JKPD AADK DANG WANGI

JKPD AADK DANG WANGI

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from JKPD AADK DANG WANGI, Social service, Kompleks Pejabat Kerajaan Bukit Perdana, Tingkat 4, Blok C, Jalan Dato' Onn,, .

Photos from JKPD AADK DANG WANGI's post 18/03/2025

Alhamdulillah Syukur..

Program Berbuka Puasa JKPD Parlimen Titiwangsa telahpun diadakan dengan jayanya pada 17 Mac 2025 di Sekolah SK Hang Tuah 1 Kuala Lumpur.

Terima kasih pada semua klien-klien yang hadir program ini.

Terima kasih pada pihak Sekolah terutamanya kepada Tuan Guru Besar yang membenarkan pihak kami menggunakan dewan dan kantin sekolah sebagai lokasi program.

Terima kasih pada para Pegawai AADK DW yang diketuai oleh Ketua Daerah En Aiman atas komitmen dan kerjasama erat bersama JKPD.

Terima kasih pada seluruh ahli JKPD yang sentiasa bersemangat untuk menyantuni para klien yang memerlukan khidmat sukarelawan kita dalam usaha kepulihan klien.

Terima kasih juga pada Pejabat Perdana Menteri yang memberikan sumbangan buah kurma pada tetamu dan klien yang hadir.

InsyaAllah kita akan teruskan lagi dengan pelbagai program-program yang memberikan manfaat kepada klien.

Terima kasih warga JKPD dan AADK DW.

Photos from JKPD AADK DANG WANGI's post 04/11/2024

Alhamdulillah pengerusi JKPD Parlimen Titiwangsa hadir sesi pemantapan Jawatankuasa Pemulihan Dadah (JKPD), PRS dan Mentor Kepulihan AADK Wilayah Persekutuan di Bagan Lalang pada cuti Deepavali yang lalu.

Korbankan cuti untuk bersama keluarga demi bersama-sama dengan AADK untuk memantapkan lagi gerak kerja membantu mereka yang dalam kepulihan daripada akibat dadah.

Dalam program yang sama juga saya selaku pengerusi JKPD Parlimen Titiwangsa diberikan watikah lantikan baru oleh Puan Siti Mariam Pengarah Rawatan, Perubatan & Pemulihan Agensi Antidadah Kebangsaan diiringi oleh Pengarah AADK Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Saya menyeru agar masyarakat lebih cakna dan boleh membantu AADK untuk memantau komuniti kita agar anak-anak kita bebas daripada oengaruh dadah yang akan merosakkan masa depan mereka.

InsyaAllah saya tidak akan berputus asa dalam membantu AADK merialisasikan hasrat agar dadah dapat dikawal menjelang 2025 nanti.

Program ini juga dihadiri oleh pegawai SPRM Wilayah Persekutuan yang memberikan penerangan berkenaan dengan gejala rasuah dan punca rasuah, penerangan yang baik dan boleh diambil ikthibar agar kita juga tidak terlibat dengan rasuah dan salah guna kuasa.

Terima kasih semua yang terlibat dalam program ini tempoh hari.

Hafiz Nafiah
Pengerusi JKPD Parlimen Titiwangsa

Photos from JKPD AADK DANG WANGI's post 19/10/2024

Pengerusi JKPD Titiwangsa Saudara Hafiz Nafiah mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Daerah AADK Dang Wangi yang baharu Tuan Aiman dan ditemani oleh Puan Fiza di Pejabat AADK Daerah Dang Wangi baru-baru ini.

InsyaAllah segala hasil perbincangan akan kita laksanakan bersama seluruh warga JKPD bagi memastikan semua klien-klien AADK Dang Wangi menjalani proses pemulihan dengan baik dan teratur.

Besar harapan saya agar JKPD ini terus bergerak secara aktif dan teratur bagi mencapai matlamat yang digariskan.

Sekalung tahniah buat Ketua Daerah yang baharu dan selamat menjalankan tugas dengan sebaik mungkin.

Hafiz Nafiah
Pengerusi JKPD Titiwangsa

Photos from JKPD AADK DANG WANGI's post 07/09/2024

Pagi tadi hadir program Merdeka dan Hari Malaysia AADK Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Meriah program dengan pelbagai acara.

Moga beri manfaat pada semua klien-klien AADK Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

InsyaAllah banyak lagi program yang dirancang di peringkat daerah Dang Wangi.

Selaku Pengerusi JKPD Dang Wangi saya tekankan supaya perbanyakan program walaupun program itu kecil supaya kita dapat membantu klien-klien kita agar mereka mempunyai aktiviti yang bermanfaat.

Tahniah semua.

Photos from JKPD AADK DANG WANGI's post 15/07/2024

Selesai program badminton bersama klien-klien JKPD Dang Wangi baru-baru ni.

Program yang simple tapi berimpak tinggi mampu mengisi ruang masa klien-klien untuk melakukan aktiviti sihat.

JKPD Dang Wangi amat berterima kasih kepada semua klien yang terlibat dengan komitmen yang tinggi.

InsyaAllah banyak lagi program yang dirancang untuk klien-klien dibawah AADK Dang Wangi.

Sekalung tahniah juga pada semua kakitangan AADK Dang Wangi dan JKPD Dang Wangi yang menjayakan program ini.

JKPD dan AADK sentiasa bersedia untuk membantu mereka yang terlibat dengan dadah untuk kepulihan.

Jauhi dadah kerana dadah adalah perosak anak bangsa.

AADK Wilayah Persekutuan Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia

13/04/2024

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin kepada semua sahabat FB kami..

Photos from JKPD AADK DANG WANGI's post 27/03/2024

Pengerusi JKPD Dang Wangi En. Hafiz Nafiah hadir program Kelompok Sokongan Kepulihan Keluarga di EDC Hotel Kuala Lumpur bagi sama-sama menyokong klien-klien yang akan tamat program RPDK di daerah.

Semoga terus istiqamah dalam kepulihan daripada najis dadah.

InsyaAllah kami di JKPD akan sentiasa ada untuk mereka yang memerlukan.

Selamat Berbuka Puasa..

Photos from JKPD AADK DANG WANGI's post 25/03/2024

Assalammualaikum dan Salam Ramadhan..

Alhamdulillah selesai Majlis Buka Puasa JKPD Dang Wangi.

Majlis diadakan di SK Hang Tuah dengan meriah dimulakan dengan sedikit tazkirah Ramadhan oleh ustaz jemputan di ikuti dengan perkongsian pengalaman oleh beberapa orang klien sebelum berbuka puasa dan solat Maghrib berjemaah.

Usai solat Maghrib kami makan bersama-sama JKPD, Pegawai AADK Dang Wangi dan klien.

Klien juga diberikan sedikit sumbangan bakul makanan untuk mereka.

Selaku Pengerusi JKPD Dang Wangi saya sangat bangga dengan segala usaha serta komitmen JKPD dan AADK Dang Wangi untuk terus bersama dengan klien dalam usaha pemulihan yang sedang mereka jalani.

Besar harapan saya agar semua klien-klien ini terus istiqamah dalam proses pemulihan ini dan terus menjauhkan diri daripada terlibat dengan dadah.

Alhamdulillah program berjalan dengan lancar atas izin Allah.

InsyaAllah kita akan terus dengan pelbagai lagi program kepulihan dan menyantuni klien-klien dari masa ke semasa.

Terima kasih semua yang terlibat menjayakan program buka puasa pada kali ini

Photos from JKPD AADK DANG WANGI's post 22/02/2024

Alhamdulillah selesai mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pemulihan Dadah Parlimen Titiwangsa malam tadi.

Pelbagai inisiatif dan program dirancang bagi tahun 2024 ini.

Kita kekal setia terus membantu mereka yang terlibat dengan dadah untuk pulih.

Terima kasih semua JKPD Parlimen Titiwangsa yang hadir.

Terima kasih yang bawak makanan, semua sedap-sedap.

JKPD AADK DANG WANGI

Photos from JKPD AADK DANG WANGI's post 30/03/2023

Alhamdulilah selesai mesyuarat Pengerusi-Pengerusi JKPD Wilayah Persekutuan yang dipengerusikan oleh Pengarah AADK Wilayah Persekutuan.

Mesyuarat penting ini adalah untuk penstrukturan dan memantapkan lagi peranan JKPD dalam memainkan peranan sebagai salah satu cabang membantu client-client dalam proses pemulihan.

JKPD juga akan diperluaskan lagi mengikut Parlimen dan ia akan menjadikan JKPD itu lebih kuat dikalangan komuniti setempat serta penglibatan Ahli Parlimen itu sendiri.

JKPD juga akan diberi peranan lebih besar dalam rang undang-undang yang bakal dibentangkan dan diluluskan di Parlimen menjelang sebelum hujung tahun ini, Alhamdulilah ini adalah satu inisiatif yang baik oleh pihak Kerajaan.

Sekiranya anda mempunyai maklumat atau masalah dengan penyalahgunaan dadah boleh terus hubungi hotline AADK 03-89112233 / 019-6262233

Lebih baik cegah dan tak perlu stim guys..!!

Terima kasih

Hafiz Nafiah
Pengerusi JKPD Dang Wangi.
30 Mac 2023 | 8 Ramadhan 1444H

01/01/2023

SELAMAT TAHUN BARU 2023 KEPADA SEMUA FOLLOWERS JKPD DANG WANGI YANG KAMI KASIHI..

Want your business to be the top-listed Government Service?

Culinary Team

Attire

Telephone