Kor Ordnans DiRaja

Kor Ordnans DiRaja

Share

Laman Rasmi Facebook Kor Ordnans DiRaja (KOD)

Photos from Kor Ordnans DiRaja's post 01/06/2026

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐ˆ๐๐€๐ƒ๐€๐‡ ๐Š๐Ž๐‘๐๐€๐ ๐’๐„๐Œ๐๐„๐๐€ ๐’๐€๐Œ๐๐”๐“๐€๐ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐‘๐€๐˜๐€ ๐€๐ˆ๐ƒ๐ˆ๐‹๐€๐ƒ๐‡๐€ ๐๐€๐’๐”๐Š๐€๐ ๐Ÿ—๐Ÿ’ ๐ƒ๐„๐๐Ž๐“ ๐๐€๐๐†๐Š๐€๐‹๐€๐ ๐๐„๐‹๐”๐‘๐”

GEMAS, 28 Mei 26 โ€“ Pasukan 94 Depot Pangkalan Peluru (DPP) telah melaksanakan Majlis Ibadah Korban sempena Sambutan Hari Raya Aidiladha dalam suasana penuh harmoni, semangat kebersamaan dan penghayatan nilai pengorbanan bertempat di Kem Syed Sirajuddin, Gemas. Majlis tersebut telah disempurnakan dengan kehadiran Pegawai Memerintah 94 DPP, Kolonel Haji Zawawi bin Haji Ahmad bersama pegawai, anggota serta warga pasukan.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa bagi memohon keberkatan, kesejahteraan dan kelancaran sepanjang pelaksanaan program. Acara diteruskan dengan penyerahan pisau sembelih sebagai simbolik pelaksanaan ibadah korban pasukan bagi tahun 2026, sekali gus menzahirkan komitmen warga 94 DPP dalam menghayati tuntutan ibadah korban.

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Hajj ayat 37:

โ€œDaging dan darah binatang korban itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah ketakwaan kamu.โ€

Ayat tersebut menegaskan bahawa ibadah korban menuntut keikhlasan, ketakwaan dan pengorbanan yang sebenar dalam setiap amalan yang dilaksanakan.

Sebagai manifestasi keprihatinan terhadap kebajikan warga pasukan, Pegawai Memerintah turut menyempurnakan penyampaian sumbangan daging korban kepada seluruh warga 94 DPP. Inisiatif tersebut bukan sahaja mencerminkan semangat kebersamaan dan perpaduan, malah turut memperkukuhkan hubungan silaturahim serta budaya saling membantu dalam kalangan warga pasukan.

Secara keseluruhannya, pelaksanaan Majlis Ibadah Korban ini bukan sahaja menyemarakkan sambutan Aidiladha, malah berjaya menyuburkan semangat ukhuwah, nilai pengorbanan dan kebersamaan dalam kalangan warga 94 DPP. Program seumpama ini juga selari dengan aspirasi Panglima Tentera Darat Ke-31 dalam memperkasakan warga Tentera Darat yang berintegriti, profesional dan sentiasa mengutamakan nilai kebajikan serta kesejahteraan organisasi bertepatan dengan motto pasukan, โ€œBiar Bakti Jadi Kenangan.โ€

Oleh : Lt Muhammad Khairul Anam bin Che Ahmad



Photos from Kor Ordnans DiRaja's post 27/05/2026

๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ฆ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง๐—”๐—ก ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ฅ๐—”๐—ฌ๐—” ๐—”๐—œ๐——๐—œ๐—Ÿ๐—”๐——๐—›๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—”๐—ฆ๐—จ๐—ž๐—”๐—ก ๐Ÿณ๐Ÿฏ ๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—Ÿ๐—œ๐—ข๐—ก ๐—ž๐—ข๐—ฅ ๐—ข๐—ฅ๐——๐—ก๐—”๐—ก๐—ฆ ๐——๐—œ๐—ฅ๐—”๐—๐—” ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

MELAKA, 27 Mei 26 โ€“ 73 BOD telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidiladha Peringkat Pasukan yang berlangsung dalam suasana penuh meriah, harmoni dan semangat berpasukan di persekitaran pasukan.

Penganjuran majlis ini bukan sahaja bertujuan menghayati nilai pengorbanan yang menjadi teras Aidiladha, malah turut menjadi medium dalam memperkukuhkan ukhuwah dan silaturahim antara Pegawai, anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) serta staf awam.

Antara pengisian utama program termasuk pelaksanaan Khutbah dan Solat Sunat Aidiladha secara berjemaah di Masjid As-Syuhadaโ€™ Kem Terendak dan diikuti acara penyembelihan lembu korban, jamuan hari raya serta pengagihan daging korban kepada warga Islam 73 BOD.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Lt Kol H Mohd Rofi Zukisam bin Hassan, Pegawai Memerintah 73 BOD bersama seluruh warga 73 BOD yang hadir memeriahkan sambutan tersebut.

Diharapkan program seumpama ini akan terus menjadi platform dalam menyemai nilai perpaduan, toleransi dan semangat pengorbanan dalam kalangan warga 73 BOD, selaras dengan usaha memperkukuhkan hubungan sesama warga pasukan.

Oleh: LtM Muhammad Alzam Aqil bin Mohd Zamani.


Photos from Kor Ordnans DiRaja's post 25/05/2026

๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐๐„๐๐˜๐„๐Œ๐๐„๐‹๐ˆ๐‡๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐๐„๐๐†๐”๐‘๐”๐’๐€๐ ๐ˆ๐๐€๐ƒ๐€๐‡ ๐Š๐Ž๐‘๐๐€๐ ๐๐€๐’๐”๐Š๐€๐ ๐Ÿ—๐Ÿ’ ๐ƒ๐„๐๐Ž๐“ ๐๐€๐๐†๐Š๐€๐‹๐€๐ ๐๐„๐‹๐”๐‘๐”

GEMAS, 25 Mei 26 โ€“ Pasukan 94 Depot Pangkalan Peluru (DPP) telah melaksanakan Kursus Penyembelihan dan Pengurusan Ibadah Korban bertempat di Surau Nur Rahman, sebagai persediaan awal menjelang pelaksanaan ibadah korban yang bakal dilaksanakan.

Pelaksanaan kursus ini merupakan salah satu inisiatif pasukan dalam memperkasakan pengetahuan serta meningkatkan kesiapsiagaan anggota agar pelaksanaan ibadah korban dapat dilaksanakan dengan sempurna, teratur dan mematuhi tuntutan syariat Islam. Selain pendedahan secara teori, peserta turut diberikan latihan praktikal meliputi kaedah penyembelihan yang betul, pengendalian haiwan korban serta aspek kebersihan dan keselamatan sepanjang pelaksanaan ibadah korban.

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Hajj ayat 34:

โ€œDan bagi tiap-tiap umat, Kami syariatkan ibadah korban (atau penyembelihan), supaya mereka menyebut nama Allah terhadap rezeki yang dikurniakan-Nya kepada mereka berupa binatang ternakan.โ€

Ayat ini memberi pengajaran bahawa ibadah korban bukan sekadar satu amalan rutin, bahkan merupakan tuntutan ibadah yang menuntut keikhlasan, amanah serta pelaksanaan yang menepati syariat Islam.

Secara keseluruhannya, pelaksanaan kursus ini diyakini mampu meningkatkan tahap pengetahuan, kemahiran dan keyakinan anggota dalam menguruskan ibadah korban secara lebih profesional, sistematik serta berlandaskan syariat Islam dalam kalangan warga 94 DPP. Ini sejajar dengan usaha melahirkan warga pasukan yang berilmu, berkemahiran dan sentiasa bersedia melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan.

Oleh : Lt Muhammad Khairul Anam bin Che Ahmad



Photos from Kor Ordnans DiRaja's post 25/05/2026

๐Œ๐„๐’๐˜๐”๐€๐‘๐€๐“ ๐€๐†๐”๐๐† ๐“๐€๐‡๐”๐๐€๐ ๐๐€๐Š๐€๐“ ๐Ÿ• ๐Š๐Ž๐Œ๐๐„๐๐ˆ ๐Š๐Ž๐‘ ๐Ž๐‘๐ƒ๐๐€๐๐’ ๐ƒ๐ˆ๐‘๐€๐‰๐€

JOHOR BHARU, 17 Mei 26 โ€“ Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) 7 Kompeni Kor Ordnans Diraja telah melaksanakan Mesyuarat Agung Tahunan BAKAT 7 KOD Tahun 2026 yang berlangsung dengan jayanya. Mesyuarat ini bertujuan bagi membentangkan laporan aktiviti tahunan, mengeratkan silaturahim sesama ahli, membincangkan perancangan program serta memperkukuhkan kerjasama dan kebajikan keluarga pasukan. Majlis telah disempurnakan oleh Puan Raudatul Shima Binti Radzuan, Pengerusi BAKAT 7 KOD bersama 15 orang ahli BAKAT 7 KOD.

Majlis dimulakan dengan jamuan sarapan pagi di Kelab Sri Satria dalam suasana penuh mesra dan harmoni. Seterusnya ucapan Perasmian oleh Yang Berbahagia Pegawai Pemerintah 7 KOD, Mejar Muhamad Amir Hafiz bin Dato' Suhaimi. Dalam ucapan perasmian beliau, turut diterangkan mengenai fungsi serta kepentingan BAKAT kepada semua ahli yang hadir. Beliau juga menekankan agar seluruh ahli BAKAT sentiasa memberikan kerjasama dan aktif menyertai setiap aktiviti yang dianjurkan demi memperkukuhkan hubungan serta kebajikan keluarga pasukan.

Ahli mesyuarat juga telah diterangkan berkenaan agenda mesyuarat serta penjelasan Garis Panduan Terkini BAKAT DARAT dan juga perancangan aktiviti BAKAT pasukan dan BAKAT 7 Briged sepanjang 2026. Selain itu, pelantikan dan pemilihan Ahli Jawatankuasa BAKAT pasukan bagi sesi tahun 2026 telah dilaksanakan.

Oleh : Lt Mohamad Shaffirul Nizam bin Mohd Shariff.

Photos from Kor Ordnans DiRaja's post 22/05/2026

๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐๐„๐๐˜๐„๐Œ๐๐„๐‹๐ˆ๐‡๐€๐ ๐€๐๐‰๐”๐‘๐€๐ ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐€๐†๐€๐Œ๐€ ๐ˆ๐’๐‹๐€๐Œ ๐Œ๐„๐‹๐€๐Š๐€ (๐‰๐€๐ˆ๐Œ) ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐๐€๐’๐”๐Š๐€๐ ๐Ÿ•๐Ÿ‘ ๐๐€๐“๐€๐‹๐ˆ๐Ž๐ ๐Š๐Ž๐‘ ๐Ž๐‘๐ƒ๐๐€๐๐’ ๐ƒ๐ˆ๐‘๐€๐‰๐€ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

MELAKA, 21 Mei 26 - Seramai 45 peserta terdiri daripada 5 pegawai dan 40 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari pasukan 73 BOD telah menyertai Kursus Penyembelihan Anjuran Bersama Jabatan Agama Islam Negeri Melaka (JAIM).

Dalam kursus ini, para peserta diberi pendedahan secara teori dan praktikal mengenai kaedah penyembelihan binatang iaitu sebanyak 40 ekor ayam menurut syariat Islam serta dapat memantapkan tahap pemahaman peserta mengenai konsep halal dan haram.

Penceramah Jemputan bagi kursus ini adalah wakil dari Bahagian Pengurusan Halal JAIM, Ustaz Faiz bin Abd Aziz dan En. Zainal bin Mihat dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Melaka.

Secara keseluruhannya, para peserta yang hadir telah memberikan maklumbalas yang sangat positif dan menunjukkan semangat kerjasama yang tinggi sepanjang kursus dilaksanakan, sekaligus kursus ini telah mencapai objektif yang disasarkan.

Oleh : LtM Muhammad Alzam Aqil bin Mohd Zamani


Photos from Kor Ordnans DiRaja's post 22/05/2026

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐๐„๐๐†๐”๐Š๐”๐‡๐€๐ ๐€๐†๐€๐Œ๐€ ๐’๐€๐”๐ƒ๐€๐‘๐€ ๐Œ๐”๐’๐‹๐ˆ๐Œ ๐€๐๐‰๐”๐‘๐€๐ ๐Ÿ•๐Ÿ‘ ๐๐€๐“๐€๐‹๐ˆ๐Ž๐ ๐Š๐Ž๐‘ ๐Ž๐‘๐ƒ๐๐€๐๐’ ๐ƒ๐ˆ๐‘๐€๐‰๐€

MELAKA, 19 Mei 26 hingga 20 Mei 26 - Program Pengukuhan Agama Saudara Muslim anjuran 73 BOD dengan kerjasama Balai Islam MAIM telah melabuhkan tirainya di Kompleks Darul Huda, Balai Islam MAIM, Kesidang, Melaka.

Program tersebut melibatkan penyertaan seramai 21 Saudara Muslim daripada Trup 3 Divisyen, Trup 10 Briged (Para) dan 11 RGK, selain 16 peserta daripada Balai Islam MAIM. Majlis penutup telah disempurnakan oleh Panglima 3 Divisyen, YBhg Mej Jen Haji Sani bin S Omar.

Turut hadir ialah Pegawai Memerintah 73 BOD, Lt Kol H Mohd Rofi Zukisam bin Hassan serta Penolong Setiausaha Balai Islam MAIM, Encik Nasir bin Wahab.

Sepanjang program berlangsung, para peserta didedahkan dengan pelbagai pengisian berbentuk keagamaan termasuk ceramah yang disampaikan oleh pakar akademik Islam UiTM Melaka, Imam Besar Masjid Al Azim dan PS 1 Agama MK 3 Div.

Program ini turut mencerminkan komitmen berterusan 73 BOD dan Balai Islam MAIM dalam memastikan Saudara Muslim terus dibimbing agar kekal istiqamah dalam penghayatan agama.

Majlis diakhiri dengan penyampaian sijil penghargaan dan sesi bergambar.

Oleh: LtM Muhammad Alzam Aqil bin Mohd Zamani


Photos from Kor Ordnans DiRaja's post 19/05/2026

๐๐€๐๐†๐Š๐€๐“ ๐“๐„๐‘๐’๐„๐Œ๐€๐“, ๐ˆ๐Š๐‘๐€๐‘ ๐“๐„๐‘๐‹๐€๐Š๐’๐€๐๐€

Seluruh warga KOD merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada pegawai KOD yang telah dinaikkan pangkat pada hari ini.

* Brig Jen Dr Mahendra a/l K. Sekaran Nair.
* Lt Kol Syahirah binti Shamsuddin.
* Lt Kol Fatemawaty binti Othman.

Semoga kenaikan pangkat ini akan menjadi pemangkin kepada mereka untuk terus menghasilkan mutu serta prestasi kerja yang cemerlang dalam memacu organisasi TD amnya dan KOD khasnya.


19/05/2026

๐‡๐€๐๐๐˜ ๐๐ˆ๐‘๐“๐‡๐ƒ๐€๐˜ ๐“๐Ž ๐Ž๐”๐‘ ๐๐„๐‹๐Ž๐•๐„๐ƒ ๐‚๐‡๐€๐ˆ๐‘๐Œ๐€๐!๐Ÿ’

Dengan penuh takzim, seluruh warga Kor Ordnans Diraja menzahirkan ucapan sempena ulang tahun kelahiran Brig Jen Mohd Ridza bin Deris, Pengarah merangkap Pengerusi KOD.

Semoga terus dikurniakan kekuatan, kesejahteraan dan kebijaksanaan dalam memimpin serta memperkasa organisasi ke arah kecemerlangan yang berterusan.

Photos from Kor Ordnans DiRaja's post 18/05/2026

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐‘๐€๐Œ๐€๐‡ ๐Œ๐„๐’๐‘๐€ ๐๐„๐†๐€๐–๐€๐ˆ ๐“๐ˆ๐ƒ๐€๐Š ๐“๐€๐”๐‹๐ˆ๐€๐‡ ๐‘๐„๐๐ƒ๐€๐‡ (๐๐“๐“๐‘) ๐Š๐Ž๐‘ ๐Ž๐‘๐ƒ๐๐€๐๐’ ๐ƒ๐ˆ๐‘๐€๐‰๐€ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

KUALA LUMPUR, 15 Mei 26 โ€“ Majlis Ramah Mesra Pegawai Tidak Tauliah Rendah (PTTR) Kor Ordnans Diraja (KOD) Tahun 2026 yang dianjurkan oleh PULNORD telah berlangsung dengan jayanya di Dewan PULNORD, Kem Batu Kentonmen.

Penganjuran majlis ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan silaturahim dan memupuk semangat kekitaan serta sebagai tanda penghargaan kepada semua PTTR KOD yang telah memperkasakan kor di dalam tugas yang dipertanggungjawabkan.

Turut hadir menyerikan majlis, Lt Kol Azron Nizam bin Ahmad selaku pemangku Pengarah KOD, Lt Kol Haji Mohd Shukri bin Haji Shaari Komandan PULNORD, SMR KOD PWI Mohd Shah Rizal bin Zulkifli dan Staf PULNORD.


Photos from Kor Ordnans DiRaja's post 11/05/2026

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐Œ๐๐”๐Š๐€๐€๐ ๐€๐Š๐“๐ˆ๐•๐ˆ๐“๐ˆ ๐๐€๐Š๐€๐“ ๐ƒ๐€๐ ๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐Š๐„๐๐€๐‰๐ˆ๐Š๐€๐ ๐Ÿ—๐Ÿ’ ๐ƒ๐„๐๐Ž๐“ ๐๐€๐๐†๐Š๐€๐‹๐€๐ ๐๐„๐‹๐”๐‘๐”

GEMAS, 8 Mei 26 โ€“ Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) 94 Depot Pangkalan Peluru (DPP) telah melaksanakan Majlis Pembukaan Aktiviti BAKAT 94 DPP Tahun 2026 serta Lawatan Kebajikan yang berlangsung dengan penuh harmoni dan semangat kekeluargaan. Majlis telah disempurnakan oleh Puan Nor Aida binti Mustafar, Pengerusi BAKAT 94 DPP bersama kehadiran seramai 35 orang ahli BAKAT 94 DPP.

Majlis dimulakan dengan ceramah agama bertajuk Fiqh Kewanitaan yang disampaikan oleh penceramah jemputan, Sjn Norsyafekah binti Nayan @ Shamsuddin, Penyelia Hal Ehwal Islam 14 RAMD Mekanize. Pengisian rohani ini memberi penekanan terhadap pembentukan institusi keluarga yang harmoni melalui penerapan nilai akhlak mulia seperti sabar, kasih sayang, hormat-menghormati serta komunikasi yang baik dalam rumah tangga. Selain itu, ceramah turut memberi pendedahan berkaitan hak dan tanggungjawab suami isteri agar hubungan kekeluargaan dapat diperkukuhkan atas dasar saling memahami dan menghargai.

Majlis diteruskan dengan lawatan kebajikan kepada adik Muhammad Farhan bin Mohd Hanif, anak kepada Puan Nur Amira binti Roslan, ahli BAKAT 94 DPP yang telah disahkan menghidap Mild Autism ADHD sejak usia tiga tahun. Lawatan ini bukan sahaja bertujuan menyantuni keluarga berkenaan, malah menjadi simbolik keprihatinan dan komitmen BAKAT 94 DPP dalam memperkukuhkan semangat kebajikan, silaturahim dan kesejahteraan keluarga warga pasukan.

Majlis diakhiri dengan jamuan makan serta penyampaian cenderahati kepada ahli BAKAT 94 DPP yang akan bertukar keluar sebagai tanda penghargaan atas jasa dan sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang berada di pasukan.

Oleh : Lt M Nur Azzira binti Zakaria


Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address


Markas Tentera Darat, Wisma Pertahanan, Kementerian Pertahanan
Kuala Lumpur
50634