Amanah Kuala Kangsar

Website

Amanah Kuala Kangsar PARTI AMANAH NEGARA PARLIMEN KUALA KANGSAR, PERAK

AMANAH, PEDULI , PROGRESIF

13/09/2026

Sarapan pagi warong Abah kg Pauh hilir Sayong

13/09/2026

☕ Secawan kopi mungkin nampak biasa, tetapi cerita yang dikongsi di sebaliknya kadang-kadang cukup bermakna. 🧡

Alhamdulillah, pagi ini berkesempatan sarapan di Warong Abah, Kg. Pauh Hilir, Sayong bersama Dr. Ahmad Termizi Ramli, pimpinan AMANAH Kuala Kangsar serta sahabat-sahabat setempat.

Sambil menikmati sarapan, kami bersembang santai, bertukar cerita dan berkongsi pandangan. Suasana sederhana, tetapi kemesraan itu yang paling terasa. 😊

Bagi saya, pertemuan seperti ini sangat bermakna. Dapat duduk semeja, mendengar sendiri cerita dan memahami apa yang dirasai oleh masyarakat.

Terima kasih atas sambutan dan kemesraan pagi ini. Semoga ukhuwah terus terjalin dan kita sentiasa diberi ruang untuk mendekati serta bersama masyarakat. 🤝🧡

Amanah Progresif Peduli.




11/09/2026
11/09/2026
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Malaysia MADANI.Sempena Hari Kebangsaan ke-69, marilah kita bersama...
28/08/2026

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Malaysia MADANI.

Sempena Hari Kebangsaan ke-69, marilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat patriotisme, menghargai nikmat kemerdekaan serta memperkukuhkan perpaduan rakyat Malaysia.

Kemerdekaan bukan sekadar bebas daripada penjajahan, tetapi merupakan amanah untuk kita membina sebuah negara yang adil, makmur, sejahtera dan berintegriti, demi masa depan generasi akan datang.

Marilah kita terus berganding bahu, saling menghormati dan meraikan kepelbagaian sebagai kekuatan bangsa Malaysia.

“Malaysia MADANI, Rakyat Disantuni, Negara Dihormati.”

🇲🇾 Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-69.
Malaysia Tanah Air Kita, Merdeka Selamanya!

Dr. Ahmad Termizi Ramli
Ketua Kawasan AMANAH Kuala Kangsar
Parti Amanah Negara

03/04/2026

Part 2 - Sorotan dan Suasana Jamuan Hari Raya Aidilfitri Parti Amanah Kuala Kangsar 2026. Salam Lebaran Maaf Zahir dan Batin.

Address

Kuala Kangsar

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Amanah Kuala Kangsar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share