Pejabat Kesihatan Titiwangsa

Pejabat Kesihatan Titiwangsa

Share

Platform ini adalah saluran penyampaian dan hebahan maklumat/aktiviti /program jabatan.

Sebarang pertanyaan/ aduan sila hubungi jabatan atau salurkan aduan anda melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam.

25/05/2026

Luangkan hanya 1 jam untuk bersihkan kawasan rumah & hapuskan tempat pembiakan nyamuk. Setiap tindakan anda boleh menyelamatkan nyawa.

πŸ“Έ Ambil gambar & kongsi di media sosial!

πŸ“’ Gunakan hashtag:

25/05/2026

KES DENGGI SEDANG MENINGKAT. INI BUKAN MASA UNTUK ALPA.

Punca denggi mungkin ada lebih dekat daripada yang kita sangka, di pasu bunga, tayar terpakai, saluran air, bekas kecil atau mana-mana tempat yang boleh menakung air.

Sedikit air bertakung pun cukup untuk Aedes membiak.

Luangkan 10 minit setiap minggu untuk periksa kawasan rumah, cari dan musnahkan tempat pembiakan Aedes.

Periksa hari ini, hapuskan Aedes sebelum terlambat.

24/05/2026

Kemeriahan sekitar Jelajah WOW ANMS di PPR Gombak Setia dalam kawasan Parlimen Wangsa Maju.

Wellness On Wheel dibawakan khas untuk penduduk setempat PPR Gombak Setia dan PA Seri Kedah serta kawasan yang berhampiran.

Jelajah ini dijalankan sempena Program Komuniti Kuala Lumpur Bebas Asap Rokok (KLBAR) anjuran DBKL. Program KLBAR telah dirasmikan oleh YB Datuk Bandar Kuala Lumpur.

Photos from Pejabat Kesihatan Titiwangsa's post 23/05/2026

MESYUARAT JK COMBI DAERAH DAN PENGERUSI COMBI LOKALITI DI BAWAH PEJABAT KESIHATAN TITIWANGSA BIL 1/2026

23 MEI 2026 | Pagi ini telah berlangsung Mesyuarat JK COMBI Daerah dan Pengerusi COMBI lokaliti Bilangan 1/2026 di Dewan Komuniti Kelumpuk Serindit.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Dr.Navaresh A/L Retnasingam, Pegawai Perubatan dari Unit Kawalan Penyakit Berjangkit Bawaan Vektor mewakili Pegawai Kesihatan Daerah.

Pembentangan dan perkongsian informasi turut disampaikan oleh Puan Mariani Abdul Razak, selaku Penyelaras COMBI Daerah. Dr.Navaresh juga membentangkan perihal statistik wabak denggi dan langkah pencegahan yang perlu diambil.

Seramai 40 orang ahli combi telah hadir bersama ke mesyuarat yang berlangsung. Sijil penghargaan turut disampaikan kepada barisan Jawatankuasa COMBI Daerah bagi sesi 2024-2026.

Semua ahli mesyuarat turut bertukar idea dan berkongsi pengalaman mereka di lapangan dalam pelaksanaan aktiviti goro dan pasukan combi mereka.

Photos from Pejabat Kesihatan Titiwangsa's post 23/05/2026

GOTONG ROYONG COMBI KELUMPUK PINANG HAPUS AEDES
23 MEI 2026

Pasukan COMBI Kelumpuk Pinang dengan kerjasama yang baik daripada Persatuan Penduduk dan KRT Kelumpuk Pinang menjalankan aktiviti gotong royong cari dan musnah tempat pembiakan nyamuk Aedes.

Program ini telah dihadiri hampir 70 orang penduduk setempat bersama-sama menjayakan gotong royong. Unit Pendidikan Kesihatan juga turut mengadakan pameran Demam Denggi dan ceramah ringkas mengenai Denggi dan langkah pencegahan.

Kanak-kanak juga terlibat sama membantu cari dan musnah serta mengumpul sampah.

Photos from Pejabat Kesihatan Titiwangsa's post 23/05/2026

WELLNESS ON WHEEL (WOW) DI UNIRAZAK EMPOWER HEALTH FESTIVAL 2026
20 MEI 2026

Kemeriahan sekitar program Unirazak Empower Health Festival 2026 yang dihadiri lebih daripada 300 orang terdiri daripada warga kerja dan pelajar Unirazak, KL.

Wellness on Wheel dibawa khas ke Unirazak sempena program yang berlangsung. Pelbagai aktiviti kecergasan dibawakan kepada semua pengunjung.

Istimewa kali ini diadakan konsultasi untuk Body Fat Analyzer yang diberikan oleh Pegawai Pendidikan Kesihatan daripada CPK JKWPKL&P dan UPK PK Titiwangsa.

Turut dibawakan perkhidmatan saringan kesihatan (NHSI) oleh Unit NCD bersama anggota kesihatan dari Klinik Kesihatan secara percuma untuk semua. Selain itu, ceramah HIV turut disampaikan oleh Dr.Yap, Pegawai Perubatan dari Unit Kawalan Penyakit Berjangkit.

Photos from Pejabat Kesihatan Titiwangsa's post 23/05/2026

PROGRAM KOMUNITI AKTIF & SIHAT 2026
TEMA: KELUARGA AKTIF, BELIA PROAKTIF, WARGA EMAS SEJAHTERA

17 MEI 2026 (AHAD) | DEWAN BLOK C, TAMAN MELATI,KL

Kelab Belia Klang Gate telah berjaya menganjurkan program ini dengan kerjasama Persatuan Penduduk, KRT Kawasan 2A dan Pejabat Kesihatan Titiwangsa.

Program telah dihadiri oleh lebih dari 300 orang penduduk setempat. Kehadiran YB Zahir Hassan, Ahli Parlimen Wangsa Maju memeriahkan lagi program yang berlangsung.

Antara perkhidmatan dan aktiviti yang disediakan adalah;
πŸ›‘Saringan kesihatan (NHSI)
πŸ›‘Reruai Denggi dan Langkah Pencegahan
πŸ›‘Reruai Bahagian Keselamatan & Kawalan Makanan
πŸ›‘Reruai Ubat dan Farmasi
πŸ›‘Reruai Bahaya Merokok

Turut diadakan Ceramah Kesihatan Mental disampaikan oleh Dr. Suhaila binti Sahabudin, Pegawai Perubatan daripada Unit NCD Pejabat Kesihahatan Titiwangsa.

Selain itu, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, pertandingan memasak dan gubahan bunga turut diadakan bagi menarik minat orang ramai untuk hadir dan sertai aktiviti.

Photos from Cawangan Pendidikan Kesihatan, KL & Putrajaya's post 23/05/2026
23/05/2026

Sebagai ibu bapa, kita perlu sentiasa peka dengan perubahan fizikal dan tingkah laku anak-anak.

Cuba periksa, adakah anak anda mengalami gejala-gejala ini?

🌑️ Demam
🀒 Tiada selera makan
βœ‹πŸΌ Ruam di tangan
🦢🏼 Ruam di kaki

Jika jawapannya YA, jangan tunggu lagi.

Segera dapatkan rawatan di fasiliti kesihatan atau klinik yang terdekat.

Asingkan anak dengan segera daripada adik-beradik atau kanak-kanak lain untuk menghentikan rantaian jangkitan.

Bertindak cepat mampu menyelamatkan keadaan.

Terus waspada, jaga kebersihan diri serta persekitaran demi melindungi anak-anak kita!

23/05/2026

πŸ˜‡Stres adalah keadaan resah, cemas, tegang dan sebagainya akibat tekanan mental atau fizikal.
Stres adalah normal pada situasi tertentu. Namun cara anda mengurus stres mampu memberikan impak positif atau sebaliknya kepada diri.
Amalkan tip seperti di atas bagi menangani stres yang dialami.
πŸ’ͺ☎️Untuk mendapatkan khidmat kaunseling dan bantuan sokongan sosial, hubungi Talian Bantuan Krisis Kesihatan Mental- Talian HEAL 15555 (Help with Empathy And Love) yang beroperasi setiap hari termasuk cuti umum bermula 08:00 pagi hingga 12.00 tengah malam.
β€œπ—žπ—˜π—¦π—œπ—›π—”π—§π—”π—‘ π— π—˜π—‘π—§π—”π—Ÿ π— π—œπ—Ÿπ—œπ—ž π—¦π—˜π— π—¨π—”β€

22/05/2026

Cili segar mengandungi kandungan anti-oksida dan vitamin yang boleh membantu meningkatkan metabolisma badan.

Cili juga mengandungi kapsaisin, bahan aktif di dalam cili yang bertanggungjawab memberikan rasa pedas.

Namun, pengambilan cili secara berlebihan boleh memberi kesan tidak baik terhadap kesihatan terutamanya sistem penghadaman!

Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address

Perdana Botanical Garden, Jalan Cenderasari, Perdana Botanical Gardens
Kuala Lumpur
50480