30/10/2026
𝐌𝐢𝐧𝐢 𝐓𝐞𝐚𝐭𝐞𝐫 𝐒𝐓𝐄𝐌 𝐒𝐚𝐫𝐚𝐰𝐚𝐤 𝐝𝐚𝐧 𝐏𝐚𝐦𝐞𝐫𝐚𝐧 𝐒𝐓𝐄𝐌
Pada 26 hingga 27 Oktober 2026 lepas, acara Mini Teater STEM Sarawak beserta Pameran STEM telah berlangsung dengan penuh kemeriahan bertempat di Perpustakaan Tun Abdul Rahman Ya'kub (PeTARY) UNIMAS.
Lokasi ruang fasiliti PeTARY yang kondusif telah di pilih untuk mempamerkan pelbagai pameran interaktif, inovasi kreatif dan pembentangan menarik bagi memupuk minat generasi muda terhadap dunia Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
Dari pameran teknologi terkini hinggalah ke eksperimen sains yang mengujakan, penganjuran acara dua hari ini nyata berjaya membuka minda para pengunjung, sekaligus membuktikan komitmen berterusan PeTARY dalam menyokong serta memperkasakan ekosistem pendidikan komuniti.
Foto dari : UKK PeTARY