Kaki Rayap

Contact the organization

Kaki Rayap Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kaki Rayap, sentul, Kuala Lumpur.

Segala KOMEN & PENULISAN Di Ruang Komen Adalah Pendapat Peribadi Akaun Empunya, Admin Tidak Akan Bertanggungjawab Dengan Komen Tersebut.Tapi Jika Menyentuh 3R & Melanggar Undang2,Komen Itu Akan Di Padam Oleh Admin, Tanpa Amaran.

KUALA LUMPUR: Dua ahli korporat adik beradik bergelar Datuk Seri dan Datuk Wira direman lima hari bagi membantu siasatan...
02/10/2026

KUALA LUMPUR: Dua ahli korporat adik beradik bergelar Datuk Seri dan Datuk Wira direman lima hari bagi membantu siasatan kes disyaki bersubahat menyeleweng dan menyalahgunakan kedudukan dalam urusan pelaburan kira-kira RM10 juta.

Majistret Ezrene Zakariah pagi tadi membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan reman dua beradik berusia 40-an dan 50-an itu hingga 5 Oktober ini.

Kedua-dua suspek ditahan kira-kira jam 9 malam semalam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

Siasatan awal mendapati mereka disyaki bersubahat dengan seorang pegawai sebuah yayasan berasaskan pendidikan untuk meluluskan pelaburan kira-kira RM10 juta kepada sebuah syarikat pelaburan milik abang kepada suspek pertama pada penghujung 2020.

"Pelaburan itu disalurkan kepada sebuah syarikat pelaburan milik abang kepada suspek pertama yang bergelar Datuk Seri berusia lingkungan 40-an," katanya.

Sumber berkata, SPRM turut menyita pelbagai aset dan barangan termasuk 15 kereta mewah serta 12 motosikal berkuasa tinggi dalam siasatan berkenaan.

"Turut disita lima jam tangan mewah, tiga gelang tangan dan wang tunai berjumlah kira-kira RM30,000.

"Sitaan dibuat susulan siasatan yang dijalankan terhadap kedua-dua suspek," katanya.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman, ketika dihubungi mengesahkan penahanan kedua-dua suspek.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

30/09/2026

PASIR GUDANG – Sebuah lori berwarna hijau dipercayai dicuri dan dipandu secara berbahaya termasuk melawan arus pada pagi Rabu, tular di media sosial.

Beberapa rakaman video dikongsi orang ramai dan tular memaparkan lori terbabit dipandu secara agresif dan dikejar kereta peronda polis (MPV).

Menerusi rakaman berkenaan, lori itu dilihat bergerak di beberapa lokasi sebelum dipandu melawan arus dan memotong kenderaan lain secara berbahaya.

Difahamkan, pemandu lori terbabit berjaya ditahan polis selepas dikejar.

Bagaimanapun, setakat ini polis belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung kejadian terbabit.

29/09/2026

MUAR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) Daerah Muar telah membuka satu kertas siasatan berhubung rakaman video tular di media sosial yang memaparkan dua buah kenderaan dipandu secara berbahaya di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah Selatan.

​Ketua Polis Daerah Muar, ACP Raiz Mukhliz bin Azman Aziz menerusi kenyataan rasmi memaklumkan bahawa kejadian berkenaan dipercayai berlaku pada 27 September 2026, kira-kira jam 5.48 pagi di KM 135 lebuh raya berkenaan.

​Rakaman video berdurasi kira-kira tiga minit yang dimuat naik di platform Facebook memaparkan tindakan kedua-dua kenderaan terbabit saling memotong secara menceroboh serta menggunakan lampu strobe flash light yang boleh mengganggu penglihatan serta keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

​Susulan pengesanan rakaman berkenaan, laporan Maklumat Pertama Polis (FIR) telah dibuat di Balai Polis Trafik Muar bagi memulakan tindakan siasatan.

​“Hasil siasatan awal mendapati salah sebuah kenderaan terbabit telah berjaya dikenal pasti, manakala sebuah lagi kenderaan masih dalam proses pengesanan.

​“Kes kini disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 berhubung kesalahan memandu secara melulu dan membahayakan, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi lima tahun serta denda antara RM5,000 hingga RM15,000 jika sabit kesalahan,”
​
​PDRM Daerah Muar menegaskan pihaknya memandang serius sebarang kesalahan laluan yang mengancam keselamatan awam dan memohon kerjasama masyarakat yang mempunyai maklumat untuk tampil membantu siasatan.

28/09/2026

KUANTAN – Seorang penunggang motosikal maut selepas motosikal ditunggangnya berlanggar dengan dua buah motosikal lain dipercayai ketika sedang berlumba di Jalan Bypass Kuantan berhampiran Terminal Sentral Kuantan di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.35 pagi itu juga menyaksikan mangsa yang cedera dan motosikal dua mangsa berkenaan telah dilarikan dan disembunyikan oleh rakan-rakan mangsa.

Pemangku Ketua Polis Kuantan, Datuk Azry Akmar Ayob berkata, berdasarkan siasatan awal mendapati kejadian kemalangan kira-kira pukul 2.35 pagi itu melibatkan tiga buah motosikal.

“Kejadian menyebabkan seorang penunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR yang berusia 24 tahun meninggal dunia, manakala dua lagi penunggang motosikal mengalami kecederaan.

“Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya di sini hari ini.

Hari ini tular dalam media sosial rakaman berdurasi 20 saat menyaksikan sekump**an mat rempit berlumba sebelum beberapa buah motosikal terlibat dalam kejadian kemalangan selepas berlanggar sesama sendiri.

Kejadian itu mencetuskan reaksi daripada netizen yang menyifatkan aktiviti mat rempit berkenaan membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan raya lain.

Menurut Azry Akmar, mangsa yang maut dibawa ke HTAA untuk bedah siasat.

Katanya, mangsa yang cedera dikatakan telah dibawa ke hospital oleh orang awam untuk mendapatkan rawatan sebelum menghilangkan diri.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan giat dilakukan.

Katanya, pada masa ini pihak polis giat mengesan dua lagi mangsa yang cedera dan motosikal terlibat.

Beliau memberitahu, pada waktu kejadian pasukan polis telah melakukan operasi di sekitar Kuantan menyebabkan ‘mat rempit’ telah mengubah lokasi ke laluan berkenaan.

“Pihak polis meminta mana-mana saksi yang melihat kejadian atau mempunyai maklumat lanjut berhubung dua lagi penunggang terlibat agar tampil membantu siasatan dengan menghubungi balai polis berhampiran,” ujarnya.

Satu kehilangan besar buat negara. Salam takziah diucapkan kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad dan keluarga atas kep**angan ...
28/09/2026

Satu kehilangan besar buat negara. Salam takziah diucapkan kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad dan keluarga atas kep**angan isterinya Tun Dr Siti Hasmah Binti Mohd Ali rahmatullah.

Dedikasi beliau sepanjang hayat, terutamanya sumbangan besar dalam Tokoh Wanita Negara, akan terus menjadi inspirasi buat kita semua. Semoga keluarga Allahyarhamah dikurniakan kesabaran dan kekuatan di waktu yang sukar ini. Al-Fatihah.

25/09/2026

PAHANG: Pemandu Kenderaan Sebuah SUV Cherry DiRakam Memasuki Laluan Bertentangan Sebelum Bertembung Dengan Sebuah Motorsikal Di Laluan Semambu Kuantan. Orang Ramai Mengatakan Pemandu Berkenaan Dalam Keadaan Mabuk Dan Mangsa Meninggal Di Tempat Kejadian Merupakan Seorang Tenaga Pengajar Di KoleJ Vokasional Kuantan.

Info Lanjut Akan Di Kemaskini Kemudian.

25/09/2026

PERAK: Kejadian Kejar Mengejar Di Antara Polis Trafik & Suspek Telah Berlaku Di Ipoh, Sebuah Kereta Honda Civic Bewarna Putih Dalam Cubaan Melarikan Diri. Suspek Berjaya Di Tahan Setelah Terbabas Sendiri.

Update:
PETALING JAYA - Aksi sebuah kereta sedan putih yang dipandu
secara berbahaya sehingga melanggar pembahagi jalan di Ipoh,
Perak mengundang kebimbangan dalam kalangan pengguna jalan
raya.

Menerusi perkongsian di Threads oleh pengguna muhdddddd9494,
kenderaan terbabit dilihat memotong dan mencelah antara
kenderaan sebelum hilang kawalan lalu merempuh divider di tengah
jalan.

Impak pelanggaran itu menyebabkan tayar kenderaan berkenaan
mengeluarkan asap.

Dalam perkongsian sama, pengguna terbabit turut meluahkan
kebimbangan sekiranya terdapat penunggang motosikal di lokasi
kejadian ketika insiden berlaku.

Perkongsian itu turut menerima pelbagai reaksi netizen yang
mengecam tindakan pemandu terbabit.

"Polis, jangan ditahan yang empunya video. Tahan yang memandu
kurang ajar tuh, polis,” kata Razham.

"Kat depan sana dia dah langgar polis trafik tu sebab dia lari," komen
Mhdsyafiqhassan.

"Kesian kereta yang kena langgar, tak pasal kena keluar duit repair
sendiri. Nak claim tak boleh," tulis azimmaksum.

Sumber Berita:Kosmo.

Kedah : Usianya baru 20 tahun, tetapi bahunya sudah memikul tanggungjawab yang begitu besar.Siti Nurdiana Mohamad Bistaw...
24/09/2026

Kedah : Usianya baru 20 tahun, tetapi bahunya sudah memikul tanggungjawab yang begitu besar.

Siti Nurdiana Mohamad Bistawi memilih p**ang ke Gunung Keriang untuk menjaga ayahnya, Mohamad Bistawi Bakar, 56, yang menghidap kⱥnser paru-paru tahap empat dan hilang deria penglihatan.

Lebih menyentuh hati, Nurdiana merupakan anak tunggal.
Ibunya meninggal dunia pada 2009, lalu ayahnya seorang diri membesarkannya sehingga berjaya melangkah ke universiti.
Kini giliran Nurdiana p**a berkorban untuk ayah.

Dia menangguhkan pengajian semester tiga di UPNM selama enam bulan demi menjaga insan yang membesarkannya.

Setiap hari, dia mandikan ayah, suapkan makanan dan minuman serta menguruskan rumah seorang diri.

Malah, wang simpanan hasil kerja sambilan di Kuala Lumpur digunakan untuk membeli lampin dan keperluan harian ayah.

Dulu, ayah hanya bekerja sebagai pembuat pasu di Gunung Keriang dengan pendapatan sekitar RM500, namun dengan pendapatan itulah dia membesarkan Nurdiana hingga berjaya.

Kini, Nurdiana berkata dia tidak akan mensia-siakan peluang menjaga ayah selagi hayatnya masih ada.

Sekiranya Ada Yang Berminat Untuk Menyumbang:
👉1520 9605 0563 -MAYBANK
SITI NURDIANA BINTI MOHAMAD BISTAWI

Kredit: Cancer Survivors Malaysia

SHAH ALAM - Tindakan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke mengumumkan beliau akan meletakkan jawatan sebagai Menteri Penga...
21/09/2026

SHAH ALAM - Tindakan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke mengumumkan beliau akan meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan susulan isu pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menimbulkan persoalan dalam kalangan orang ramai.

Perkara itu dibangkitkan bekas Ahli Parlimen Subang, Wong Chen yang mempersoalkan mengapa Anthony tampil mengambil tanggungjawab berkenaan dengan menawarkan diri untuk berundur.

Menurut beliau, persoalan utama yang timbul ialah mengapa Anthony menawarkan diri untuk meletakkan jawatan, sedangkan terdapat pemimpin lain yang turut dikaitkan dengan isu berkenaan tetapi tidak mengambil tindakan sama.

"Nga Kor Ming, yang sebelum ini secara terbuka menyatakan kemungkinan beliau akan meletakkan jawatan sekiranya Najib 'dibebaskan', juga tidak menawarkan diri untuk berundur. Sebaliknya, Anthony Loke tampil ke hadapan untuk mengambil tanggungjawab sepenuhnya," katanya dalam satu hantaran Facebook pada Ahad.

Pada Sabtu, Anthony memaklumkan keputusan menawarkan diri meletakkan jawatan itu dibuat selepas mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP bagi membincangkan perkembangan berkaitan isu tersebut.

Beliau berkata, surat peletakan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan akan diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam masa terdekat.

Menurut Anthony, peletakan jawatan itu hanya membabitkan dirinya sebagai anggota Jemaah Menteri, manakala menteri dan timbalan menteri DAP lain akan kekal dalam kerajaan bagi memastikan kestabilan politik negara terus terjamin.

Mengulas tindakan tersebut, Wong Chen turut menggunakan pengalaman peletakan jawatannya sebagai Ahli Parlimen sebelum ini sebagai perbandingan mengenai prinsip tanggungjawab individu dalam politik.

Wong Chen berkata, tanggungjawab bersama dalam kalangan pemimpin secara umumnya diterima sebagai pendirian politik yang bijak dan wajar.

Bagaimanapun, beliau berpandangan, mengorbankan pemimpin tertinggi supaya pemimpin lain kekal sebagai menteri adalah perkara berbeza.

21/09/2026

MALAYSIA:RAKAMAN CCTV MENUNJUKKAN SEKUMPULAN LELAKI SEDANG MENGAMBIL KABEL YANG DI CURI OLEH MEREKA.

TAPI YANG MENARIKNYA, TERDAPAT KERETA PERONDA YANG LALU DI SITU SEBANYAK DUA KALI SEMASA KEJADIAN TERSEBUT. INFO LANJUT AKAN DIMAKLUMKAN KEMUDIAN.

Address

Sentul
Kuala Lumpur

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kaki Rayap posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Kaki Rayap:

Shortcuts

Share