05/10/2026
๐ฃ๐๐๐๐ก๐๐๐ฅ๐๐ก ๐๐๐๐๐ก๐๐๐ช๐๐ก ๐๐๐ฌ๐๐ก๐๐๐ก ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ณ
Belanjawan Bayangan 2027 menunjukkan bagaimana BERSAMA mahu dasar fiskal dirangka dan negara diurus dengan lebih bertanggungjawab.
Ia memberi tumpuan kepada masalah struktur yang terlalu lama ditangguhkan, sambil mempersiapkan Malaysia menghadapi cabaran ekonomi dalam dekad akan datang.
Setiap reformasi disertakan dengan cara pembiayaannya, bagaimana wang pembayar cukai akan digunakan, dan bagaimana kedudukan fiskal negara boleh diperkukuh tanpa mewariskan beban yang lebih besar kepada generasi akan datang.
๐๐ง๐จ๐ฅ๐๐๐ฅ๐
- Ucapan Pembukaan oleh Sdr. Rafizi Ramli
- Pelancaran Belanjawan Bayangan 2027
- Pembentangan Khas oleh Sdr. Sum Dek Joe
- Forum dan Sesi Soal Jawab Terbuka
๐ฃ๐๐ก๐๐ ๐๐ข๐ฅ๐จ๐
1. Nik Nazmi Nik Ahmad, Pemimpin BERSAMA
2. Wong Chen, Pemimpin BERSAMA
3. Sum Dek Joe, Jurucakap Ekonomi BERSAMA
4. Aira Azhari, CEO, Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS)
5. Dr. Carmelo Ferlito, CEO, Centre for Market Education (CME)
Forum ini akan membincangkan kedudukan fiskal negara, struktur cukai dan hasil, perbelanjaan kerajaan, serta dasar ekonomi yang memberi kesan langsung kepada rakyat.
๐ Ibu Pejabat BERSAMA, Taman Putra Perdana, Puchong
๐๏ธ Rabu, 7 Oktober 2026
โฐ 7.00 malam hingga 11.00 malam (orang ramai boleh hadir mulai 7 malam. Acara akan bermula selepas solat Maghrib)
Semua orang ramai dijemput hadir ke pelancaran ini.
Daftar kehadiran anda di https://bersama.org/ms/acara/pelancaran-belanjawan-bayangan-2027
Kepada yang tidak dapat hadir boleh saksikan siaran langsung di media sosial rasmi saya dan BERSAMA.