08/10/2026
๐๐๐ซ๐ ๐ ๐
๐๐๐ ๐๐๐ซ๐จ๐ค๐ ๐๐ฎ๐ฆ๐๐๐ซ ๐๐๐ค๐ฅ๐ฎ๐ฆ๐๐ญ ๐๐๐ง๐๐ซ๐ฎ๐ฌ๐ข ๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐๐ฆ ๐๐ข๐๐ซ๐๐ซ๐ฒ@๐
๐๐๐ฎ๐ฅ๐ญ๐ฒ
KOTA KINABALU, 2 Oktober 2026, Seramai 30 orang pensyarah dan kakitangan Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP), Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah menyertai Program Library@Faculty yang dilaksanakan oleh Jabatan Perpustakaan UMS.
Program ini telah membuka ruang kepada warga FPEP untuk mendapatkan maklumat secara langsung mengenai pelbagai sumber dan perkhidmatan perpustakaan yang boleh dimanfaatkan dalam tugasan akademik serta penyelidikan.
Antara pengisian program ialah taklimat SMPPPI kepada para pensyarah, diikuti sesi konsultasi secara terus melalui kaunter perkhidmatan perpustakaan. Sesi tersebut membolehkan peserta mendapatkan panduan berkaitan pencarian maklumat, penggunaan pangkalan data elektronik dan e-Resources, akses koleksi perpustakaan serta Turnitin.
Selain itu, pihak perpustakaan turut memberikan penerangan berkaitan PAP/PPD, akaun pengguna, keahlian perpustakaan dan beberapa perkhidmatan lain yang disediakan kepada warga UMS.
Interaksi secara bersemuka ini telah memberi peluang kepada peserta untuk mengemukakan pertanyaan berdasarkan keperluan masing-masing serta mendapatkan panduan secara lebih khusus daripada petugas perpustakaan.