PERKESO Kuala Lumpur

PERKESO Kuala Lumpur

Share

Laman FB rasmi PERKESO Kuala Lumpur

17/03/2026

*SESI LIBAT URUS OPS CEGAH PERKESO KUALA LUMPUR DENGAN KERJASAMA JKKP KUALA LUMPUR TAHUN 2026*

Pejabat PERKESO Kuala Lumpur telah melaksanakan Sesi Libat Urus OPS Cegah 2026 pada 17 Mac 2026 (Selasa) bertempat di Wisma PERKESO Kuala Lumpur. Program ini diadakan dengan kerjasama Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Sesi libat urus ini dirasmikan oleh Tuan Pengarah PERKESO Kuala Lumpur, En. Mohamad Haron Bin Othman, dan turut dihadiri oleh:

Ir. Ts. Hajah Habsah Binti Md Ishak (Pengarah JKKP Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur), Tn. Haji Zamzuri Bin Md Nor (Timbalan Pengarah (Operasi) JKKP), En. Harun Bin Bakar (Ketua Cawangan Pencegahan Ibu Pejabat PERKESO) dan Pn. Zarith Afzan Binti Zainal (Ketua Unit Keselamatan Industri Ibu Pejabat PERKESO).

Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan kehadiran seramai 40 majikan dan 59 peserta.

*Objektif Program* :
• Meningkatkan kesedaran keselamatan di jalan raya dan tempat kerja dalam kalangan warga kerja
• Memberi ruang kepada peserta untuk berkongsi pandangan melalui sesi dialog dua hala

*Impak dan Harapan* :
Pelaksanaan program ini bukan sahaja menyumbang kepada peningkatan produktiviti dan kesejahteraan pekerja, malah menjamin kelestarian sosioekonomi masyarakat melalui pengukuhan budaya kerja yang selamat dan sihat.

Besarlah harapan PERKESO dan JKKP agar program ini dapat memberi kesedaran kepada majikan untuk memainkan peranan dalam mencegah kemalangan di jalan raya dan tempat kerja.

Inisiatif ini selaras dengan matlamat ‘Vision Zero PERKESO’, iaitu sasaran sifar kemalangan sebagai asas kepada kesejahteraan menyeluruh pekerja dan majikan.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak majikan yang hadir serta memberikan komitmen terhadap kejayaan program ini.

19/02/2026

Dear All❤️
Selamat menyambut bulan Ramadan yang mulia dan selamat berpuasa🌙

May this holy month bring peace and countless blessings to you and your families🌙✨

Harapan saya juga in this holy month of Ramadan every good deeds yg kita perform brings multiplied blessings and rewards.

So laksanakan tanggungjawab dan tugas dengan terbaik especially in helping the OBs dan majikan serta LINDUNG semua😃

Saya akhiri dengan satu lagu ….a very nice Ramadan song and I dedicate kepada semua anggota yang saya sayangi…

Stay safe , stay healthy and inspired ❤️

Ikhlas daripada:
*Rathymeanahah Sakitazan*
Pengarah PERKESO Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Photos from PERKESO Kuala Lumpur's post 08/02/2026

Program Jelajah YAB Dato’ Menteri Besar Selangor di Parlimen Gombak pada 08 Februari 2026 telah berlangsung dengan lancar dan mendapat sambutan baik daripada penduduk setempat.

Antara pengisian utama program ialah Ziarah Kasih Tahun Baru Cina bersama penerima faedah PERKESO yang melibatkan kes hilang upaya kekal (ILAT), penyakit jantung, kegagalan buah pinggang (dialisis) serta kes kematian pencarum.

Lawatan ini mencerminkan keprihatinan Kerajaan Negeri Selangor dalam menyantuni rakyat yang berdepan cabaran kesihatan dan kehilangan sumber pendapatan, di samping memastikan kebajikan mereka terus terpelihara.

Program ini selari dengan aspirasi Malaysia Madani yang menekankan nilai ihsan, kesejahteraan dan kebersamaan antara pemimpin dan rakyat.

Turut hadir dalam sesi Jelajah ini adalah Pengarah PERKESO Negeri Kuala Lumpur,Puan Rathy Meanahah A/P Sakitazan yang turut membawa sumbangan Kotak Prihatin.

Photos from PERKESO Kuala Lumpur's post 21/01/2026

📌 Berita KARIB KL

TOKPUL AYAM GEPUK DI WISMA PERKESO KL 🏢

Pada 10 Oktober 2025 yang lalu, Majlis Perasmian TokPul Ayam Gepuk 🍗 telah dirasmikan oleh Puan Rathymeanahah Sakitazan, Pengarah PERKESO Kuala Lumpur sebagai simbolik mercu baharu kedai tersebut di bangunan Wisma PERKESO Kuala Lumpur 🏢. Majlis ini turut disaksikan oleh Encik Mohamad Haron Bin Othman, Timbalan Pengarah PERKESO Kuala Lumpur dan Encik Nazri Bin Mad Amin, YDP KARIB Sesi 2024-2026 serta wakil Ketua-Ketua Cawangan dan Bahagian.

Hari ini genaplah tiga bulan pembukaan TokPul Ayam Gepuk di Wisma PERKESO KL, Kampung Baru. Buat warga Wisma PERKESO KL dan penduduk sekitar Kampung Baru yang belum berkesempatan untuk singgah, jom singgah 💪🏻. Terdapat pelbagai juadah 🍛 sarapan, makan tengahari dan makan petang yang disediakan.

Jom.. jom.. 🥰

15/01/2026

*JUALAN TAHUN BARU & HARI GAJI*

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Untuk makluman, Kelab PERKESO KL akan menganjurkan Jualan Tahun Baru & Hari Gaji pada Khamis minggu hadapan bertempat di Wisma PERKESO KL, Kampung Baru. Lebih daripada 25 booth menyediakan pelbagai jualan termasuklah nasi berlauk, lontong, kek, biskut, pasta, sukiya beef bowl, vitagen, jus buah dan sebagainya.

Butiran program adalah seperti berikut:

Program: ‘KARIB - New Year Payday Sales'
Tarikh: 22.01.2026 (Khamis)
Masa: 7.30 pagi hingga 3.00 petang
Tempat: Dewan Kenanga, Wisma PERKESO KL, Kampung Baru

Seluruh warga Wisma PERKESO KL dan penduduk sekitar Kampung Baru dijemput memeriahkan program tersebut. Masuk adalah percuma... jom…

Photos from Pertubuhan Keselamatan Sosial's post 22/12/2025
Photos from PERKESO Kuala Lumpur's post 12/12/2025

11 Disember
(PERKESO Kuala Lumpur)
LIBAT URUS PINDAAN AKTA 800 - ZON TENGAH

Libat Urus Pindaan RUU SIP telah diadakan bagi memberikan pencerahan serta komunikasi dua hala dalam menerangkan pindaan akta 800.

Sesi 'open-mic' ini dihadiri dan dirungkai sendiri oleh barisan pengurusan tertinggi PERKESO dalam memberikan pencerahan impak positif pindaan akta kepada pasaran buruh kepada lebih 200 majikan secara fizikal dan hybrid

Semoga Libat urus ini dapat memberi manfaat kepada semua majikan terutama zon tengah terutamanya dalam membina keselamatan sosial lebih mampan.

26/11/2025

✈️ Dreaming of the skies? This is your chance!
Join the prestigious Cabin Crew Recruitment Day with Malaysia Aviation Group (MAG)!

📍 Date: 13 December 2025 (Saturday)
⏰ Time: 9:00AM – 12:00PM
📌 Venue: Wisma PERKESO, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur

✅ Step into the world of professional aviation
✅ Meet recruiters from Malaysia Airlines, Firefly, MASwings & more
✅ Open to passionate individuals ready to serve with elegance & excellence

📲 Scan the QR code to register and take off towards your cabin crew career!

Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address


Wisma PERKESO Kuala Lumpur, Jalan Tun Razak
Kuala Lumpur
53000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00