Pergigian Daerah Lipis

Call

Pergigian Daerah Lipis Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pergigian Daerah Lipis, klinik pergigian lipis, Kuala Lipis.

🌟Infografik & Program Kesihatan Pergigian Daerah Lipis 😍

Meliputi;
1⃣KP Kuala Lipis,
2⃣KP Padang Tengku,
3⃣KP Sg Koyan,
4⃣KP Benta,
5⃣KP Merapoh,
6⃣KP Mela,
7⃣KP Bukit Betong

Tahukah anda 17 September 2026 adalah Hari Keselamatan Pesakit Sedunia dengan tema " Safe Care for Noncommunicable Disea...
17/09/2026

Tahukah anda 17 September 2026 adalah Hari Keselamatan Pesakit Sedunia dengan tema " Safe Care for Noncommunicable Diseases? "

Tema ini mengingatkan kita tentang kepentingan penjagaan yang selamat dan berkualiti dalam pengurusan penyakit yang tidak berjangkit.

Jom sama-sama membaca poster di bawah untuk tahu cara-cara kita boleh memastikan keselamatan diri anda sebagai pesakit!

PROGRAM KAMPUNG ANGKAT PERGIGIAN 2026 🏠🦷SABTU, 12 SEPTEMBER 2026 – Pasukan Pergigian Daerah Lipis telah menjalankan Prog...
15/09/2026

PROGRAM KAMPUNG ANGKAT PERGIGIAN 2026 🏠🦷

SABTU, 12 SEPTEMBER 2026 – Pasukan Pergigian Daerah Lipis telah menjalankan Program Kampung Angkat Pergigian 2026 bertempat di PPR Dahlia, Padang Tengku sebagai salah satu inisiatif mendekati komuniti dalam meningkatkan kesedaran serta tahap kesihatan pergigian masyarakat setempat.

Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan sepanjang program ini, antaranya:

🦷 Pemeriksaan kesihatan pergigian (Dental Check-up)
🏠 Lawatan ke rumah (Home Visit)
📢 Ceramah kesihatan pergigian dan kuiz pergigian
🎪 Pameran pergigian dan permainan interaktif
🧑‍⚕️ Rawatan pergigian
🎁 Cabutan bertuah

Pihak pergigian merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua penduduk PPR Dahlia, Padang Tengku atas kerjasama dan sokongan yang diberikan dalam menjayakan program ini.

Semoga usaha ini dapat terus memupuk kesedaran mengenai kepentingan penjagaan kesihatan pergigian serta membentuk komuniti yang mempunyai senyuman sihat, kehidupan yang lebih berkualiti dan sejahtera. 💙🦷

Pergigian Pahang






🦷 Hari Pergigian Kesihatan SK Merapoh 🦷10 September 2026 (Khamis) – Program Hari Pergigian Kesihatan telah berjaya dilak...
14/09/2026

🦷 Hari Pergigian Kesihatan SK Merapoh 🦷

10 September 2026 (Khamis) – Program Hari Pergigian Kesihatan telah berjaya dilaksanakan di SK Merapoh dengan pelbagai aktiviti menarik dan interaktif yang melibatkan warga sekolah.

Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran serta pengetahuan mengenai kepentingan penjagaan kesihatan mulut dan gigi dalam kalangan warga sekolah. Antara aktiviti yang telah dijalankan sepanjang program berlangsung ialah:

🦷 Ceramah Kesihatan Pergigian & Kuiz Interaktif
🦷 Pemeriksaan & Rawatan Pergigian kepada kakitangan sekolah
🦷 Explorace
🦷 Pertandingan Mewarna
🦷 Shout It Out
🦷 Pertandingan Poster

Pelbagai aktiviti yang dijalankan bukan sahaja memberi pendedahan tentang penjagaan kesihatan pergigian, malah turut menggalakkan penglibatan aktif dan pembelajaran secara menyeronokkan dalam kalangan murid.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan SK Merapoh, para guru, kakitangan sekolah serta semua murid atas kerjasama, sokongan dan komitmen yang diberikan dalam menjayakan program ini.

Semoga program seperti ini dapat terus memupuk kesedaran dan amalan penjagaan kesihatan pergigian yang baik sejak usia muda demi melahirkan generasi yang sihat dengan gigi yang sihat dan senyuman yang ceria. 🦷✨





Pergigian Pahang

‼️ MAKLUMAN‼️Untuk makluman Tuan/Puan, Klinik Pergigian Kuala Lipis sedang mengalami gangguan talian telefon kerana kerj...
11/09/2026

‼️ MAKLUMAN‼️

Untuk makluman Tuan/Puan, Klinik Pergigian Kuala Lipis sedang mengalami gangguan talian telefon kerana kerja-kerja pembaikan talian telefon sedang dilakukan oleh pihak berkenaan.

Sebarang urusan rasmi, pihak tuan/puan boleh menghubungi kami melalui alamat e-mel berikut:

📧 [email protected]

Sebarang kesulitan amat dikesali. Terima kasih.

Pergigian Pahang

✨👧🏻 Lawatan Sambil Belajar Tabika Kemas Berchang & Tabika Kemas PKD 2 ke Klinik Pergigian Kuala Lipis 👦🏻✨9 September 202...
10/09/2026

✨👧🏻 Lawatan Sambil Belajar Tabika Kemas Berchang & Tabika Kemas PKD 2 ke Klinik Pergigian Kuala Lipis 👦🏻✨

9 September 2026, Rabu - Klinik Pergigian Kuala Lipis telah menerima kunjungan daripada murid-murid Tabika Kemas Berchang & Tabika Kemas PKD 2.

Aktiviti-aktiviti menarik yang dijalankan bersama murid-murid adalah :
- ceramah kesihatan pergigian
- sukaneka
- sesi "roleplay" di mana murid-murid mendapat pengalaman menjadi doktor gigi dan pesakit di bilik rawatan

Semoga lawatan sambil belajar ini dapat memberikan pengalaman menarik dan ilmu yang bermanfaat. Sekalung penghargaan juga diucapkan kepada guru-guru tabika dalam menjayakan program ini.

Pergigian Pahang

Program Kolaborasi Oral Agama (KOA) Masjid Sultan Ahmad Shah Sungai Koyan 🕌21 Ogos 2026 (Jumaat) - Program ini telah ber...
21/08/2026

Program Kolaborasi Oral Agama (KOA) Masjid Sultan Ahmad Shah Sungai Koyan 🕌

21 Ogos 2026 (Jumaat) - Program ini telah berjaya dilaksanakan bertempat di perkarangan Masjid Sultan Ahmad Shah, Sungai Koyan. Program ini merupakan anjuran Klinik Pergigian Sungai Koyan dengan kerjasama jawatankuasa masjid bagi meningkatkan kesedaran berkenaan kesihatan mulut dalam kalangan masyarakat setempat. Pelbagai aktiviti menarik telah dilaksanakan sepanjang program berlangsung:

🦷 Ceramah Kesihatan Pergigian
🦷 Pameran Kesihatan Pergigian
🦷 Permainan Interaktif
🦷 Pemeriksaan & Rawatan Pergigian

Program ini juga turut dijayakan dengan kehadiran Ikon Gigi KP Sungai Koyan, IGG Kamalia binti Ahmad.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan Masjid Sultan Ahmad Shah, para petugas, serta seluruh penduduk Sungai Koyan yang hadir memberi sokongan dan menjayakan program ini.

Semoga usaha murni ini dapat memupuk kesedaran penjagaan kesihatan pergigian yang berterusan demi kesejahteraan masyarakat.





Pergigian Pahang

🏞️ Trip Air Terjun Pelangi, Sungai Lembing, Kuantan 🌿Kelab Kebajikan dan Rekreasi Pergigian Daerah Lipis telah menganjur...
18/08/2026

🏞️ Trip Air Terjun Pelangi, Sungai Lembing, Kuantan 🌿

Kelab Kebajikan dan Rekreasi Pergigian Daerah Lipis telah menganjurkan program rekreasi ke Air Terjun Pelangi, Sungai Lembing, Kuantan pada 15 Ogos 2026.

Program dimulakan seawal 6.30 pagi dengan perjalanan menaiki kenderaan 4x4 menuju ke Bukit Sunrise, sebelum meneruskan aktiviti trekking dan hiking sejauh kira-kira 1.2 km menuju ke Air Terjun Pelangi. 🥾🌿

Setibanya di destinasi, para peserta berpeluang menikmati keindahan alam semula jadi, bermain air, bergambar bersama sambil mengeratkan silaturahim antara warga pergigian lipis.

Program ini bukan sahaja memberi peluang untuk berehat dan menghilangkan tekanan daripada rutin kerja, malah turut menjadi platform untuk memupuk semangat kekitaan dan menggalakkan gaya hidup aktif dalam kalangan warga Pergigian Daerah Lipis.

Terima kasih kepada semua yang telah menyertai dan menjayakan program ini. 💚

✨ Bersama kita aktif, sihat dan ceria! ✨

Pergigian Pahang




17/08/2026

🦷 FAKTA FLUORIDA

Tahukah anda? Enamel gigi boleh kehilangan mineral apabila terdedah kepada serangan asid, terutamanya selepas pengambilan makanan dan minuman bergula.

Fluorida membantu menguatkan semula enamel gigi serta menjadikannya lebih tahan terhadap serangan asid. Untuk perlindungan harian, berus gigi dua kali sehari menggunakan ubat gigi berfluorida. Bekalan air berfluorida juga membantu memberikan perlindungan secara berterusan kepada seluruh masyarakat.

Fluorida melindungi, senyuman lebih terpelihara. 💚

#6020

🦷 Hari Kesihatan Pergigian Brighten The Smile SK Batu Yon 2026 🦷13 Ogos 2026, Khamis - Program ini telah berjaya dilaksa...
14/08/2026

🦷 Hari Kesihatan Pergigian Brighten The Smile SK Batu Yon 2026 🦷

13 Ogos 2026, Khamis - Program ini telah berjaya dilaksanakan dengan anjuran Klinik Pergigian Sungai Koyan, melibatkan para pelajar SK Batu Yon, Kuala Lipis.

Sepanjang program berlangsung, pelbagai aktiviti menarik dan bermanfaat telah dijalankan, antaranya:

✨ Pemanasan badan dan Ice Breaking
✨ Ceramah kesihatan pergigian
✨ Latihan memberus gigi
✨ Pertandingan mewarna
✨ Pertandingan teka silang kata
✨ Pertandingan video demo memberus gigi
✨ Pameran kesihatan pergigian
✨ Permainan interaktif bertemakan pergigian

Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan pergigian sejak usia muda di samping menggalakkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada guru-guru, para pelajar serta semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semoga usaha ini memberi manfaat berterusan kepada semua peserta.




Pergigian Pahang

PROGRAM KEMBARA LESTARI ANJURAN UMPSA DI PANTOS📍🩺🦷29 Julai & 2 Ogos 2026 - Pihak PKPD Lipis telah memenuhi jemputan dari...
14/08/2026

PROGRAM KEMBARA LESTARI ANJURAN UMPSA DI PANTOS📍🩺🦷

29 Julai & 2 Ogos 2026 - Pihak PKPD Lipis telah memenuhi jemputan daripada Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) bagi menjayakan Program Kembara Lestari bersama penduduk Kampung Pantos yang dilangsungkan di Dewan KOA Pantos, Pos Lanai.

Antara aktiviti pergigian yang telah dijalankan ialah

29 Ogos 2026 (Rabu)
- Latihan memberus gigi bersama pelajar pra-sekolah SK Lanai

2 Ogos 2026 (Ahad)
- Pemeriksaan dan nasihat kesihatan pergigian kepada orang kampung
- ⁠Pameran berkenaan kesihatan pergigian dan mulut
- ⁠Permainan interaktif bertemakan pergigian

Terima kasih diucapkan kepada pihak UMPSA di atas jemputan untuk turut serta dalam menjayakan program ini. Semoga program ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada penduduk Orang Asli Kampung Pantos ✨





Pergigian Pahang

Address

Klinik Pergigian Lipis
Kuala Lipis
27200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6093123919

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pergigian Daerah Lipis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share