10/11/2026
๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐*
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐, ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ (๐๐๐๐๐๐) - Pejabat Tanah dan Galian Johor telah mengadakan satu sesi libat urus bersama pihak pemain industri seperti REHDA dan PEJUTA bagi mendapatkan pandangan dan maklum balas berhubung cadangan pindaan kadar premium tambahan dan bayaran pejabat di bawah Kaedah-Kaedah Tanah Johor 1966.
Justifikasi kepada pindaan kadar premium tambahan ini berlandaskan kepada indikator berikut:
1. Kadar semasa tidak relevan dengan ekonomi dan kos operasi semasa. 22 tahun tanpa semakan menyeluruh dan semakan terakhir adalah pada tahun 2004.
2. Skop lebih berfokus kerana hanya melibatkan 2 kategori iaitu industri dan komersial bagi permohonan SBKS dan ubah syarat nyata tanah.
3. Menyokong pertumbuhan ekonomi baharu terutamanya bagi kawasan JS-SEZ.
4. Kadar selaras pasaran.
Secara keseluruhannya, pihak REHDA dan PEJUTA menyambut baik prinsip cadangan pindaan.
Adalah menjadi harapan Pentadbiran Tanah Johor supaya sesi ini dapat memberikan pemahaman dan penjelasan terperinci kepada pihak pemain industri sekaligus dapat menyokong hasil negeri dan memberi manfaat yang besar kepada rakyat, selaras dengan hala tuju Kerajaan Negeri.