PDRM - Batalion 18 Pasukan Gerakan Am

  • Home
  • PDRM - Batalion 18 Pasukan Gerakan Am
Call

PDRM - Batalion 18 Pasukan Gerakan Am "Home of the Fighting People"

PERHIMPUNAN BULANAN BATALION 18 PGA SEPTEMBER 2026PENGKALAN HULU, 07 Sept 2026 (Isnin) Perhimpunan Bulanan peringkat Bat...
07/09/2026

PERHIMPUNAN BULANAN BATALION 18 PGA SEPTEMBER 2026

PENGKALAN HULU, 07 Sept 2026 (Isnin) Perhimpunan Bulanan peringkat Batalion 18 PGA telah diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Pengaman Bn 18 PGA. Perhimpunan ini telah disempurnakan oleh YDH Supt. Raja Hafiz Bin Raja Razak, Pegawai Pemerintah Bn 18 PGA.

Dalam ucapan yang disampaikan oleh YDH Pegawai Pemerintah Bn 18 PGA, mengarahkan semua Pegawai Kanan, Anggota dan Pegawai Awam mengamalkan nilai integriti, disiplin, profesionalisme dan keberanian dalam tindakan. Semua warga kerja diberi peringatan keras supaya tidak terlibat dengan aktiviti penyalahgunaan dadah, bahan terlarang, perjudian dan rasuah.

Selain itu, YDH Pegawai Pemerintah Bn 18 PGA turut menekankan aspek
memperketatkan keselamatan kawasan kem dan segala arahan berkaitan keselamatan pengkalan yang sedang berkuatkuasa dan pergerakan pelawat hendaklah direkodkan dan diperiksa mengikut prosedur yang ditetapkan.

Sehubungan itu, YDH Pegawai Pemerintah Bn 18 PGA telah menyampaikan arahan YDH Pengarah Jabatan KDNKA supaya LDP diadakan semasa kelepasan gerakan dijalankan. Perlaksanaan LDP secara berkala amat penting bagi memastikan setiap warga pasukan sentiasa mempunyai pengetahuan, kemahiran serta kompetensi yang diperlukan.

Akhir ucapan, YDH Pegawai Pemerintah Bn 18 PGA mengarahkan semua Pegawai Kanan dan anggota melaksanakan fitik perdana di kawasan masing-masing bagi menjaga kebersihan persekitaran pengkalan Bn 18 PGA.

Seterusnya, YDH Pegawai Pemerintah Bn 18 PGA menyempurnakan sesi penyampaian sijil penghargaan kepada Pegawai Kanan, Anggota, Pegawai Awam dan Biro PERKEP yang menunjukkan kecemerlangan prestasi semasa.

Syabas & Tahniah bagi penerimaan sijil.

03/09/2026

LAWATAN RASMI YDH KOMANDER BRIGED UTARA PGA KE BATALION 18 PGA
‎
‎Pada 10 Ogos 2026, Batalion 18 Pasukan Gerakan Am telah menerima Lawatan Rasmi YDH SAC Balveer Singh A/L Mahindar Singh, Komander Briged Utara PGA. Majlis ini turut dihadiri oleh ‎YDH Supt. Raja Hafiz Bin Raja Razak, Pegawai Pemerintah Batalion 18 PGA, YDH DSP Ramesh A/L K.Krishnan, Penolong Pegawai Pemerintah Batalion 18 PGA, YDH DSP Mohd Nor Khairi Bin Md Dali, Pegawai Turus Gerakan & Risik Briged Utara PGA, Insp Amirul Aizad Bin Hassan Basri, Pegawai Operasi Briged Utara, Seluruh Pegawai Kanan, Pegawai Rendah Polis, Pegawai Awam dan PERKEP Batalion 18 PGA.
‎
‎Lawatan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara kepimpinan tertinggi Briged Utara bersama warga kerja Bn 18 PGA di samping menzahirkan komitmen berterusan pasukan dalam memastikan kesiapsiagaan, tadbir urus serta kebajikan anggota sentiasa berada pada tahap terbaik. Seterusnya, penyampaian amanat ‎oleh YDH Komander Briged Utara PGA.

Sebagai tanda penghargaan terhadap kecemerlangan perkhidmatan warga pasukan, YDH Komander Briged Utara PGA telah menyempurnakan penyampaian Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2025 dan Sijil Penghargaan kepada Pegawai Kanan, Anggota, Pegawai Awam dan PERKEP yang menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang tahun.

YDH Komander Briged Utara PGA telah menyempurnakan acara gimik penanaman pokok manggis sebagai simbolik legasi kepimpinan yang ikonik di Briged Utara. Seterusnya diakhiri dengan sesi Road Lining bersalaman bersama Pegawai Kanan dan Anggota Batalion 18 PGA dan disempurnakan dengan sesi tabik hormat dari Pegawai Kanan Batalion 18 PGA. Sedikit gimik letupan telah dijalankan sebelum YDH Komander Briged Utara PGA menerima hormat dari Guard Turn Out.

29/07/2026
MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS OP TARING WAWASAN KEDAH/PERLIS DAN SUMBANGAN KUIH HARI RAYA AIDILFITRI
16/03/2026

MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS OP TARING WAWASAN KEDAH/PERLIS DAN SUMBANGAN KUIH HARI RAYA AIDILFITRI

03/01/2026
LAWATAN KERJA YDH KOMANDER BRIGED UTARA KE BATALION 18 PGAPENGKALAN HULU, 2 JANUARI 2026 - Program lawatan kerja oleh YD...
03/01/2026

LAWATAN KERJA YDH KOMANDER BRIGED UTARA KE BATALION 18 PGA

PENGKALAN HULU, 2 JANUARI 2026 - Program lawatan kerja oleh YDH SAC Balveer Singh A/L Mahindar Singh, Komander Briged Utara ke Batalion 18 PGA telah diadakan bermula dengan sesi menandatangani Buku Lawatan di Mes Pegawai Kanan diiringi oleh Supt. Raja Hafiz Bin Raja Razak, Pegawai Pemerintah Bn 18 PGA.

Seterusnya, YDH Komander Briged Utara menerima tabik hormat oleh Kawalan Kehormatan Bn 18 PGA dan melakukan pemeriksaan baris.
Dalam majlis tersebut, YDH Komander Briged Utara menyempurnakan sesi pemakaian Beret Maroon Senoi Praaq dan telah menyampaikan ucapan dan amanat.

YDH Komander Briged Utara telah menggariskan fokus bagi tahun 2026 merangkumi perkara seperti berikut :-

Fokus yang pertama adalah pengukuhan pengoperasian.
Elemen operasi perlu diperkukuhkan dengan pengurusan maklumat risikan yang boleh dipercayai, berkesan dan menghasilkan keberhasilan yang tinggi.

Fokus yang kedua adalah berkaitan pemantapan integriti.
Pemantapan integriti melibatkan pengukuhan disiplin sepanjang menjalankan operasi dengan tidak melibatkan salah laku dan isu rasuah.

Fokus yang ketiga melibatkan elemen kebajikan.
Kebajikan tidak terhad kepada cuti dan pergerakan luar daerah malah skop yang lebih luas seperti kenaikan pangkat, penerimaan gaji yang setara dengan pangkat dan tadbir urus hal-hal kebajikan yang lain.

Selesai acara di Padang Kawad, YDH Komander Briged Utara dibawa ke Bilik Mesyuarat Utama untuk sesi taklimat YDH Pegawai Pemerintah Bn 18 PGA. Taklimat merangkumi sejarah penubuhan dan panji-panji Bn 18 PGA, penempatan kem Bn 18 PGA, pentadbiran, penugasan, kejayaan, aktiviti-aktiviti dan isu serta permasalahan.

Sesi lawatan kerja diakhiri dengan jamuan minum petang yang disediakan di lobi Pejabat Kem Komandan Bn 18 PGA.

YDH Supt. Raja Hafiz Bin Raja Razak, Pegawai Pemerintah BN 18 PGA mengucapkan Selamat Tahun Baru 2026 kepada semua warga...
31/12/2025

YDH Supt. Raja Hafiz Bin Raja Razak, Pegawai Pemerintah BN 18 PGA mengucapkan Selamat Tahun Baru 2026 kepada semua warga BN 18 PGA dan seluruh warga PDRM.

Address

Jalan Padang Tamat

33100

Telephone

+6044778263

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PDRM - Batalion 18 Pasukan Gerakan Am posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Want your organization to be the top-listed government service?

Share