๐—ฆ๐—”๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—ฆ๐—ฅ๐—” ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ๐˜ฟ๐™š๐™ฌ๐™–๐™ฃ ๐™‹๐™š๐™ข๐™ช๐™™๐™– ๐™‹๐˜ผ๐™Ž ๐™†๐™–๐™ฌ๐™–๐™จ๐™–๐™ฃ ๐™†๐™–๐™ฅ๐™–๐™ง ingin mengucapkan selamat menduduki Peperiksaan ...
21/09/2026

๐Ÿ”ฐ ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐— ๐—˜๐—ก๐——๐—จ๐——๐—จ๐—ž๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ž๐—ฆ๐—”๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—ฆ๐—ฅ๐—” ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

๐˜ฟ๐™š๐™ฌ๐™–๐™ฃ ๐™‹๐™š๐™ข๐™ช๐™™๐™– ๐™‹๐˜ผ๐™Ž ๐™†๐™–๐™ฌ๐™–๐™จ๐™–๐™ฃ ๐™†๐™–๐™ฅ๐™–๐™ง ingin mengucapkan selamat menduduki Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) Tahun 2026 kepada seluruh calon PSRA, khususnya anak-anak di sekitar Kawasan Kapar.

Semoga semua calon diberikan ketenangan hati, kesihatan yang baik, kekuatan semangat serta kelancaran dalam menjawab setiap soalan. Teruskan berusaha dengan tekun, yakinlah pada kemampuan diri dan manfaatkan segala ilmu serta tunjuk ajar yang telah dicurahkan oleh para guru.

Semoga segala usaha dan pengorbanan anak-anak, ibu bapa serta para guru selama ini membuahkan hasil yang membanggakan.

๐™Ž๐™š๐™ข๐™ค๐™œ๐™– ๐™™๐™ž๐™ ๐™ช๐™ง๐™ฃ๐™ž๐™–๐™ ๐™–๐™ฃ ๐™ ๐™š๐™Ÿ๐™–๐™ฎ๐™–๐™–๐™ฃ ๐™ฎ๐™–๐™ฃ๐™œ ๐™˜๐™š๐™ข๐™š๐™ง๐™ก๐™–๐™ฃ๐™œ.




__________________________
๐‘ซ๐‘ฌ๐‘พ๐‘จ๐‘ต ๐‘ท๐‘ฌ๐‘ด๐‘ผ๐‘ซ๐‘จ ๐‘ท๐‘จ๐‘บ ๐‘ฒ๐‘จ๐‘พ๐‘จ๐‘บ๐‘จ๐‘ต ๐‘ฒ๐‘จ๐‘ท๐‘จ๐‘น ๐‘บ๐‘ฌ๐‘บ๐‘ฐ 2025-2027

โšฝ๏ธ FUTSAL 3 DUN DACS KAPAR โšฝ๏ธAlhamdulillah, futsal bersama sahabat-sahabat Selat Klang, Sementa & Meru. ๐ŸคBukan sekadar b...
19/09/2026

โšฝ๏ธ FUTSAL 3 DUN DACS KAPAR โšฝ๏ธ

Alhamdulillah, futsal bersama sahabat-sahabat Selat Klang, Sementa & Meru. ๐Ÿค

Bukan sekadar bermain dan berpeluh, tetapi ruang mengeratkan ukhuwah. Kita belajar daripada kisah orang-orang soleh terdahulu yang tetap mendahulukan sahabat walaupun diri sendiri sedang memerlukan.

Moga kita bukan sekadar main dan bergelak bersama, tetapi saling mengajak kepada solat dan kebaikan, sehingga menjadi sahabat yang saling mencari di akhirat nanti.

Bersahabat di dunia, bersama hingga ke syurga. ๐Ÿคฒ๐Ÿปโค๏ธ

๐Ÿ“ Sportizza Telok Gadong
๐Ÿ“† 18 September 2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐— ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—” ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พDewan Pemuda PAS Kawasan Kapar mengucapkan ๐‘บ๐’†๐’๐’‚๐’Ž๐’‚๐’• ๐‘ด๐’†๐’๐’š๐’‚๐’Ž๐’ƒ๐’–๐’• ๐‘ฏ๐’‚๐’“๐’Š ๐‘ด๐’‚๐’๐’‚๐’š๐’”๐’Š๐’‚ kep...
16/09/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐— ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—” ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Dewan Pemuda PAS Kawasan Kapar mengucapkan ๐‘บ๐’†๐’๐’‚๐’Ž๐’‚๐’• ๐‘ด๐’†๐’๐’š๐’‚๐’Ž๐’ƒ๐’–๐’• ๐‘ฏ๐’‚๐’“๐’Š ๐‘ด๐’‚๐’๐’‚๐’š๐’”๐’Š๐’‚ kepada seluruh rakyat Malaysia.

Tanggal 16 September menjadi simbol penyatuan dan kebersamaan rakyat dalam membina sebuah negara yang aman, berdaulat dan sejahtera.

Marilah kita terus memupuk semangat perpaduan, menghormati kepelbagaian serta memperkukuh nilai kebersamaan demi masa depan Malaysia yang lebih baik.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐˜ฝ๐™š๐™ง๐™จ๐™–๐™ฉ๐™ช ๐˜ฟ๐™–๐™ก๐™–๐™ข ๐™†๐™š๐™ฅ๐™š๐™ก๐™—๐™–๐™œ๐™–๐™ž๐™–๐™ฃ, ๐™๐™š๐™œ๐™ช๐™ ๐™ˆ๐™š๐™ข๐™—๐™ž๐™ฃ๐™– ๐™‰๐™š๐™œ๐™–๐™ง๐™–.




__________________________
๐‘ซ๐‘ฌ๐‘พ๐‘จ๐‘ต ๐‘ท๐‘ฌ๐‘ด๐‘ผ๐‘ซ๐‘จ ๐‘ท๐‘จ๐‘บ ๐‘ฒ๐‘จ๐‘พ๐‘จ๐‘บ๐‘จ๐‘ต ๐‘ฒ๐‘จ๐‘ท๐‘จ๐‘น ๐‘บ๐‘ฌ๐‘บ๐‘ฐ 2025-2027

10/09/2026
๐ŸŒ™ ๐—ฆ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐— ๐—”๐—จ๐—Ÿ๐—œ๐——๐—จ๐—ฅ ๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—จ๐—Ÿ ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฐ๐Ÿด๐—› | ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ๐— ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุขู„ู ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ๏ทบSempen...
26/08/2026

๐ŸŒ™ ๐—ฆ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐— ๐—”๐—จ๐—Ÿ๐—œ๐——๐—จ๐—ฅ ๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—จ๐—Ÿ ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฐ๐Ÿด๐—› | ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ๐— 

ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุขู„ู ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ๏ทบ

Sempena memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad ๏ทบ, marilah kita memperbanyakkan selawat serta menghayati sirah, akhlak dan perjuangan Baginda.

Semoga kecintaan kita kepada Rasulullah ๏ทบ bukan sekadar diungkapkan dengan kata-kata, tetapi diterjemahkan melalui usaha mengikuti sunnah, memperkukuh ukhuwah dan menyebarkan kebaikan dalam kehidupan.

โ€œMenyuburkan Cinta kepada Rasulullah ๏ทบ, Meneladani Akhlak dan Meneruskan Perjuangan.โ€

๐ŸŒฟ Salam Maulidur Rasul 1448H.
ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ ูˆุณู„ู… ูˆุจุงุฑูƒ ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ ๏ทบ




__________________________
๐‘ซ๐‘ฌ๐‘พ๐‘จ๐‘ต ๐‘ท๐‘ฌ๐‘ด๐‘ผ๐‘ซ๐‘จ ๐‘ท๐‘จ๐‘บ ๐‘ฒ๐‘จ๐‘พ๐‘จ๐‘บ๐‘จ๐‘ต ๐‘ฒ๐‘จ๐‘ท๐‘จ๐‘น ๐‘บ๐‘ฌ๐‘บ๐‘ฐ 2025-2027

๐Ÿ“ข JAWATAN KOSONG GURU SRITI AS-SYAFIE KAPAR ๐Ÿ“ขKami sedang mencari 2 orang guru yang berdedikasi dan bersemangat untuk men...
01/07/2026

๐Ÿ“ข JAWATAN KOSONG GURU SRITI AS-SYAFIE KAPAR ๐Ÿ“ข

Kami sedang mencari 2 orang guru yang berdedikasi dan bersemangat untuk menyertai keluarga besar SRITI As-Syafie Kapar.

โœจ Kekosongan: Guru (2 Jawatan)

๐Ÿ“Œ Syarat Permohonan:
โœ… Lelaki / Perempuan
โœ… Boleh mengajar subjek KSSR / Diniyah
โœ… Ahli / Penyokong PAS
โœ… Mempunyai STPM / Diploma / Ijazah
โœ… Rajin, amanah dan bersedia untuk belajar serta berkhidmat
โœ… Bersedia memberi komitmen kepada SRITI sekurang-kurangnya 1 tahun

๐Ÿ’ผ Gaji, Elaun & Manfaat:
โœ”๏ธ Gaji Pokok
โœ”๏ธ KWSP & SOCSO
โœ”๏ธ Cuti Tahunan
โœ”๏ธ Insentif Perubatan Tahunan (RM300)
โœ”๏ธ Elaun Kehadiran

๐Ÿ“ฉ Berminat? Hantar resume anda ke: ๐Ÿ“ง [email protected]

๐Ÿ“ฑ Sebarang pertanyaan (WhatsApp):
๐Ÿ“ž 010-523 3340 ๐Ÿ“ž 010-552 6452

[EDARAN SEGERA]Kenyataan MediaPengerusi Perikatan NasionalBagi tujuan menghadapi Pilihan Raya Negeri Johor dan Negeri Se...
17/06/2026

[EDARAN SEGERA]

Kenyataan Media
Pengerusi Perikatan Nasional

Bagi tujuan menghadapi Pilihan Raya Negeri Johor dan Negeri Sembilan, berdasarkan kuasa yang diperuntukkan di bawah Fasal 8.3 (V), (VI), dan (VII) Perlembagaan Perikatan Nasional, maka dengan ini saya mengumumkan penstrukturan semula pentadbiran Perikatan Nasional, berkuatkuasa serta โ€“ merta, seperti berikut:

i) Ketua Pengarah Pilihan Raya, YB Datuk Dr Mohd Radzi bin Md Jidin telah diberhentikan perkhidmatan, dan digantikan dengan YAB Datoโ€™ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Noor;

ii) Bendahari, YAB Datoโ€™ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Noor telah diberhentikan perkhidmatan, dan digantikan dengan Tuan Subramaniam A/L Surunaryan; dan

iii) Timbalan Setiausaha Agung, Datoโ€™ Seri Mohamed Azmin bin Ali telah diberhentikan perkhidmatan, bagi memenuhi kehendak Perlembagaan Perikatan Nasional.

Suatu mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi Perikatan Nasional akan diadakan dalam masa terdekat bagi memperkukuh organisasi Perikatan Nasional.

Datoโ€™ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
Pengerusi Perikatan Nasional

Bertarikh: 17 Jun 2026

17/06/2026

Demi memperkukuh Perikatan Nasional dan mempersiapkan organisasi menghadapi cabaran mendatang, beberapa penstrukturan pentadbiran telah diputuskan berkuat kuasa serta-merta.

Address

Kompleks PAS Kapar
Klang

Telephone

+60122511924

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dewan Pemuda PAS Kapar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Dewan Pemuda PAS Kapar:

Shortcuts

Share