01/06/2026
Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.
Seluruh warga Angkatan Muda Keadilan (AMK) Lembah Pantai mendoakan agar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku sentiasa dilimpahi rahmat, kesihatan yang baik, dan dipanjangkan umur untuk terus menaungi rakyat jelata dengan adil dan saksama.
Daulat Tuanku!
30/05/2026
Pada 27 Mei 2026, anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) Lembah Pantai telah turun bertugas dalam menjayakan Program Ibadat Qurban Perdana 2026 anjuran Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai.
Terima kasih kepada semua anggota, yang bersama-sama menyumbang tenaga dalam program penuh keberkatan ini. Semoga segala usaha yang dicurahkan mendapat ganjaran dan keberkatan daripada Allah SWT.
27/05/2026
Salam Aidiladha 1447H! 🌙🐐🐄
Di hari yang penuh barakah ini, marilah kita sama-sama menghayati erti pengorbanan yang sebenar—sama ada untuk keluarga, masyarakat, mahupun negara. Semoga pengorbanan kita membawa keberkatan dan keikhlasan dalam setiap sanubari kita.
Sambutlah hari raya ini dengan penuh kesyukuran bersama keluarga yang tercinta. Ikhlas daripada AMK Lembah Pantai.
16/05/2026
Selamat hari guru diucapkan kepada semua pendidik di Malaysia.
Terima kasih atas segala kesabaran, keringat, dan kasih sayang dalam mendidik kami daripada tidak tahu apa-apa sehingga mampu melihat dunia.
Anda adalah lilin yang menerangi jalan, dan nadi kepada kemajuan negara. Selamat Hari Guru! 🌹✍️
15/05/2026
Hari ini adalah hari untuk meraikan tenaga, idea, dan keberanian anak muda yang menjadi nadi penggerak Malaysia Madani.
Belia bukan sekadar masa depan, tetapi kita adalah masa kini yang menentukan hala tuju negara.
Kami Anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) Lembah Pantai komited untuk terus menyuburkan potensi, mendengar suara, dan membawa aspirasi anak muda Lembah Pantai ke tahap yang lebih tinggi.
Mari kita bersama-sama membawa perubahan positif, menyumbang bakti, dan menyemarakkan gelombang kemajuan demi komuniti kita!
Selamat Hari Belia Negara 2026 kepada seluruh anak muda Malaysia, khususnya buat belia-belia hebat di Lembah Pantai!
"MENGGERAK BELIA"
14/05/2026
Adakah anda anak muda Lembah Pantai yang ingin membawa perubahan? Inilah masanya untuk anda bangkit dan bersuara!
Sertai kami di Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Lembah Pantai. Kami sedang mencari individu yang berani, berwawasan, dan sedia berkhidmat untuk komuniti demi masa depan yang lebih cerah.
Kenapa perlu sertai kami?
- Menjadi sebahagian daripada gerakan reformasi.
- Membina rangkaian bersama pemimpin muda yang progresif.
- Menggerakkan inisiatif kebajikan dan pembangunan anak muda di Lembah Pantai.
📲 Cara Mendaftar:
Scan kod QR pada poster atau tekan link pendaftaran di bawah !
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdKJbrGZsojSEnXFi9vzGB1qObGTmGjtXcH-werDksSxtC__g/viewform?usp=dialog
04/05/2026
Pada 26 April yang lepas, wakil Angkatan Muda Keadilan Lembah Pantai iaitu Muhammad Najwan bin Abdullah Shahrin (Ketua Penerangan) dan Muhammad Hazim Rahimi bin Rosly (Ketua Biro Kebajikan dan Kemasyarakatan) sempat menghadiri program Forum Ilmuan Madani Siri 11.
Forum Ilmuan Madani bagi siri yang ke-11 mengangkat tema perpaduan umat Islam semasa krisis geopolitik, dengan penekanan kepada kepentingan kesatuan fikrah, solidariti ummah serta peranan generasi muda dalam menghadapi cabaran global secara bijaksana dan berprinsip.
Dalam kesempatan tersebut, kami juga sempat bertemu seketika Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang turut memberikan kata-kata semangat kepada golongan belia untuk terus memainkan peranan dalam memperkukuh perpaduan dan membina masa depan negara.
02/05/2026
Program Sumbangan Beras anjuran AMK Lembah Pantai berjalan lancar hari ini.
Terima kasih kepada 50 anak muda PPR Kerinchi Blok A yang hadir dan bersama-sama memeriahkan sesi kali ini 🙌
Semoga sumbangan kecil ini dapat meringankan beban, dan menjadi pemangkin semangat kepada lebih banyak usaha kebajikan serta program komuniti untuk anak muda bandar selepas ini.
29/04/2026
Jom sama-sama kita hulurkan bantuan 💙
Dalam semangat kebersamaan dan prihatin, AMK Lembah Pantai tampil menganjurkan Program Sumbangan Beras bagi membantu komuniti yang memerlukan. Setiap sumbangan kecil membawa makna besar buat mereka yang memerlukan.
📅 2 Mei 2026 (Sabtu)
⏰ 4.00 petang
📍 Dewan Terbuka Blok A PPR Kerinchi
Ayuh hadir dan bersama kita ringankan beban, eratkan ukhuwah, dan bina komuniti yang lebih sejahtera.
03/04/2026
Mesyuarat Agung Tahunan Angkatan Muda Keadilan Cabang Lembah Pantai 2026 yang akan diadakan pada hari Sabtu ini yang turut dirasmikan oleh :
Sdr Nabil Halimi ( Naib Ketua AMK Malaysia )
Mari kita berkumpul untuk mendengar amanat perjuangan dan memperkukuh saf kepimpinan anak muda Lembah Pantai. Suara dan kehadiran setiap anggota amat bermakna.
🗓 Tarikh: 4 April 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 10.30 pagi – 12.30 tengah hari
📍 Tempat: Auditorium Connexion, Level 3A, Nexus Bangsar South