18/12/2025
Hebahan Program Kemasyarakatan.
Kaunter Bergerak Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Pandan
Tarikh : 20 Disember 2025 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengahari
Tempat : Jalan Taman Saga off Jalan Saga 5, Taman Saga
Lokasi Maps : https://maps.app.goo.gl/xyLFwaojtGN9C9bt6?g_st=iw
Aktiviti :-
• Sesi Bertemu YB Rafizi Ramli
• Kaunter Nasihat Guaman Percuma (Syariah dan Sivil)
• Pemeriksaan Kesihatan Percuma
• Jualan Rahmah Madani
• Kaunter pembayaran hasil, kompaun dan aduan MPAJ
• Makan Tengahari Kenduri Rakyat
Semua warga Pandan dijemput hadir bersama keluarga.
20/11/2025
Hebahan Program Kemasyarakatan.
Kaunter Bergerak Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Pandan
Tarikh : 22 November 2025 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengahari
Tempat : Tapak Parkir depan Pasar Pagi Taman Maju Jaya
Lokasi Maps : https://maps.google.com/?q=3.128181,101.743538
Aktiviti :-
• Sesi Bertemu YB Rafizi Ramli
• Kaunter Nasihat Guaman Percuma (Syariah dan Sivil)
• Pemeriksaan Kesihatan Percuma
• Jualan Rahmah Madani
• Kaunter pembayaran hasil, kompaun dan aduan MPAJ
• Makan Tengahari Kenduri Rakyat
Semua warga Pandan dijemput hadir bersama keluarga.
21/02/2025
Program Kaunter Aduan Bergerak Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Pandan
Tarikh : 23/2/2025(Ahad)
Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengahari
Tempat : Padang Taman Kencana Jalan Kencana 22
Lokasi Maps : https://maps.google.com/?q=3.118258,101.748009
Aktiviti :
1. Sesi bertemu YB Rafizi Ramli di Kaunter Aduan
2. Jualan Murah/Rahmah oleh Segi Fresh Supermarket
3. Pemeriksaan Kesihatan Percuma
4. Kaunter pembayaran cukai Taksiran dan Kompaun MPAJ
5. Kaunter pendaftaran dan penerangan Air Selangor
6. Makan Tengahari Kenduri Rakyat bersama YB Ahli Parlimen Pandan dan Masyarakat Pandan
Semua masyarakat dijemput hadir bersama keluarga.
Terima kasih.
27/09/2024
Jemput hadir kepada semua warga Pandan.
Salurkan aduan, pandangan dan juga sebarang cadangan secara terus kepada YB Rafizi Ramli.
Di sebelah pagi Program Kaunter Bergerak bersama YB Rafizi Ramli. Turut dibuka, kaunter pemeriksaan kesihatan percuma dan kaunter pembayaran hasil Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ). Jamuan makan tengahari juga turut disediakan.
Di sebelah malam turut diadakan Pesta Tanglung Parlimen Pandan di lokasi yang sama. Warga Pandan dijemput hadir beramai-ramai bersama keluarga.
Waze/google Map 👇
Pautan lokasi program : https://maps.app.goo.gl/uLXKThL4jznFwqzm7?g_st=aw
17/05/2024
KAUNTER BERGERAK PARLIMEN PANDAN,
Sabtu, 18 Mei 2024
Kaunter Bergerak Parlimen Pandan akan diteruskan di Pandan Perdana seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 18 Mei 2024 (Sabtu)
Masa : 8:00AM-1:00PM
Tempat : Tasik Pandan Perdana Ampang, Jalan Perdana 3/10 (Tempat Letak Kenderaan)
Alhamdulillah, sambutan pada Kaunter Bergerak yang lepas di Pandan Mewah menerima sambutan yang baik daripada masyarakat setempat.
Tujuan pembaharuan konsep Kaunter Bergerak adalah untuk menjadikan ia lebih inklusif dan berkesan dalam membantu masyarakat di setiap kawasan di Parlimen Pandan. Kami terus berusaha untuk menambah baik Kaunter Bergerak dengan kerjasama daripada lebih banyak pihak dan agensi kerajaan.
Untuk Kaunter Bergerak kali ini, TEKUN Nasional dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang memberi pembiayaan kepada mereka yang ingin memulakan atau mengembangkan perniagaan, akan turut bersama di Pandan Perdana. Usaha memberi peluang kepada orang miskin untuk berniaga ini selari dengan matlamat Kementerian Ekonomi untuk membasmi kemiskinan.
Selain TEKUN dan AIM, Kaunter Bergerak akan turut disertai:
1- Jualan Ehsan Rahmah
2- Saringan Kesihatan Percuma
3- Pendaftaran Air Percuma Selangor
4- Kaunter Jabatan Kebajikan Masyarakat
5- Kaunter Aduan, Bayaran dan Pengurangan Kompaun MPAJ
6- Zakat Selangor
7- Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat
8- Kaunter Aduan Polis Bergerak
Mohon sebarkan kepada kawan-kawan di Pandan. Jumpa di sana insya-Allah.
Rafizi Ramli
01/05/2023
MAJLIS SAMBUTAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI PARLIMEN PANDAN 2023
Tarikh: 7hb Mei 2023 (Ahad)
Masa: 2:00ptg - 5:00ptg
Tempat: Dewan Perbandaran Ampang Jaya, Pandan Indah
https://goo.gl/maps/51wuv1kGVHnTbCjPA
Semua golongan masyarakat dijemput hadir
17/04/2023
Program pembelian baju raya bagi 100 orang kanak-kanak bawah umur 12 tahun dari keluarga yang memerlukan.
Semoga usaha ini mampu menceriakan Syawal pertama mereka.
15/04/2023
Serahan sumbangan raya sesi pertama kepada keluarga yang memerlukan di kawasan parlimen Pandan