30/05/2026
Bahagian Gerakan JKDNKA Bukit Aman merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan selamat bersara kepada SM Rusita Binti Said berkuat kuasa 31 Mei 2026.
Terima kasih atas jasa dan pengorbanan sepanjang perkhidmatan. Warga Gerakan mendoakan agar sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan serta kesejahteraan dalam fasa kehidupan yang baharu.
Salam perpisahan dan selamat bersara.
26/05/2026
Salam Aidiladha 1447H 🌙
Warga Gerakan Jabatan KDNKA mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam.
Semoga semangat pengorbanan dan keikhlasan terus menyatukan kita dalam keberkatan dan keharmonian.
22/05/2026
MAJLIS PENUTUPAN KURSUS MASTER OF TRAINER (MOT) NEXT GENERATION MERS 999 SIRI 2/2026.
Maktab Teknik PDRM Bakri, Muar, Johor 22 Mei 2026 - Bahagian Gerakan JKDNKA Bukit Aman telah melaksanakan Kursus Master of Trainer (MOT) Next Generation MERS 999 Siri 2/2026 bermula pada 18 hingga 22 Mei 2026 bertempat di Maktab Teknik PDRM Bakri, Muar, Johor.
Kursus ini melibatkan seramai 30 peserta terdiri daripada 3 Pegawai Kanan Polis dan 27 Pegawai Rendah Polis yang merupakan petugas Pusat Kawalan Kontinjen (CCC) dan Pusat Kawalan Daerah (DCC) dari seluruh kontinjen Semenanjung Malaysia.
Majlis penutupan kursus telah disempurnakan oleh DSP Mohd Hairuddin Bin Mohd Raya, Ketua Pengajian Teknologi Maklumat, Maktab Teknik PDRM Bakri.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan kursus ini.
19/05/2026
Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun Gerakan JKDNKA
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga Bahagian Gerakan JKDNKA, Baik di Daerah / Kontinjen mahupun di Ibu pejabat atas komitmen, dedikasi dan pengorbanan dalam memastikan keselamatan dalam negeri serta ketenteraman awam negara sentiasa terpelihara.
Semoga Bahagian Gerakan JKDNKA terus unggul, berintegriti dan sentiasa bersedia mendepani setiap cabaran demi kedaulatan negara.
Dedikasi • Integriti • Kesiapsiagaan
15/05/2026
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YDH CP Dato’ Sri Mohd Yusri Bin Haji Hassan Basri atas pelantikan sebagai Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA), Polis Diraja Malaysia.
Semoga YDH CP Dato’ Sri terus diberikan kesihatan, kekuatan dan kebijaksanaan dalam menerajui JKDNKA ke arah kecemerlangan yang berterusan demi keselamatan dalam negeri dan ketenteraman awam negara.
Ikhlas daripada seluruh warga Bahagian Gerakan JKDNKA, Bukit Aman.
08/05/2026
MAJLIS PENUTUPAN KURSUS MASTER OF TRAINER (MOT) NEXT GENERATION MERS 999 SIRI 1/2026.
Maktab Teknik PDRM Bakri, Muar, Johor 18 Mei 2026 - Bahagian Gerakan JKDNKA Bukit Aman telah melaksanakan Kursus Master of Trainer (MOT) Next Generation MERS 999 Siri 1/2026 bermula pada 4 hingga 8 Mei 2026 bertempat di Maktab Teknik PDRM Bakri, Muar, Johor.
Kursus ini melibatkan seramai 30 peserta terdiri daripada 7 Pegawai Kanan Polis dan 23 Pegawai Rendah Polis yang merupakan petugas Pusat Kawalan Kontinjen (CCC) dan Pusat Kawalan Daerah (DCC) dari seluruh kontijen Semenanjung Malaysia.
Sepanjang kursus berlangsung, para peserta telah didedahkan dengan modul-modul berkaitan pengoperasian Sistem Next Generation MERS 999 meliputi Computer Aided Dispatch (CAD), Computer Telephony Integration (CTI), Web Intergrated Control (WIC) dan Responder App (RA)
Pelaksanaan kursus ini bertujuan memperkukuhkan tahap kompetensi serta melahirkan tenaga pengajar bertauliah dalam pengendalian sistem talian kecemasan negara selaras dengan pelaksanaan Next Generation MERS 999 di seluruh negara.
Majlis penutupan kursus telah disempurnakan oleh DSP Mohd Hairuddin Bin Mohd Raya, Ketua Pengajian Teknologi Maklumat, Maktab Teknik PDRM Bakri.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan kursus ini.
05/05/2026
LAWATAN KERJA PUSAT OPERASI PERTAHANAN (POP) ATM KE PUSAT KAWALAN MALAYSIA (MCC), BUKIT AMAN
Bukit Aman, 5 Mei 2026 – Bahagian Gerakan JKDNKA hari ini telah menerima lawatan kerja daripada Pusat Operasi Pertahanan (POP) ATM yang diketuai oleh Pengarah (POP) Kept. Nasrol Hakim Bin Jamaluddin.
Lawatan ini merupakan sebahagian daripada usaha memperkukuh hubungan strategik serta kerjasama dua hala dalam bidang keselamatan awam, khususnya melibatkan perkongsian amalan terbaik, teknologi pemantauan serta mekanisme penyelarasan operasi antara kedua-dua agensi penguatkuasaan.
Delegasi lawatan ini telah disambut oleh YDH ACP Ignatius A/L Francis, Penolong Pengarah (Gerakan) bersama Pegawai Bahagian Gerakan JKDNKA. Seterusnya delegasi diberikan taklimat yang disampaikan oleh Supt. Mohd Suhaimi Bin Mohd Kushari (Supt. Pusat Kawalan) Bahagian Gerakan JKDNKA berkaitan peranan dan fungsi Pusat kawalan Malaysia (MCC).
Lawatan ini diakhiri dengan penyerahan cenderahati sebagai simbol penghargaan dan komitmen berterusan dalam memperkukuh jalinan kerjasama antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke arah menjamin keselamatan serantau yang lebih mantap dan berkesan.
01/05/2026
Selamat Hari Pekerja 2026.
Setiap usaha dan keringat anda adalah lambang kecekalan dalam menjaga keamanan dan kesejahteraan negara.
Teruskan melangkah dengan penuh semangat dan dedikasi.
"Pekerja Madani, Kesuma Bangsa"
Ikhlas dari
Bahagian Gerakan
Jabatan KDNKA
16/04/2026
KUNJUNGAN RASMI DELEGASI SHANGHAI PUBLIC SECURITY BUREAU (PSB) KE PUSAT KAWALAN MALAYSIA (MCC), BUKIT AMAN
Bukit Aman, 14 April 2026 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Bahagian Gerakan JKDNKA hari ini telah menerima kunjungan rasmi daripada delegasi Shanghai Public Security Bureau (PSB), Republik Rakyat China yang diketuai oleh First Deputy Director, Huang Fei bersama lima (5) orang pegawai kanan.
Lawatan ini merupakan sebahagian daripada usaha memperkukuh hubungan strategik serta kerjasama dua hala dalam bidang keselamatan awam, khususnya melibatkan perkongsian amalan terbaik, teknologi pemantauan serta mekanisme penyelarasan operasi antara kedua-dua agensi penguatkuasaan.
Delegasi telah diberikan taklimat komprehensif berhubung struktur organisasi, fungsi serta peranan Bahagian Gerakan JKDNKA, dengan penekanan kepada keupayaan Pusat Kawalan Malaysia (MCC) sebagai entiti utama dalam penyelarasan operasi keselamatan negara dan pengurusan maklumat kritikal secara bersepadu.
Sepanjang sesi lawatan, delegasi turut didedahkan kepada aspek pengoperasian MCC yang merangkumi pemantauan berpusat, pengurusan respons kecemasan serta integrasi sistem komunikasi strategik bagi memastikan kecekapan penyampaian perkhidmatan keselamatan kepada masyarakat.
Lawatan ini diakhiri dengan upacara penyerahan cenderahati sebagai simbol penghargaan dan komitmen berterusan dalam memperkukuh jalinan kerjasama antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Shanghai Public Security Bureau (PSB) ke arah menjamin keselamatan serantau yang lebih mantap dan berkesan.
07/04/2026
LAWATAN KERJA KE PUSAT LATIHAN NEXT GENERATION MERS 999, MAKTAB TEKNIK PDRM BAKRI, MUAR
07 April 2026. Muar, Johor – Ketua Penolong Pengarah Gerakan JKDNKA, YDH SAC Zaman Shah bin Omar telah mengadakan lawatan kerja ke Pusat Latihan Next Generation MERS 999 di Maktab Teknik PDRM Bakri, Muar.
Lawatan tersebut turut disertai oleh Supt Gerakan (Pusat Kawalan) JKDNKA, Supt Suhaimi bin Mohd Kushari; ASP Gerakan / Kepolisan Am, ASP Mohd Aswad bin Md Sa’ad; serta Insp Teknikal / Latihan, Insp Mohd Fazrullah bin Kamarudin. Turut hadir, Pengurus Besar Government Specialised Services TM One, Tuan Haji Anuar bin Mat Alim.
Sepanjang lawatan, delegasi telah meninjau fasiliti Bilik Latihan NG MERS 999 bagi menilai tahap kesiapsiagaan serta kesesuaian kemudahan yang disediakan. Taklimat berkaitan pelaksanaan latihan telah disampaikan oleh ASP Mohd Aswad bin Md Sa’ad kepada YDH SAC Zam Halim bin Jamaluddin, Komandan Maktab Teknik PDRM.
Lawatan ini bertujuan untuk meneliti persiapan bilik latihan, membincangkan isu-isu berkaitan pelaksanaan latihan, serta memperhalusi tatacara dan prosedur permohonan penggunaan bilik latihan, termasuk perkara-perkara berkaitan yang memerlukan penyelarasan lanjut.
Usaha ini mencerminkan komitmen berterusan PDRM dalam memastikan kesiapsiagaan sumber manusia dan kemudahan latihan sentiasa berada pada tahap optimum selaras dengan pelaksanaan sistem Next Generation MERS 999.