11/06/2020
Berkhemah atas padang pasir satu pengalaman yang aku rasa boleh dapat kat negara arab je, tapi ada yang mengerikan juga , apa tu ?
Badar ni jauh dari Madinah dalam 100km lebih rasanya , kalau naik kereta tu 1 jam lebih sampai dah , kita bayangkan macam mana nabi waktu perang badar dulu pergi kesini , jalan bukit-bukit ,bukan ada kereta pun waktu tu .Dalam video sejarah aku kat channel akan update setiap tempat yang nabi singgah sebelum sampai ke badar tu , memang s**ar betul perjalanannya.
Aku ngan member pergi tu musim panas , bayangkan bila sampai ke satu tempat untuk sesi rakaman pertama , kami dah keluar kereta dah , rasanya jauh dari madinah dah 60km , boleh aku tertinggal microphone , so, nak tak nak aku kata memang kena patah balik , member aku tu sporting , ikut kan saje kehendak aku , kami pun patah balik .
Tiba-tiba sebelum kami sampai Madinah tu , tayar lain macam je, rupa-rupanya terkena paku besar, habis, memang angin keluar cepat , sampai kami kena berhenti nak tukar dengan tayar spare, nasib baik la driver ni reti tukar, kalau harapkan aku , memang tak berjalanlah kereta sampai 10 tahun.bayangkan panas memang mengancam , siapa yang pernah sampai ke Madinah musim panas tahu la azab dia.
Selesai pasang tu , kami pun jalan mencari bengkel untuk tembak tayar yang berlubang tadi , alhamdulillah tak jauh dari situ kami pun jumpa bengkel dan baiki kat situ .Memang kena baiki , sebab perjalanan kami jauh lagi , sampaikan member sorang ni cakap , nak teruskan ke macam mana ni, macam aku ni jenis alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan .
Dah siap ambik barang kat Madinah, apa lagi kami pun shoot semula ke Badar, alhamdulilah sempat lah buat rakaman kat beberapa tempat , tapi series hampir semua tempat tu ada cabaran , nanti aku cerita kalau nak upload video tu.Last sekali sampai lah kami kat Badar,
Badar ni memang banyak bukit berpasir , memang lawa , cuma kami mesti cari tempat yang strategik untuk bermalam , sebab nak pasang khemah je.Setelah lama cari jumpa la satu tempat ni memang lawa, bersih.kami pun parking kereta dan bawak alatan berkhemah ke situ. Alamak, lepas kami siap pasang khemah tu , tengah menikmati , matahari turun , tiba-tiba dengar anjing menyalak, makin lama, makin dekat ,haha, semua cuak la, rasanya, tempat tu ada pemilik , sebab tu anjing tu jaga kawasan situ , kami pun tak nak la tanggung risiko kami pun terpaksa beredar cari tempat lain yang lagi selamat , kang tak pasal-pasal kalau bermalam kat situ , mau jadi mayat esoknya tu.
Kesiankan, lama betul kami mencari , rata-rata tempatnya berpagar dan tinggi sangat untuk kami daki , dah la dah malam, sampai lah dah jam 1 pagi kami ambik keputusan bermalam atas bukit tepi jalan raya ,boleh la tengok kereta lalu lalang situ .Kami pun panjat bukit tu dengan penuh bersemangat . Kami pasang khemah atas bukit tu , tapi last-last bentang karpet kat luar khemah kami pun baring sambil melihat bintang-bintang di langit, feeling dia lain macham. Angin kat atas tu sepoi-sepoi bahasa membuatkan kami terpaksa panaskan air untuk bancuh air teh panas, fuhh bila telan masuk tekak sambil feeling gitu memang mengasyikkan. Kami pun bercerita sesame kami , bayangkan sampai kami tak sedar terlelap , nak katakan sangat best tu.
Paginya kami terbangun subuh , terus ambik wudhuk solat subuh atas bukit . Rasanya pengalaman tu akan dapat kat sini je, rasa kusyuknya solat tu.Lalu sementara menunggu matahari naik, nak rakam sunsite, kami pun buatlah air teh panas lagi nak bagi panas perut, bila ada Nampak cahaya nak naik kami pun pasang kamera rakam.Sebelah bukit tu , ada lagi satu bukit berpasir yang memang tinngi , sambil menunggu habis sunsite aku dan member sorang ni cuba la panjat , aku pun ingat mudah , sekali tak sampai berapa langkah , dengan kaki asyik terbenam dalam pasir dah buat aku give up, tapi member sorang tu , boleh dia panjat sampai paling atas, memang hebat. Last sekali habis rakaman kami pun beredar. Tapi kenangan kat Saudi ni di bukit pasir tu memang indah dan terpahat dalam ingatan.
Video sejarah di Badar akan diupload dari semasa ke semasa di youtube ABU FAYHAN CHANNEL
11/06/2020
ABU FAYHAN CHANNEL