Wanita GRS Sabah

Wanita GRS Sabah Page untuk perkongsian maklumat dan perkembangan semasa Pergerakan Wanita GRS Sabah

Majlis Malam Penghargaan Kepada 74 Ketua-Ketua Wanita Gagasan Rakyat Sabah.   ​Majlis dirasmikan oleh YBhg. Datuk Seri P...
23/10/2026

Majlis Malam Penghargaan Kepada 74 Ketua-Ketua Wanita Gagasan Rakyat Sabah.

​Majlis dirasmikan oleh YBhg. Datuk Seri Panglima Hjh Azizah binti DSP Hj Mohd. Dun.

Terima kasih atas sokongan, dorongan, dan penghargaan yang diberikan kepada kepimpinan wanita.

​Semoga persaudaraan dan semangat perjuangan Wanita Gagasan Rakyat Sabah terus kukuh dan berkesa bersama! ❤️✨

​📍 Dewan Kinabatangan III, SICC Kota Kinabalu

𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐆𝐑𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐉𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐃𝐈 𝐁𝐄𝐀𝐔𝐅𝐎𝐑𝐓𝐉𝐮𝐦𝐚𝐚𝐭 | 𝟐𝟑 𝐎𝐤𝐭𝐨𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟔Sekitar suasana perjumpaan jentera Wanita Gabun...
22/10/2026

𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐆𝐑𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐉𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐃𝐈 𝐁𝐄𝐀𝐔𝐅𝐎𝐑𝐓
𝐉𝐮𝐦𝐚𝐚𝐭 | 𝟐𝟑 𝐎𝐤𝐭𝐨𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟔

Sekitar suasana perjumpaan jentera Wanita Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi Parlimen Sipitang, Beaufort dan Kimanis bersama Ketua Wanita GRS Negeri Sabah, YBhg. Datuk Seri Panglima Hajah Azizah Mohd Dun, yang berlangsung di The Gem Hotel, Beaufort, Rabu lalu.

Pertemuan ini menjadi ruang untuk mengeratkan silaturahim, memperkukuh kerjasama serta menyemarakkan semangat kebersamaan dalam kalangan jentera Wanita GRS — asas penting bagi memperkukuh gerak kerja di peringkat akar umbi.

Turut hadir Timbalan Ketua Wanita GRS merangkap Ketua Wanita PCS, Simi Linggom; Setiausaha Wanita GRS, Salmah Sait; Penolong Bendahari Wanita GRS, Datuk Surinam Sadikun; Ketua Penerangan Wanita GRS, Datin Atin Belynda Buntot; serta Timbalan Ketua Penerangan Wanita GRS, Julia ABT.

WANITA UNITED, SABAH FORWARD!

𝐏𝐞𝐫𝐩𝐚𝐝𝐮𝐚𝐧 𝐏𝐚𝐫𝐭𝐢 𝐭𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐬𝐮𝐚𝐫𝐚 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐩𝐞𝐫𝐣𝐮𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐌𝐀𝟔𝟑
22/10/2026

𝐏𝐞𝐫𝐩𝐚𝐝𝐮𝐚𝐧 𝐏𝐚𝐫𝐭𝐢 𝐭𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐬𝐮𝐚𝐫𝐚 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐩𝐞𝐫𝐣𝐮𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐌𝐀𝟔𝟑

Gabungan Rakyat Sabah - KOTA KINABALU: Kerjasama dan kesepakatan antara parti-parti tempatan di Sabah perlu terus diperkukuh bagi memastikan agenda

𝐏𝐞𝐫𝐩𝐚𝐝𝐮𝐚𝐧 𝐏𝐚𝐫𝐭𝐢 𝐭𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐭𝐢𝐧𝐠 𝐩𝐞𝐫𝐣𝐮𝐚𝐧𝐠 𝐡𝐚𝐤 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡 :𝐀𝐳𝐢𝐳𝐚𝐡
22/10/2026

𝐏𝐞𝐫𝐩𝐚𝐝𝐮𝐚𝐧 𝐏𝐚𝐫𝐭𝐢 𝐭𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐭𝐢𝐧𝐠 𝐩𝐞𝐫𝐣𝐮𝐚𝐧𝐠 𝐡𝐚𝐤 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡 :𝐀𝐳𝐢𝐳𝐚𝐡

Sabah Baru News - Azizah turut mengingatkan kepimpinan serta ahli parti supaya mengetepikan kepentingan peribadi dan perbezaan pandangan

𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐔𝐏𝐊𝐎 𝐊𝐄 𝐈𝐃𝐒 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 | 𝟐𝟐 𝐎𝐊𝐓𝐎𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔Ketua Pergerakan Wanita UPKO Malaysia, Puan Mohina Ronnie Sid...
22/10/2026

𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐔𝐏𝐊𝐎 𝐊𝐄 𝐈𝐃𝐒 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 | 𝟐𝟐 𝐎𝐊𝐓𝐎𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔

Ketua Pergerakan Wanita UPKO Malaysia, Puan Mohina Ronnie Sidom, bersama Exco Wanita UPKO telah mengadakan kunjungan hormat kepada Datuk Seri Panglima Hajah Azizah Mohd Dun, Pengerusi IDS Sabah merangkap Ketua Wanita GRS.
Kunjungan ini bertujuan mengeratkan silaturahim, bertukar pandangan dan memperkukuh kerjasama antara kepimpinan wanita demi pembangunan dan masa depan Sabah.

Wanita UPKO komited untuk terus memperkukuh perpaduan dan memperkasakan peranan wanita dalam membina Sabah yang lebih sejahtera.

https://www.facebook.com/share/p/19V9hCm877/

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐓𝐀𝐍𝐆 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐔𝐏𝐊𝐎 𝐊𝐡𝐚𝐦𝐢𝐬 | 𝟐𝟐 𝐎𝐤𝐭𝐨𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟔Pengerusi Institut Kajian Pembangunan (IDS) Sabah merangkap Ketua Wan...
22/10/2026

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐓𝐀𝐍𝐆 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐔𝐏𝐊𝐎

𝐊𝐡𝐚𝐦𝐢𝐬 | 𝟐𝟐 𝐎𝐤𝐭𝐨𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟔

Pengerusi Institut Kajian Pembangunan (IDS) Sabah merangkap Ketua Wanita Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Panglima Hajah Azizah Mohd Dun, hari ini menerima kunjungan hormat delegasi Wanita Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) yang diketuai Ketua Pergerakan Wanita UPKO, Puan Mohina Ronnie Sidom, bersama 13 wakil Wanita UPKO.

Pertemuan dalam suasana mesra itu bertujuan mengeratkan silaturahim, bertukar pandangan mengenai isu semasa, serta memperkukuh hubungan dan kerjasama antara kepimpinan wanita.

Untuk rekod, UPKO secara rasmi diterima sebagai parti komponen GRS pada 18 Jun 2026 — sekali gus memperluas semangat kebersamaan dalam gabungan berkenaan.

Semoga kunjungan ini menjadi titik permulaan kepada kerjasama yang lebih erat, memperkukuh perpaduan serta memperkasakan peranan wanita dalam pembangunan dan masa depan Sabah.

WANITA UNITED, SABAH FORWARD!

22/10/2026

Kunjungan Hormat daripada Exco Pergerakan Wanita UPKO kepada Ketua Wanita GRS, Ybhg DSP Hajah Azizah binti DSP Mohd Dun.

Kunjungan diketuai oleh Ketua Pergerakan Wanita UPKO, Puan Mohina Sidom.

Semoga Kunjungan ini memulakan lembaran baru yang positif kepada semua 👍

21/10/2026

Address

Somewhere In Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
88450

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Wanita GRS Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share