MARA Sponsorship Division

MARA Sponsorship Division

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from MARA Sponsorship Division, Public & Government Service, BAHAGIAN PENGANJURAN PELAJARAN MARA, TINGKAT 10 BANGUNAN MEDAN MARA, Kuala Lumpur.

02/06/2026

AHAD : 31 Mei 2026 : KAHERAH

Alhamdulillah, pada 31 Mei 2026, 11.30 malam, Pejabat MARA Mesir bersama wakil Persatuan Pelajar MARA Mesir (PPMM) telah menyambut ketibaan saudari Leia Mayssa Masyerin, pelajar tajaan MARA dari Massachusetts Institute of Technology (MIT), Amerika Syarikat, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah.

Beliau berada di Mesir bagi mengikuti program internship antarabangsa selama dua bulan setengah di sebuah syarikat teknologi kesihatan yang menggunakan kecerdasan buatan (AI), sains komputer dan kejuruteraan.

Program internship ini adalah di bawah MIT International Science and Technology Initiatives (MISTI), yang menempatkan pelajar MIT di syarikat-syarikat rakan industri antarabangsa.

Pejabat MARA Mesir mendoakan agar saudari Leia Mayssa Masyerin dapat menjalani latihan industri ini dengan cemerlang, memperoleh pengalaman yang berharga serta menjadi inspirasi kepada pelajar-pelajar MARA yang lain.

01/06/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBhg. Datuk Zulfikri bin Osman, Ketua Pengarah MARA atas pengurniaan Darjah Kebesaran Panglima Jasa Negara (P.J.N.) yang membawa gelaran Datuk sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Tahun 2026.

Ikhlas daripada Pengurusan Tertinggi serta seluruh warga MARA.








31/05/2026

Menjunjung kasih atas kepimpinan dan naungan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dalam memacu kemajuan negara serta kesejahteraan rakyat. Semoga Malaysia terus kekal aman, makmur dan bersatu di bawah payung naungan Tuanku.








Mobile uploads 31/05/2026
31/05/2026

𝗦𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗪𝗲𝘀𝗮𝗸 𝟮𝟬𝟮𝟲








Photos from MARA USA's post 30/05/2026
29/05/2026

Dimaklumkan bahawa semakan keputusan bagi Young Talent Development Programme (YTP) MARA 2026 boleh dibuat mulai hari ini.

Tarikh Mula: 29 Mei 2026 (Jumaat) Jam 10.00 Pagi.

Tarikh Tutup: 4 Jun 2026 (Khamis) Jam 5.00 Petang.

Semakan boleh dilakukan sepenuhnya secara dalam talian menerusi
Portal Rasmi MARA di pautan berikut:
👉 www.mara.gov.my

Tahniah diucapkan kepada semua calon yang berjaya!

Nota Penting: Calon-calon yang berjaya diminta untuk mengikuti segala arahan selanjutnya yang tertera pada sistem myeduloan dan mengambil tindakan segera sebelum tarikh tutup.

28/05/2026

MAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA SISTEM APLIKASI MARA

Untuk makluman semua, Sistem Aplikasi MARA (e-Perkhidmatan) akan ditutup sementara bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan sistem.

Walau bagaimanapun, sistem SISPAA dan MARAeps masih boleh diakses seperti biasa.

Sistem dijangka beroperasi semula pada:

28 Mei 2026 (Khamis)
Jam 4.00 petang

Segala kesulitan amat dikesali. Terima kasih atas perhatian dan kerjasama semua.







26/05/2026

SALAM AIDILADHA 1447H

Menghayati erti pengorbanan, memperteguh tekad kejayaan.
Di hari yang penuh keberkatan ini, seluruh warga kerja BPP MARA mendoakan agar segala amal ibadah dan korban kita diterima oleh Allah SWT.

Buat para pelajar tajaan MARA di dalam dan luar negara, jadikan ibadah ini sebagai inspirasi untuk terus kental menuntut ilmu demi masa depan yang gemilang.

Selamat Hari Raya Aidiladha buat seluruh umat Islam di Malaysia. Tulus ikhlas daripada kami di Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA.

26/05/2026

𝗦𝗘𝗠𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗣𝗨𝗧𝗨𝗦𝗔𝗡 𝗬𝗢𝗨𝗡𝗚 𝗧𝗔𝗟𝗘𝗡𝗧 𝗗𝗘𝗩𝗘𝗟𝗢𝗣𝗠𝗘𝗡𝗧 𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠𝗠𝗘 (𝗬𝗧𝗣) 𝟮𝟬𝟮6

Sukacita dimaklumkan bahawa pelajar boleh menyemak keputusan permohonan Young Talent Development Programme (YTP) 2026 bermula pukul 10.00 pagi pada 29 Mei 2026 (Jumaat) hingga 04 Jun 2026 (Khamis) 5.00 petang.

Layari semakan: www.mara.gov.my








Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address


BAHAGIAN PENGANJURAN PELAJARAN MARA, TINGKAT 10 BANGUNAN MEDAN MARA
Kuala Lumpur
50609

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 04:30
Thursday 09:00 - 04:30
Friday 09:00 - 04:30