PEJUANG Muda Nasional

PEJUANG Muda Nasional

Share

Pejuang MUDA Nasional adalah sayap kepada parti Pejuang Tanah Air

13/01/2023

Sudah sebulan lebih jadi kerajaan.. Tapi masih gagal menyelesaikan masalah rakyat. Rasa macam takde kerajaan je..

08/09/2022

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Hari ini Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menyambut ulang tahun ke-6 penubuhannya.

Walaupun baru menginjak usia enam tahun, BERSATU telah memberikan sumbangan yang besar dalam pentadbiran negara dan kesejahteraan rakyat.

Kita telah berjuang melawan kleptokrasi, mewujudkan pemerintahan yang berintegriti dan bebas rasuah serta melaksanakan pelbagai program prihatin rakyat yang menunjukkan BERSATU berada di landasan perjuangan yang selari dengan matlamat penubuhan parti.

Kekuatan BERSATU semestinya terletak di tangan ahli-ahlinya. Sekiranya ahli-ahli parti terus istiqamah dalam menghayati semangat perjuangan parti dan terus mendokong matlamat dan perjuangan parti sepertimana yang termaktub dalam perlembagaannya, maka BERSATU akan terus melangkah gagah dalam menjulang obor perjuangan parti.

Ini termasuk mewujudkan sebuah pentadbiran kerajaan yang bebas rasuah, melaksanakan tadbir urus yang berintegriti, menegakkan sistem demokrasi berparlimen, memperjuangkan keadilan sosial, menghormati doktrin pengasingan kuasa termasuk kebebasan badan kehakiman, menegakkan Islam sebagai Agama Persekutuan, menghormati hak semua individu untuk mengamalkan agama masing-masing, mempertahankan kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak serta hak-hak yang sah bagi semua kaum, memelihara hak-hak asasi rakyat, memupuk perpaduan dan keharmonian rakyat, mengamalkan prinsip-prinsip Rukunegara dan mendokong Perlembagaan Persekutuan.

Ini adalah prinsip-prinsip penting perjuangan parti yang terkandung dalam Perlembagaan BERSATU. Prinsip-prinsip ini mestilah diamalkan dan diperjuangkan oleh setiap ahli BERSATU. Ahli-ahli BERSATU mesti dikenali dengan prinsip-prinsip ini yang membezakan mereka dengan yang lain.

Ahli-ahli BERSATU juga mestilah sentiasa bersatu padu dan menjadi contoh teladan yang baik dalam membentuk suatu budaya politik yang murni supaya parti kita dihormati oleh semua. Ini penting supaya parti kita terus kekal bersatu, beramanah dan bermaruah selaras dengan cogan kata parti.

Sepertimana yang kita semua maklum, pilihan raya umum boleh diadakan pada bila-bila masa. Justeru, saya menyeru kepada seluruh ahli parti, terutamanya jentera parti di semua peringkat, supaya sentiasa bersiap-siaga untuk menghadapi pilihan raya. Insya-Allah, berkat usaha dan doa saudara-saudari semua, dokongan rakyat dan izin Allah SWT., BERSATU akan kembali menerajui kerajaan menerusi Perikatan Nasional.

Selamat Menyambut Ulang Tahun BERSATU Ke-6!

Bersatu, Beramanah, Bermaruah

TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN
Presiden
Parti Pribumi Bersatu Malaysia

Photos from Muhyiddin Yassin's post 08/09/2022
31/08/2022

Assalamualaikum wbt. Salam sejahtera dan Salam Hari Kebangsaan,

Apa khabar semua?

Alhamdulillah, hari ini kita diberi kesempatan menyambut Hari Kebangsaan sempena ulang tahun kemerdekaan yang ke-65.

Tanggal 31 Ogos, tarikh keramat yang diraikan setiap tahun membawa seribu satu pengertian buat kita rakyat Malaysia.

Pengorbanan generasi pembina bangsa yang menuntut kemerdekaan harus dihayati dan diinsafi setiap masa dan tidak hanya sekadar menjadi bahan rujukan dokumentari dan teks buku sejarah untuk diulang kaji.

Setelah diuji dengan cabaran yang amat getir sepanjang lebih dua tahun menempuh pandemik COVID-19 bersama, akhirnya kita semakin hampir untuk "memerdekakan" diri daripada dibelenggu pandemik ini.

Pandemik COVID-19 telah mencetuskan krisis kesihatan di negara kita sehingga menyebabkan hampir keseluruhan sektor kehidupan rakyat lumpuh.

Kerajaan terpaksa menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi memutuskan rantaian virus COVID-19 sebelum memperkenalkan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang menyaksikan hampir 100 peratus penduduk dewasa menerima suntikan vaksin.

Kerajaan juga menyediakan peruntukan yang besar berjumlah kira-kira RM530 bilion menerusi pelbagai pakej bantuan prihatin bagi membantu menyelamatkan nyawa dan kehidupan rakyat.

Alhamdulillah, program pemberian vaksin secara percuma itu mencapai kejayaan besar dan membolehkan negara memasuki fasa pra endemik yang mana semua sektor kehidupan dibuka seperti sediakala.

Rakyat Malaysia sudah boleh kembali menjalani kehidupan biasa dengan sektor ekonomi sudah beroperasi sepenuhnya.

Kejayaan keluar daripada fasa pandemik ini dan masuk ke fasa pemulihan merupakan satu bentuk ‘kemerdekaan’ kepada kita semua.

Sesungguhnya, pencapaian ini perlu dirai dan nikmat kebebasan yang sudah mula dirasai hari ini perlu sentiasa disyukuri.

Dalam kita melangkah dengan berani memasuki fasa pra endemik ini, marilah kita kenang sejenak perjalanan awal menempuh pandemik sehingga ke hari ini.

Titipkan doa buat mereka yang tewas, dan mereka yang meratapi kehilangan.

Marilah kita berjanji kepada diri untuk tidak mempersiakan segala pengorbanan dan usaha sepanjang lebih dua tahun ini. Marilah kita semua bersatu hati, menggembleng usaha memulihkan negara supaya kemakmuran dapat dikecapi bersama dan martabat bangsa terus dijulang tinggi.

Lindungilah ibu pertiwi ini. Pastikan Malaysia kekal aman, makmur dan merdeka, kini dan selamanya.

Saya berdoa semoga Allah terus memberi kekuatan kepada kita untuk sama-sama mengharungi apa sahaja cabaran mendatang dan merahmati serta melindungi Malaysia yang tercinta ini.

Selamat Hari Kebangsaan 2022.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=643864890431036&id=100044225926298

30/08/2022
23/08/2022

Tahniah Tan Sri dan Tun M seret penjenayah ke muka pengadilan

Photos from Mohd Ashraf Mustaqim's post 04/08/2022
01/08/2022

Innalillahiwainnailahirojiun.

Takziah kepada seluruh ahli keluarga bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang meninggal dunia malam tadi.

Secara peribadi saya mengenali Allahyarham sebagai tokoh korporat tersohor tanah air ketika Allahyarham mengetuai PNB Berhad dan Kumpulan Guthrie Berhad sebelum menceburi diri dalam bidang politik.

Sesungguhnya jasa dan sumbangan Allahyarham dalam dunia korporat khususnya bagi pembangunan ekonomi bumiputera amat besar.

Marilah kita sama-sama berdoa agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh.

Saya juga berdoa semoga ahli keluarga Allahyarham bersabar menghadapi saat-saat yang mendukacitakan ini.

Al Fatihah.

Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address

Kuala Lumpur