Perbadanan Bandar Baru Tunjong

Perbadanan Bandar Baru Tunjong Badan Berkanun Kerajaan Negeri Kelantan melalui Enakmen No. 3 Tahun 2006 sebagai Pihak Berkuasa Utama Pembangunan Bandar Baru Tunjong

ALLAHUAKBARMerafak Sembah dan Ucapan Setinggi-tinggi Tahniah Sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Y...
29/09/2026

ALLAHUAKBAR

Merafak Sembah dan Ucapan Setinggi-tinggi Tahniah Sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V Yang Ke-57 Bagi Tahun 2026.

"Raja Dan Rakyat, Berpisah Tiada"
"Semoga Allah Melindungi Tuanku Dunia Dan Akhirat"

Daripada
PERBADANAN BANDAR BARU TUNJONG

17/08/2026
Dimaklumkan bahawa operasi pejabat akan ditutup pada tarikh-tarikh hari kelepasan am seperti berikut:📅 26 Mei 2026 (Sela...
23/05/2026

Dimaklumkan bahawa operasi pejabat akan ditutup pada tarikh-tarikh hari kelepasan am seperti berikut:

📅 26 Mei 2026 (Selasa) - Hari Wukuf

📅 27 Mei 2026 (Rabu) - Hari Raya Qurban

📅 28 Mei 2026 (Khamis) - Hari Raya Qurban (Hari Kedua)

📅 31 Mei 2026 (Ahad) - Hari Wesak

📅 1 Jun 2026 (Isnin) - Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

PERBADANAN BANDAR BARU TUNJONG

KUNJUNGAN HORMAT JPJ NEGERI KELANTAN KE PEJABAT PERBADANAN BANDAR BARU TUNJONG (PBBT)Perbadanan Bandar Baru Tunjong (PBB...
10/05/2026

KUNJUNGAN HORMAT JPJ NEGERI KELANTAN KE PEJABAT PERBADANAN BANDAR BARU TUNJONG (PBBT)

Perbadanan Bandar Baru Tunjong (PBBT) telah menerima kunjungan hormat dari Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Kelantan pada 04 Mei, 2026.

Kunjungan ini merupakan satu penghormatan kepada PBBT kerana
boleh mengeratkan lagi hubungan yang telah terjalin dan secara tidak langsung boleh bertukar-tukar pandangan dan maklumat tentang isu-isu semasa di Negeri Kelantan serta pembangunan tanah di Bandar Baru Tunjong disamping pihak JPJ Negeri Kelantan mencari lokasi baharu bagi pembinaan pejabat JPJ Negeri Kelantan di masa akan datang.

Kunjungan hormat ini diketuai oleh YABrs. Tuan Mohd Misuari bin Abdullah (Pengarah JPJ Negeri Kelantan) dan disambut oleh YABrs. Encik Mohd Sabilly bin Mohd Ramli@Annuar (Pengurus Besar Perbadanan Bandar Baru Tunjong).

PBBT mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengarah JPJ Negeri Kelantan dan pegawai-pegawai JPJ Negeri Kelantan kerana sudi membuat kunjungan hormat ke Pejabat Perbadanan Bandar Baru Tunjong (PBBT). Semoga dengan kunjungan ini memberi banyak manfaat kepada kedua-dua pihak dan seterusnya kepada rakyat.

PERBADANAN BANDAR BARU TUNJONG (PBBT)

23/02/2026
13/01/2026
01/01/2026

2026: MEMACU KELANTAN KE ARAH HAYATAN TOYYIBAH

Firman Allah SWT:
مَنْ عَمِلَ صَالِحًا مِّن ذَكَرٍ أَوْ أُنثَىٰ وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَلَنُحْيِيَنَّهُ حَيَاةً طَيِّبَةً ۖ وَلَنَجْزِيَنَّهُمْ أَجْرَهُم بِأَحْسَنِ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ ‎﴿٩٧﴾
Maksudnya : “Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan.” (Surah al-Nahl: 97)

Membuka lembaran baharu 2026 pada hari ini dengan penuh kesyukuran merupakan manifestasi keazaman untuk memperkukuh iltizam dan tekad demi membangunkan serta memajukan negeri Kelantan yang kita cintai. Langkah yang diatur semestinya perlu melalui proses koreksi secara menyeluruh khususnya dalam aspek perancangan pentadbiran dan pembangunan negeri bagi mencapai hala tuju yang telah digariskan.

Pentadbiran Penghayatan Membangun Bersama Islam (PMBI) bagi tahun 2026 perlu dipacu dengan lebih agresif dan berstrategik, berpandukan Hala Tuju Portfolio Kerajaan Negeri Kelantan 2024-2028. Dalam hal ini, konteks pelaksanaan serta penyelarasannya perlu diperkemaskan agar inisiatif kerajaan benar-benar memberi manfaat dan membawa kesejahteraan kepada rakyat di peringkat akar umbi.

Di samping itu, agenda pengukuhan PMBI sama ada dalam aspek pembangunan infrastruktur, sosial, pendidikan mahu pun ekonomi, hendaklah digarap secara bersama dengan memastikan dasar-dasar pentadbiran kerajaan negeri dilaksanakan sebaik-baiknya bagi menjamin kesejahteraan rakyat dan masa depan negeri. Tambahan p**a, menyedari cabaran kehidupan lebih-lebih di zaman kepantasan teknologi, saranan agar kembali kepada penyelesaian Islam secara menyeluruh merupakan formula yang efektif dan sentiasa segar pada setiap peredaran zaman, hendaklah disesuaikan dalam setiap agenda bertindak.

Justeru, Kelantan terus komited serta optimis dengan dasar Membangun Bersama Islam dalam mengemudi bahtera pentadbiran kerajaan negeri yang sudah terbukti keberhasilannya. Marilah kita rapatkan saf untuk mengukuhkan kesatuan ummah dan setiap rakyat perlu memainkan peranan masing-masing berkhidmat untuk agama, bangsa dan tanah air.

Mudah-mudahan tahun 2026 membawa nafas yang semakin segar bagi merealisasikan ‘hayatan toyyibah’ atau kehidupan yang baik sama ada kehidupan di dunia mahu pun di akhirat. Marilah kita bersama-sama berdoa agar negeri Serambi Mekah ini terus dikurniakan keberkatan, keamanan dan kemakmuran.

Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Hj. Mohd Nassuruddin bin Hj. Daud,
Menteri Besar Kelantan

11 Rejab 1447H bersamaan 1 Januari 2026M (Khamis)

01/01/2026

Address

PT 1422 & 1423, Bandar Baru Tunjong, Jalan Kuala Krai
Kota Bharu
16010

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perbadanan Bandar Baru Tunjong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share