29/09/2026
π [SAMBUTAN BULAN MALAYSIA SIHAT SEJAHTERA] π
β
CHECK POINT 10
π LOKASI: SK PANGKAL JENEREH, MACHANG, KELANTAN
πΈ SEKITAR SUASANA SAMBUTAN BULAN MALAYSIA SIHAT SEJAHTERA (BMSS) @ HePili 2026 PERINGKAT NEGERI KELANTAN π
Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera @ HePili 2026 Peringkat Negeri Kelantan yang diadakan pada:
π
Tarikh: 28 September 2026 (Selasa)
π Lokasi: Sekolah Kebangsaan Pangkal Jenereh, Machang
Program usahasama antara Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan dan Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada semua pihak. Selaras dengan tema "Budayakan Hidup Sihat, Kukuhkan Imuniti Badan", pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan bagi memupuk kesedaran amalan gaya hidup sihat dalam kalangan murid dan warga sekolah.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan sekolah, para tetamu jemputan, jawatankuasa pelaksana, guru-guru, ibu bapa, serta para pelajar yang telah bersama-sama menjayakan dan memeriahkan majlis ini.
Semoga mesej amalan gaya hidup sihat ini terus menjadi budaya dalam kehidupan seharian kita demi melahirkan generasi yang sihat, berdaya saing, dan sejahtera!