01/06/2026
SEKALUNG TAHNIAH KEPADA PANGLIMA TENTERA DARAT
Panglima Briged Artileri Roket, Brigedier Jeneral Dato' Mohd Tawil bin Haji Daud serta seluruh warga Briged Artileri Roket mengucapkan Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Jen Tan Sri Datoβ Sri Azhan Bin Hj Md Othman, Panglima Tentera Darat atas penganugerahan Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota (P.S.M) yang membawa gelaran Tan Sri.
Semoga pengiktirafan yang amat berprestij ini menjadi pemangkin untuk terus menerajui kecemerlangan dan memperkukuh keupayaan Tentera Darat dalam mempertahankan kedaulatan negara.
01/06/2026
SEKALUNG TAHNIAH KEPADA PANGLIMA ANGKATAN TENTERA
Panglima Briged Artileri Roket, Brigedier Jeneral Dato' Mohd Tawil bin Haji Daud serta seluruh warga Briged Artileri Roket mengucapkan Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada Jeneral Tan Sri Datoβ Seri Haji Malek Razak bin Sulaiman, Panglima Angkatan Tentera atas pengurniaan Darjah Kebesaran Panglima Mangku Negara (P.M.N) yang membawa gelaran Tan Sri sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada hari ini.
Sesungguhnya pengurniaan ini merupakan satu pengiktirafan yang amat bermakna terhadap segala jasa, kepimpinan serta pengorbanan beliau dalam menerajui Angkatan Tentera Malaysia dengan penuh dedikasi, integriti dan kecemerlangan demi memelihara kedaulatan serta keamanan negara tercinta.
01/06/2026
πππππππππ ππππππ
πππππππππ ππππππ
Panglima Medan Barat Tentera Darat dan seluruh warga Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah sempena Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim. Semoga Tuanku sentiasa dikurniakan keafiatan dan kesejahteraan.
ππππππ ππππππ
- Markas Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat
31/05/2026
πππππππ πππππππππ ππππ πππππ πππππ πππππππ ππ-ππ ππππππππ ππππππ ππππ ππ-π5
Panglima Briged Artileri Roket, Brigedier Jeneral Dato' Mohd Tawil bin Haji Daud serta seluruh Warga Briged Artileri Roket mengucapkan Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun Rejimen Ke-51 Artileri Diraja yang Ke-25. Semoga HUT yang disambut pada setiap 1 Jun ini menjadi pemangkin kepada warga Rejimen ke-51 Artileri Diraja untuk terus teguh dalam perjuangan demi menjaga kedaulatan negara tercinta.
"LANCAR MEMUSNAH"
29/05/2026
πππππππ πππππππππ πππππ ππππππππ πππ ππππ πππππ ππππ
Panglima Briged Artileri Roket, Brigedier Jeneral Dato' Mohd Tawil bin Haji Daud serta seluruh warga Briged Artileri Roket mengucapkan Selamat Menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai tahun 2026 kepada masyarakat yang meraikannya.
28/05/2026
SALAM TAKZIAH KEPADA SELURUH KELUARGA ALLAHYARHAM LT JEN DATO' HJ ABD AZIZ BIN HASSAN (B)
Panglima Briged Artileri Roket Brigedier Jeneral Dato' Mohd Tawil bin Haji Daud serta seluruh warga Briged Artileri Roket menzahirkan rasa dukacita di atas pemergian Allahyarham Lt Jen Dato' Hj Abd Aziz bin Hassan (B) serta menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham. Sama-sama kita doakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.
Al-Fatihah
26/05/2026
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA 1447H
Panglima Briged Artileri Roket, Brig Jen Dato' Mohd Tawil bin Haji Daud dan Isteri Datin Zakiah binti Abdul Razak mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha. Aidiladha mengajar erti pengorbanan, kesetiaan dan keikhlasan dalam setiap amanah yang dipikul.
Semoga semangat ini terus menyatukan hati dan memperkukuhkan perjuangan kita demi agama, bangsa dan negara.
26/05/2026
SALAM TAKZIAH KEPADA SELURUH KELUARGA ALLAHYARHAM PW II MOHD FADZIL BIN ANGSAR
Panglima Briged Artileri Roket Brigedier Jeneral Dato' Mohd Tawil bin Haji Daud serta seluruh warga Briged Artileri Roket menzahirkan rasa dukacita di atas pemergian Allahyarham PW II Mohd Fadzil bin Angsar serta menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham. Sama-sama kita doakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.
Al-Fatihah