Bahagian Siasatan Jenayah Seksual Wanita & Kanak-Kanak D11 - Bukit Aman

Bahagian Siasatan Jenayah Seksual Wanita & Kanak-Kanak D11 - Bukit Aman

Share

Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak D11

26/05/2026
26/05/2026

Seorang buruh binaan dijatuhi hukuman penjara 18 bulan dan satu sebatan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini kerana mencabul lima wanita di kawasan stesen Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) dan Transit Aliran Massa (MRT) di sekitar ibu kota, bulan lepas.

Hakim Datuk Aslam Zainuddin menjatuhkan hukuman tersebut ke atas warga Bangladesh Md Romjan Ali, 41, selepas menyemak keputusan empat Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur pada 6 Mei yang menjatuhkan hukuman penjara enam bulan dan denda RM14,500 terhadap lelaki itu.

“Bagi lima kes itu, mahkamah akan memberikan satu hukuman secara global. Hukuman dijatuhkan Mahkamah Majistret diketepikan dan diganti dengan hukuman penjara 18 bulan dari tarikh tangkap pada 27 April dan tertuduh juga diperintahkan disebat sekali untuk satu daripada kes tersebut,” kata Aslam.

Berita penuh: https://www.malaysiakini.com/news/775035

Photos from Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )'s post 26/05/2026
26/05/2026

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Saya dan seluruh kepimpinan Bahagian D11, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh warga Polis Diraja Malaysia.

Semoga Aidiladha yang penuh keberkatan ini menjadi medan untuk kita memperkukuhkan nilai pengorbanan, keikhlasan, integriti serta semangat kebersamaan dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara.

Dalam kegembiraan menyambut Aidiladha bersama keluarga dan insan tersayang, saya juga ingin mengingatkan agar seluruh warga sentiasa peka dan memberi perhatian serius terhadap aspek keselamatan anak-anak, khususnya ketika berada di tempat awam, sepanjang perjalanan pulang ke kampung serta ketika menggunakan peranti dan platform dalam talian. Pemantauan dan keprihatinan berterusan daripada ibu bapa serta penjaga amat penting bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan anak-anak sentiasa terpelihara.

Semoga seluruh warga PDRM sentiasa dikurniakan kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan dalam menjalankan tugas demi keamanan serta kesejahteraan masyarakat.

Salam Aidiladha 1447H.
“Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada”

Photos from Bahagian Siasatan Jenayah Seksual Wanita & Kanak-Kanak D11 - Bukit Aman's post 13/05/2026

Pada 13 Mei 2026 (Rabu) bertempat di KLGCC Convention Centre, Kuala Lumpur satu program PDRM Special Dialogue V 2026 telah berlangsung. Bahagian D11 terlibat secara langsung Dalam program ini dengan mengadakan sesi forum bertajuk Eksploitasi Seksual Kanak-Kanak Dalam Talian: Ancaman Senyap Yang Mencabar Sistem Perlindungan Negara.

Peserta forum seramai lebih kurang 135 orang terdiri daripada Ketua Polis Daerah, Timb. Ketua Polis Daerah, Pegawai-Pegawai Polis, KKM, agensi kewangan, NGO, AGC, MCMC, KPM, Universiti, TELCO dan lain-lain agensi yang berkaitan.

Sesi forum terdiri dikendalikan oleh Moderator iaitu DSP Zurina binti Alias, Bahagian D11, PDRM mana Kala 3 ahli panel terdiri daripada
Supt. Hirdawati binti Isa, Bahagian D11, PDRM, Tuan Muhammad Hidayat bin Wahab, Timbalan Pendakwaraya, AGC dan ⁠YBrs.Tuan Asmar Asmadi bin Abdullah Sani, KPWKM.

Forum ini menjadi medan strategik dalam memperhalusi dimensi penguatkuasaan, perlindungan sosial serta cabaran perundangan dan pendakwaan bagi mengekang ancaman eksploitasi seksual kanak-kanak dalam talian yang semakin kompleks dan merentasi sempadan.

Isu yang dibincangkan adalah seperti berikut:

Eksploitasi seksual kanak-kanak dalam talian bukan lagi ancaman terpencil, sebaliknya telah berkembang menjadi krisis keselamatan sosial yang kian membimbangkan dengan peningkatan ketara kandungan CSAM, aktiviti pedofilia digital dan jenayah seksual siber di Malaysia.

Ancaman ini bukan sahaja meninggalkan trauma mendalam kepada mangsa, malah turut menggugat institusi keluarga, kesejahteraan sosial dan keberkesanan sistem perlindungan kanak-kanak negara secara menyeluruh.

Cabaran utama pendakwaan dan perundangan melibatkan pengumpulan bukti digital, jenayah rentas negara, penggunaan platform teknologi tanpa sempadan serta pengendalian mangsa kanak-kanak yang berada dalam keadaan trauma tinggi.

Pendekatan bersepadu melibatkan penguatkuasaan, agensi perlindungan, pendakwaan, platform digital, institusi pendidikan dan komuniti amat kritikal dalam memperkukuh benteng keselamatan kanak-kanak daripada ancaman seksual di alam maya.

Diharapkan forum ini menjadi pemangkin kepada peningkatan kesedaran, kefahaman dan iltizam semua pihak dalam memperkukuh agenda nasional melindungi kanak-kanak daripada ancaman eksploitasi seksual digital yang semakin meruncing dan berevolusi.

Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address

Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman
Kuala Lumpur
50560