Chan Rui Yih

Chan Rui Yih 自强不息, 立心而行 Teguhkan Diri, Tabahkan Jiwa

因果自己承担、智慧自己磨练、真理自己证悟天雨虽大,不润无根之草;佛法无边,难渡无缘之人。马佛基金会董事、马佛研究学会副主席、前马佛青总会长 — 钟汉源居士“谈因说果” #钟汉源居士吉兰丹巡回弘法  #吉兰丹佛教居士林
18/08/2026

因果自己承担、智慧自己磨练、真理自己证悟
天雨虽大,不润无根之草;
佛法无边,难渡无缘之人。

马佛基金会董事、
马佛研究学会副主席、
前马佛青总会长 — 钟汉源居士“谈因说果”

#钟汉源居士吉兰丹巡回弘法
#吉兰丹佛教居士林

Ambik angin metar 🏃‍♂️
09/08/2026

Ambik angin metar 🏃‍♂️

Bersama boss Chua pagi tadi ke Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan 4 Peringkat UMNO Bahagian Kota Bharu.Turut hadir, D...
08/08/2026

Bersama boss Chua pagi tadi ke Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan 4 Peringkat UMNO Bahagian Kota Bharu.

Turut hadir, Datuk Haji Zaluzi, KUB Pengkalan Chepa merangkap Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan UMNO Kelantan.

Majlis dirasmikan oleh Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi, Setiausaha Agung UMNO Malaysia.

Tahniah Tan Sri Mohamad Fatmi, KUB Kota Bharu dan seluruh AJK serta perwakilan 4 peringkat atas komitmen dan semangat yang begitu tinggi.



#𝐁𝐚𝐫𝐢𝐬𝐚𝐧𝐍𝐚𝐬𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥

Apa pandangan anda?Keputusan PRN baru-baru ini menunjukkan bahawa Barisan Nasional berjaya merampas semula beberapa keru...
05/08/2026

Apa pandangan anda?

Keputusan PRN baru-baru ini menunjukkan bahawa Barisan Nasional berjaya merampas semula beberapa kerusi yang pernah tewas sebelum ini.

Sudah tentu, keputusan pilihan raya dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti prestasi calon, isu tempatan, dan sentimen pengundi.

Juga tidak dapat dinafikan, ada pandangan yang berpendapat bahawa semangat "penyatuan orang Melayu" antara faktor yang menyumbang kepada pencapaian tersebut.

Pada pandangan saya, jika semangat perpaduan ini benar-benar mampu membawa kepada kestabilan politik, kemakmuran ekonomi serta kesejahteraan rakyat, maka ia wajar terus dipupuk dan disokong.

Apa jua pendekatan politik yang diambil, matlamat kita adalah memastikan negara terus maju, ekonomi berkembang, peluang pekerjaan bertambah, dan kebajikan rakyat sentiasa menjadi keutamaan.

Dalam semangat perpaduan, setiap kaum di Malaysia mempunyai peranan yang sama penting. Kestabilan politik yang sebenar mestilah dibina atas dasar saling menghormati, kerjasama antara kaum, dan dasar yang adil kepada semua rakyat.

Politik bukan sekadar mengenai kemenangan mana-mana pihak, tetapi tentang bagaimana kemenangan itu diterjemahkan kepada manfaat sebenar untuk rakyat dan negara.

Terima kasih Team Tanah Merah, Kelantan selaku bapa angkat kepada DUN   atas segala usaha, komitmen dan pengorbanan sepa...
04/08/2026

Terima kasih Team Tanah Merah, Kelantan selaku bapa angkat kepada DUN atas segala usaha, komitmen dan pengorbanan sepanjang kempen.

Segala penat lelah yang dicurahkan membuahkan hasil yang terbaik. Terima kasih atas semangat perjuangan dan kerjasama yang luar biasa!



#𝐁𝐚𝐫𝐢𝐬𝐚𝐧𝐍𝐚𝐬𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥

Hari ini, saya telah membuat satu laporan polis di IPD Kota Bharu berhubung dengan sebuah video yang tular di media sosi...
03/08/2026

Hari ini, saya telah membuat satu laporan polis di IPD Kota Bharu berhubung dengan sebuah video yang tular di media sosial dan memohon Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menjalankan siasatan segera.

Dalam video tersebut, seorang individu yang dikenali sebagai Ng Kee Chung bukan sahaja mengeluarkan kata-kata yang menghina MCA dengan melabelkan ahli MCA sebagai "anjing" kepada parti UMNO dan PAS.

Malah lebih serius lagi, beliau secara terbuka menghasut orang ramai supaya meludah ahli MCA atau sesiapa yang mempunyai hubungan dengan MCA sekiranya bertemu mereka di tempat awam.

Atas sebab itu, saya memohon agar pihak PDRM dan MCMC menjalankan siasatan menyeluruh terhadap video tersebut, mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya demi menjaga keamanan dan keharmonian masyarakat.

Kita boleh berbeza pendapat dan ideologi politik, tetapi kita tidak boleh membenarkan budaya kebencian dan hasutan menjadi norma dalam masyarakat.

Malaysia merupakan sebuah negara yang berlandaskan kedaulatan undang-undang. Marilah kita bersama-sama mengamalkan budaya politik yang matang, menghormati perbezaan pendapat, dan menolak sebarang bentuk ucapan kebencian serta hasutan keganasan.

Chan Rui Yih
Ketua Pemuda MCA Kelantan
3hb Ogos 2026

02/08/2026
Pagi ini saya bersama saudara Lim See Soon, Bendahari Pemuda MCA Pusat merangkap Ketua Pemuda MCA Bahagian Port Dickson,...
29/07/2026

Pagi ini saya bersama saudara Lim See Soon, Bendahari Pemuda MCA Pusat merangkap Ketua Pemuda MCA Bahagian Port Dickson, saudara Woo Kok Toong, Ahli Jawatankuasa Pemuda MCA Pusat, serta beberapa orang ahli Pemuda MCA telah hadir ke Balai Polis Bukit Pelanduk untuk membuat satu laporan polis.

Laporan ini dibuat bagi memohon pihak Polis Di Raja Malaysia menjalankan siasatan terhadap satu video yang tular di media sosial sejak kelmarin.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat orang ramai sedang berkumpul di dalam sebuah kedai makan. Di dalam kedai berkenaan p**a terdapat beberapa kaunter yang dipercayai menjalankan proses pengesahan kad pengenalan orang ramai, khususnya penduduk tempatan.

Lebih membimbangkan adalah, berdasarkan maklumat yang dipaparkan dalam video tersebut, individu yang kad pengenalannya telah disahkan oleh petugas di kaunter didakwa menerima satu sampul yang mengandungi wang tunai sebanyak RM300.

Oleh yang demikian, kami memandang serius dakwaan yang terkandung dalam video tersebut dan berharap pihak polis dapat menjalankan siasatan secara menyeluruh bagi menentukan kesahihan dakwaan berkenaan serta mengambil tindakan sewajarnya sekiranya terdapat sebarang pelanggaran undang-undang.

Kami juga menggesa SPR dan SPRM turut menyiasat sekiranya isu ini mempunyai kaitan dengan proses pilihan raya atau berunsur rasuah.

Chan Rui Yih
Ketua Pemuda MCA Kelantan
29hb JULAI 2026

29/07/2026
Tidak kira berdepan dengan BN di Johor mahupun PN di Negeri Sembilan, kenapa DAP begitu takut apabila berdepan dengan pe...
17/07/2026

Tidak kira berdepan dengan BN di Johor mahupun PN di Negeri Sembilan, kenapa DAP begitu takut apabila berdepan dengan pertandingan satu lawan satu?

Bukankah satu lawan satu adalah peluang terbaik untuk membuktikan kekuatan sebenar? atau DAP sudah tidak yakin dengan sokongan rakyat?

Ayuh kita birukan sepanjang jalan Negeri Sembilan, tamatkan pemerintahan PH di Negeri Sembilan.



Address

Kota Bharu

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Chan Rui Yih posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share