Perkep Pulapol KL - Laman Rasmi

Perkep Pulapol KL - Laman Rasmi

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Perkep Pulapol KL - Laman Rasmi, Government Organization, PUSAT LATIHAN POLIS KUALA LUMPUR, Kuala Lumpur.

26/05/2026
Photos from Perkep Pulapol KL - Laman Rasmi's post 27/04/2026

LAWATAN KEBAJIKAN BERSAMA YDH KOMANDAN SERTA YBHG, PENGERUSI PERKEP DAN BIRO PERKEP PULAPOL KUALA LUMPUR

PULAPOL Kuala Lumpur , 24 April 2026 ( Jumaat ) – Satu lawatan Kebajikan telah diadakan oleh Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) PULAPOL KL ke atas Isteri kepada Sarjan Noor Azri bin Musa , Jurulatih Kawad dan Jasmani , yang kini sedang menghidap kanser rahim tahap tiga.

Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah YDH SAC Datuk Mohd Nor Yhazid bin Idris, Komandan PULAPOL Kuala Lumpur, bersama YBhg. Datin Zalina binti Zainuddin, Pengerusi PERKEP PULAPOL KL, serta barisan Biro-biro PERKEP.

Lawatan ini bertujuan untuk menzahirkan keprihatinan serta memberikan sokongan moral kepada pesakit dan ahli keluarga dalam menghadapi ujian kesihatan. Selain itu, sumbangan daripada Pengerusi PERKEP berbentuk wang tunai dan jugak buah tangan sebagai tanda sokongan moral warga PERKEP PULAPOL KL.

Inisiatif seperti ini bukan sahaja meringankan beban yang ditanggung, malah menjadi suntikan semangat kepada keluarga yang terlibat agar terus tabah dan kuat menghadapi dugaan. Ia juga membuktikan bahawa PERKEP PULAPOL KL sentiasa komited dalam menjaga kebajikan ahli serta memperkukuh ikatan silaturahim.

Photos from Perkep Pulapol KL - Laman Rasmi's post 24/04/2026

Perjumpaan Pengerusi PERKEP bersama Pengusaha Mesin Layan Diri dan Penggerai Tapak PERKEP PULAPOL KL.

YBhg. Datin Zalina binti Zainuddin Pengerusi PERKEP PULAPOL Kuala Lumpur telah mengadakan perjumpaan bersama Pengusaha Mesin Layan Diri, En. Mohd Zulhairy bin Idris dan Penggerai Tapak PERKEP PULAPOL KL pada 24 April 2026 (Jumaat) bertempat di Bilik Mesyuarat Utama PULAPOL Kuala Lumpur. Perjumpaan ini turut dihadiri oleh YDh. Supt. Romaliza binti Ramli Naib Pengerusi II PERKEP , ASP Sufinah binti Muhsen selaku Setiausaha PERKEP dan Insp. Halijah binti Latif - Biro Industri Kecil dan Sederhana (IKS).

Objektif mesyuarat :

i) Penamatan Penjanjian

* Membincangkan isu penamatan perjanjian sewaan Pengusaha Mesin Layan Diri dan Penggerai bagi tahun 2025-2026. Pengusaha dan penyewa gerai perlu mengemukan permohonan baru untuk perjanjian sewaan akan datang.

ii) Bayaran tertunggak

* Mengenal pasti status bayaran lepas yang tertunggak. Pengusaha Mesin Layan Diri dan penyewa gerai telah memberi kata sepakat dalam menyelesaikan isu bayaran tertunggak bagi perjanjian sewaan yang lepas.

iii) Perbincangan Perjanjian Sewaan Baru

* Perjanjian Sewaan 2026 dengan terma dan syarat baru. Perjanjian Sewaan 2026 akan bermula pada bulan Mei 2026.

iv) Perbincangan berkenaan aduan kerosakan

* Para penggerai membuat aduan berkenaan kerosakkan tapak gerai dan untuk tindakan lanjut. Tindakan akan diambil untuk pembaikan di masa hadapan.

Semoga perbincangan ini dapat memberi manfaat dan impak positif serta dapat menyelesaikan isu-isu berkaitan Pengusaha Mesin Layan Diri dan Penggerai PERKEP PULAPOL KL di masa hadapan serta meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada semua.

Terima kasih diatas komitmen dan kerjasama yang diberikan kepada semua yang terlibat. Semoga segala perancangan yang dibincangkan dapat dilaksanakan dengan lancar.

Photos from Perkep Pulapol KL - Laman Rasmi's post 23/04/2026

PERKEP PULAPOL Kuala Lumpur telah menganjurkan Program Fitik dan pengiraan inventori aset rumah PERKEP PULAPOL KL pada 23 April 2026 (Khamis) bertempat di Rumah PERKEP PULAPOL Kuala Lumpur.

Program fitik ini adalah dibawah kelolaan Biro Pengurusan Aset PERKEP PULAPOL Kuala Lumpur, turut dimeriahkan dengan kehadiran YBhg.Datin Zalina binti Zainuddin, serta disertai oleh barisan biro dan penolong biro PERKEP PULAPOL KL.

Objektif Fitik & Pengiraan Inventori Aset Rumah PERKEP PULAPOL KL:

i) Mengesahkan kewujudan aset

* Memastikan setiap aset yang direkodkan benar-benar berada di lokasi yang ditetapkan.

ii) Menyemak keadaan fizikal aset

* Mengenal pasti status aset sama ada baik, rosak, hilang atau perlu pelupusan.

iii) Memastikan ketepatan rekod inventori

* Menyelaraskan maklumat aset dengan rekod daftar inventori sedia ada.

iv) Meningkatkan kawalan dan keselamatan aset

* Mengelakkan kehilangan, penyalahgunaan atau pemindahan aset tanpa rekod rasmi.

v) Penyelenggaraan dan penggantian

* Mengenal pasti aset yang memerlukan penyelenggaraan atau penggantian baharu.

Semoga penganjuran program seperti ini terus memberikan manfaat dan impak positif serta dapat mengeratkan lagi silaturahim kepada semua ahli PERKEP PULAPOL Kuala Lumpur.

Photos from Perkep Pulapol KL - Laman Rasmi's post 22/04/2026

PERKEP PULAPOL Kuala Lumpur telah menganjurkan Program SPLASHFIT pada 21 April 2026 (Selasa) bertempat di Pusat Akuatik, PULAPOL Kuala Lumpur.

Program yang bertemakan gaya hidup sihat ini adalah dibawah kelolaan Biro Sukan PERKEP PULAPOL Kuala Lumpur dan telah disertai seramai 65 orang yang terdiri daripada barisan biro serta ahli PERKEP.

Sesi SplashFit yang berkonsepkan senaman dalam air (akuarobik) ini telah dikendalikan oleh jurulatih senamrobik, Kpl. Fatmawati binti Zulkarnain, dan turut dimeriahkan dengan kehadiran YBhg. Datin Zalina binti Zainuddin, Pengerusi PERKEP PULAPOL KL, YBhg. Puan Lilly Salawati binti Sahrani, Naib Pengerusi I dan YDh. Supt. Romaliza binti Ramli, Naib Pengerusi II.

Semoga penganjuran program seperti ini terus memberikan manfaat dan impak positif kepada semua ahli PERKEP PULAPOL Kuala Lumpur.

Photos from Perkep Pulapol KL - Laman Rasmi's post 10/04/2026

MESYUARAT DAN PERJUMPAAN BERSAMA YBHG. DATIN PENGERUSI PERKEP BERSAMA BIRO BIRO PERKEP PULAPOL KL

PULAPOL Kuala Lumpur, 10 April 2026 (Jumaat) - Mesyuarat dan perjumpaan tersebut telah diadakan pada hari ini bertempat di Rumah PERKEP PULAPOL KL. Perjumpaan dan sesi suai kenal Biro Biro PERKEP PULAPOL KL bersama YBhg. Datin Zalina binti Zainuddin - Pengerusi PERKEP PULAPOL KL, YBhg. Puan Lily Salawati binti Sahrani - Naib Pengerusi PERKEP PULAPOL KL I, YDH Supt. Romaliza binti Ramli - Naib Pengerusi PERKEP PULAPOL KL II dan biro - biro PERKEP PULAPOL KL.

Semoga ikatan dan ukhwah yang terjalin akan sentiasa dalam Rahmat Allah SWT. Sabda Rasulullah SAW β€œ Jagalah Silaturrahim Kerana Ia Tanda Kesempurnaan Iman”.

20/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2026/1447H.

YBhg. Datin Zalina binti Zainuddin, Pengerusi PERKEP PULAPOL Kuala Lumpur mengucapkan π‘Ίπ’†π’π’‚π’Žπ’‚π’• π‘―π’‚π’“π’Š π‘Ήπ’‚π’šπ’‚ π‘¨π’Šπ’…π’Šπ’π’‡π’Šπ’•π’“π’Š kepada seluruh warga PERKEP Polis Diraja Malaysia khususnya warga PERKEP Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur.

Semoga kehadiran Syawal tahun ini membawa limpahan keberkatan, kebahagiaan, serta mengeratkan lagi silaturahim antara kita semua. Raikanlah hari kemenangan ini dengan penuh kesyukuran di samping insan tersayang.

Kepada yang pulang ke kampung halaman, semoga perjalanan dipermudahkan dan selamat tiba ke destinasi yang dituju. Pandulah dengan berhemah, utamakan keselamatan, dan semoga kepulangan disambut penuh kegembiraan bersama keluarga tercinta.

Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Maaf zahir dan batin.

Photos from Perkep Pulapol KL - Laman Rasmi's post 14/03/2026

MAJLIS KHATAM AL-QURAN & PENYAMPAIAN SUMBANGAN KHAS SEMPENA RAMADAN AL – MUBARAK 1447/2026 ANJURAN MASJID SALLEHIN PULAPOL KUALA LUMPUR

PULAPOL Kuala Lumpur, 13 Mac 2026 ( Jumaat ) - Bersempena bulan Ramadan 1447H , PERKEP PULAPOL Kuala Lumpur telah menyertai Majlis Khatam Al-Quran & Penyampaian Sumbangan Khas Sempena Ramadan Al – Mubarak 1447/2026 Anjuran Masjid Sallehin PULAPOL Kuala Lumpur bertempat di Dewan Tan Sri Abdul Rahman Hashim, PULAPOL Kuala Lumpur.

Program ini bertujuan untuk memperkukuhkan ikatan ukhuwah, meningkatkan amalan rohani di kalangan warga PERKEP PULAPOL KL serta menamatkan bacaan Al-Quran secara berjemaah, sekali gus mencapai keberkatan serta menyemai kecintaan terhadap kitab suci Al-Quran.

Majlis Khatam Al-Quran & Penyampaian Sumbangan Khas Sempena Ramadan Al – Mubarak 1447/2026 ini telah dihadiri oleh YBhg. Datin Zalina binti Zainuddin - Pengerusi PERKEP PULAPOL Kuala Lumpur, YDH Supt. Romaliza binti Ramli, Naib Pengerusi (II) PERKEP PULAPOL KL dan ahli PERKEP PULAPOL KL.

Semoga dengan keberkatan di bulan yang mulia ini terus kita dapat memperbanyakkan bacaan Al-Quran kerana amalan ini bakal menjadi syafaat di hari akhirat selain diangkat martabat golongan yang membacanya.

Photos from Perkep Pulapol KL - Laman Rasmi's post 14/03/2026

PROGRAM PEMBELIAN PAKAIAN HARI RAYA UNTUK ANAK YATIM DAN ASNAF PUSAT JAGAAN TITIAN KASEH TITIWANGSA
PERKEP (PULAPOL) KUALA LUMPUR

PULAPOL Kuala Lumpur, 13 Mac 2026 ( Jumaat ) – PERKEP PULAPOL Kuala Lumpur telah menganjurkan Program Pembelian Pakaian Hari Raya untuk anak-anak yatim dan asnaf dari Pusat Jagaan Titian Kaseh, Titiwangsa.

Program ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datin Zalina binti Zainuddin - Pengerusi PERKEP PULAPOL Kuala Lumpur dan YDH Supt. Romaliza binti Ramli, Naib Pengerusi (II) PERKEP PULAPOL KL. Turut hadir memeriahkan program ini ialah wakil daripada pihak Muaz serta barisan biro dan ahli PERKEP PULAPOL Kuala Lumpur.

Program ini dimulakan dengan aktiviti pembelian pakaian Hari Raya di Kedai Pakaian Muaz. Selain itu, anak-anak dari Pusat Jagaan Titian Kaseh Titiwangsa turut menerima sumbangan duit raya bagi menceriakan sambutan Hari Raya.

Program ini diakhiri dengan penyampaian cenderahati serta sumbangan wang berbentuk Mock Cheque daripada PERKEP PULAPOL Kuala Lumpur kepada pihak Pusat Jagaan Titian Kaseh Titiwangsa sebagai tanda sokongan dan keprihatinan terhadap kebajikan anak-anak di pusat jagaan tersebut.

Semoga program seumpama ini dapat terus memupuk nilai keprihatinan, kasih sayang serta semangat berkongsi rezeki dalam kalangan warga PERKEP PULAPOL Kuala Lumpur.

Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address


PUSAT LATIHAN POLIS KUALA LUMPUR
Kuala Lumpur
54100