Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan-Official

Website

Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan-Official Laman Facebook rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan

DARI K9 KE PENTAS DUNIA, DARI BELANTARA MEREKA MELANGKAHSiapa sangka dari sebuah sekolah K9, lahir anak-anak hebat yang ...
08/10/2026

DARI K9 KE PENTAS DUNIA, DARI BELANTARA MEREKA MELANGKAH

Siapa sangka dari sebuah sekolah K9, lahir anak-anak hebat yang kini melangkah semakin jauh.

SK Sri Permai K9 mencipta kejayaan membanggakan apabila dinobatkan sebagai JOHAN Peringkat Kebangsaan 2026 bagi Pertandingan Antarabangsa Program VIA Safe Mobility.

Tiga anak hebat, Kaka, Alia dan Ridzuan, membuktikan bahawa latar belakang bukan penghalang untuk mencipta kejayaan. Dengan bimbingan penuh dedikasi Cikgu Hasif dan Cikgu Wan Amir, idea, keberanian dan kreativiti mereka berjaya membawa nama SK Sri Permai K9 ke pentas kebangsaan.

Kemenangan ini turut melayakkan sekolah menerima geran RM10,000 bagi melaksanakan inisiatif mobiliti selamat yang dicadangkan, selain membuka peluang untuk mewakili Malaysia ke peringkat antarabangsa.

Kini, perjalanan mereka belum berakhir. Jika berjaya menjuarai peringkat antarabangsa, habuan tajaan ke Paris, Perancis menanti sebagai destinasi impian.









Selamat datang En. Ahmad Saiful Rahman bin Ab Rahim, Penolong Pengarah, Sektor Pengurusan ke keluarga besar JPN Kelantan...
08/10/2026

Selamat datang En. Ahmad Saiful Rahman bin Ab Rahim, Penolong Pengarah, Sektor Pengurusan ke keluarga besar JPN Kelantan.









Selamat datang Pn. Azlina binti Mohd Embran, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Sektor Infrastruktur dan Perolehan JPN Kelan...
08/10/2026

Selamat datang Pn. Azlina binti Mohd Embran, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Sektor Infrastruktur dan Perolehan JPN Kelantan.

Selamat menjalankan amanah dan terus maju jaya bersama-sama warga JPN Kelantan.









08/10/2026

KUALA LUMPUR - Sebanyak 3,150 calon guru yang dilantik secara kontrak (CoS) akan menerima surat tawaran lantikan pada bulan ini bagi menampung kemasukan pelajar tahun satu melibatkan dua kohort, tahun depan.

08/10/2026

KESELAMATAN DI SEKOLAH: BIMBINGAN, KAUNSELING & SOKONGAN PSIKOSOSIAL MURID

Kementerian Pendidikan (KPM) terus memperkukuh perkhidmatan bimbingan, kaunseling dan sokongan psikososial bagi memastikan kesejahteraan murid sentiasa diberi perhatian.

Tahun Ini, Tahun Kita
"Guru Bitara Nadi Negara"







08/10/2026
Tahniah dan syabas SK Banggol Chica. Semoga terus menggapai kejayaan melalui Program i-STAR.
08/10/2026

Tahniah dan syabas SK Banggol Chica. Semoga terus menggapai kejayaan melalui Program i-STAR.




SK Banggol Chicha beriltizam meningkatkan mutu sekolah melalui Program I-Star sebagai salah satu reformasi bersepadu dalam meningkatkan kemenjadian murid dan pencapaian guru.

Jom membudayakan pembelajaran secara berterusan dengan penerapan i-STAR dalam PdP, HEM dan Kokurikulum. Penglibatan yang aktif guru-guru, ibu bapa untuk membina kecemerlangan SKBC.

Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Mas Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan-Official




05/10/2026









SK PULAT LAMA: SEBUAH KENANGAN YANG AKAN TINGGAL DALAM INGATAN4 OKTOBER 2026 (AHAD)Ada bangunan yang hanya dibina dengan...
05/10/2026

SK PULAT LAMA: SEBUAH KENANGAN YANG AKAN TINGGAL DALAM INGATAN
4 OKTOBER 2026 (AHAD)

Ada bangunan yang hanya dibina dengan batu dan simen. Ada juga bangunan yang dibina bersama kenangan, impian dan ribuan cerita manusia.

Begitulah Sekolah Kebangsaan Pulat di Pos Pulat, Gua Musang. Ditubuhkan pada 1 Januari 1996, sekolah ini menjadi tempat anak-anak Orang Asli Temiar menimba ilmu dan mengenal dunia pendidikan. Selama bertahun-tahun, bangunan sekolah ini menjadi saksi kepada perjalanan anak-anak pedalaman mengejar ilmu, bersama-sama guru yang setia mendidik dalam suasana penuh cabaran.

Di sinilah bermulanya banyak cerita.

Ada langkah kecil anak-anak yang pertama kali menjejakkan kaki ke sekolah. Ada suara guru mengajar di dalam kelas. Ada gelak tawa ketika waktu rehat, cerita di asrama, doa yang dipanjatkan di surau dan kenangan yang mungkin tidak pernah tercatat dalam mana-mana buku.

Bukan hanya sekadar sebuah sekolah, ia sebahagian jiwa dan nadi masyarakat Orang Asli Pos Pulat. Namun, perjalanan masa membawa perubahan. Susulan pembangunan Projek Hidroelektrik Nenggiri, kawasan Pos Pulat akan melalui satu perubahan besar apabila empangan mula beroperasi. Bangunan sekolah yang selama ini berdiri teguh di bumi Pos Pulat akhirnya akan ditinggalkan dan kawasan tersebut bakal ditenggelami air sedalam 88 meter.

Suatu hari nanti, apabila air empangan memenuhi kawasan ini, bangunan SK Pulat lama mungkin tidak lagi kelihatan tetapi segala kenangan yang pernah tercipta di situ tidak akan pernah tenggelam.

Sebaliknya, ia akan terus hidup dalam ingatan bekas murid, guru, ibu bapa dan seluruh warga Pos Pulat yang pernah menjadikan tempat itu sebahagian daripada perjalanan hidup mereka.

Hari ini, SK Pulat meneruskan langkah di Bukit Beringin dengan bangunan sekolah gantian penuh yang dibangunkan oleh TNB Genco. Dalam satu detik bermakna, YBhg. Dato’ Wan Hashim bin Wan Rahim, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, hadir sebagai wakil KPM untuk menerima serahan rasmi bangunan gantian penuh daripada TNB Genco, menandakan bermulanya lembaran baharu buat SK Pulat di lokasi baharu. Kemudahan yang lebih lengkap ini menjadi wadah untuk anak-anak pedalaman meneruskan pendidikan, membina impian dan melakar masa depan yang lebih cerah.

Selamat tinggal SK Pulat lama.

Terima kasih kerana pernah menjadi tempat bermulanya begitu banyak impian.

Bangunanmu mungkin akan hilang di bawah air, tetapi cerita tentangmu akan terus mengalir dalam ingatan seperti sungai yang pernah menghidupkan tanah dan membesarkan generasi demi generasi.

Dari Pos Pulat ke Bukit Beringin.
Satu sekolah, seribu kenangan.
Satu lembaran ditutup, sebuah harapan baharu dibuka.










Address

Bandar Baru Tunjong
Kota Bharu
16010

Opening Hours

Monday 07:30 - 05:30
Tuesday 07:30 - 05:30
Wednesday 07:30 - 05:30
Thursday 07:30 - 04:00
Sunday 07:30 - 05:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan-Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share