Primus Wellness Social Impact

Primus Wellness Social Impact

Share

Primus Wellness is a social enterprise established in 2018, empowering B40 communities through income generation and entrepreneurship guidance.

We run programs that promote sustainable wellbeing through training, education, and healthy nutrition.

11/05/2026

Seorang ibu tidak pernah benar-benar berehat.
Dalam diam, mereka terus memberi kasih sayang, kekuatan dan perhatian tanpa meminta balasan.

Kerana itu, menghargai ibu bukan sekadar dengan kata-kata tetapi juga dengan menjaga kesihatan mereka, agar terus kuat menjalani hari-hari yang penuh pengorbanan. πŸ’š

Di Primus Wellness, kami percaya kesejahteraan bermula daripada penjagaan yang baik untuk diri dan keluarga melalui produk berasaskan semulajadi.

Buat semua insan bergelar ibu, terima kasih atas setiap doa, pengorbanan dan kasih yang tidak pernah habis.

Semoga terus diberikan kesihatan, ketenangan dan kebahagiaan setiap hari.

30/04/2026

Untuk semua wanita di Pasar Pintu..

Kami tahu bukan mudah.
Kami tahu ada penat, ada cabaran.

Tapi anda tetap datang, tetap berusaha, tetap kuat πŸ’š

Selamat Hari Pekerja.
Terima kasih kerana tidak pernah berhenti mencuba.

Kami bangga dengan anda.

------------------------------------------

To all the women at Pasar Pintu..

We know it’s not easy.
We know there is tiredness and challenges.

But you still show up, keep trying, and stay strong πŸ’š

Happy Labour Day.
Thank you for never stopping your efforts.

We are proud of you.

16/04/2026

πŸ“ Kunjungan ke Pejabat YB ADUN Seri Setia

Primus Wellness Life Resources berpeluang mengadakan sesi perbincangan bersama Pegawai Khas YB ADUN Seri Setia, Tuan Azli dan Tuan Zulman bagi berkongsi mengenai inisiatif Pasar Pintu, yang memfokuskan kepada sokongan usahawan kecil dan komuniti setempat πŸ’š

Perbincangan ini membuka ruang untuk kami memperkenalkan impak program serta meneroka potensi kerjasama pada masa akan datang.
Terima kasih atas masa dan kesudian pihak pejabat menerima kunjungan kami 🌿

21/03/2026

Di Primus Wellness, kami percaya bahawa kekuatan sebenar terletak pada kebersamaan πŸ’š

Walaupun berbeza bangsa dan budaya, kami bekerja sebagai satu keluarga, saling menyokong, menghormati dan berkongsi rezeki.

Aidilfitri ini mengingatkan kita bahawa nilai kasih sayang dan perpaduan itu tiada batas. πŸŒ™

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin daripada kami semua di Primus Wellness ✨


07/03/2026

πŸŒ™ Salam Nuzul Al-Quran

Semoga peristiwa penuh keberkatan ini mengingatkan kita untuk terus menghayati dan mengamalkan ajaran Al-Quran dalam kehidupan seharian.

May this blessed occasion inspire us to reflect on and practise the teachings of the Quran in our daily lives.

✨ Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran dari Primus Wellness Social Impact

06/03/2026

🌿 Kisah Inspirasi Pasar Pintu: Umi Kalsom

Umi Kalsom dari PPR Batu Muda menyertai Pasar Pintu pada tahun 2023 dengan minat yang mendalam dalam bidang perniagaan. Selepas menamatkan latihan dan menerima sijil, beliau mendapat berita gembira apabila disahkan hamil. Namun, dengan semangat yang kuat, beliau tetap meneruskan aktiviti jualan dari rumah ke rumah.

Pada mulanya Umi Kalsom agak kurang bergaul kerana kurang keyakinan diri. Tetapi melalui Pasar Pintu, beliau mula membina keyakinan, mendapat ramai kawan baru dan pelanggan sendiri. Buah-buahan dan sayur-sayuran yang dijual juga dibeli untuk keluarganya, membuatkan anak-anaknya semakin gemar makan buah dan sayur.

Pada tahun 2025, beliau kembali menyertai Pasar Pintu 2.0, kali ini berniaga di unit kedai yang lebih selesa bersama bayi yang telah selamat dilahirkan, yang kami gelarkan sebagai β€œBaby of Pasar Pintu.” πŸ‘Ά

✨ Kisah beliau membuktikan bahawa peluang dan sokongan mampu membawa perubahan kepada individu, keluarga dan komuniti.

-----------------------

🌿 Inspiring Story from Pasar Pintu: Umi Kalsom

Umi Kalsom from PPR Batu Muda joined Pasar Pintu in 2023 with a strong passion for business. After completing the training and receiving her certificate, she discovered she was pregnant. Despite this, she continued her door-to-door sales with determination.

Initially, Umi Kalsom was quite reserved and lacked confidence. Through Pasar Pintu, she gradually built confidence, formed new friendships and gained her own customers. The fruits and vegetables she sold also became part of her family’s daily meals, encouraging her children to enjoy healthier food.

In 2025, she returned to join Pasar Pintu 2.0, this time selling from a comfortable shop unit together with her newborn baby, lovingly known among us as the β€œBaby of Pasar Pintu.” πŸ‘Ά

✨ Her journey shows how opportunity and support can create positive change for individuals, families and communities.

For more information or to support the Pasar Pintu initiative, please email us at [email protected]




23/02/2026

KENAPA PENJAGAAN KULIT PENTING KETIKA BERPUASA?

Ketika berpuasa:
– Badan mudah dehidrasi
– Kulit menjadi lebih kering
– Rambut lebih rapuh

🌿 Moringa kaya dengan antioksidan dan nutrien semula jadi
yang membantu menyokong kesihatan kulit dan rambut.

Selepas seharian berpuasa,
hadiahkan diri anda mandian yang menyegarkan dan menenangkan.

Kerana Ramadan juga tentang menjaga amanah tubuh kita.

πŸ’š Segarkan diri dengan Moringa Aromatherapy Body Wash & Hair Shampoo.

---------------------------------------------------------------

WHY IS SKINCARE IMPORTANT DURING FASTING?

When fasting:
– The body becomes more easily dehydrated
– Skin tends to become drier
– Hair may become more fragile

🌿 Moringa is rich in antioxidants and natural nutrients
that help support healthy skin and hair.

After a long day of fasting,
treat yourself to a refreshing and calming shower ritual.

Because Ramadan is also about caring for the body entrusted to us.

πŸ’š Refresh your senses with Moringa Aromatherapy Body Wash & Hair Shampoo.






19/02/2026

πŸŒ™ Salam Ramadan 1447H

Salam Ramadan Al-Mubarak.
Semoga Ramadan ini membawa ketenangan, kesihatan dan keberkatan buat kita semua.

--------------------------------------------------------------

Ramadan Mubarak.
May this blessed month bring peace, good health and abundant blessings to all.

From us at Primus Wellness Social Impact πŸ’š

16/02/2026

🧧 Gong Xi Fa Cai 2026 🧧

🐎 Selamat Menyambut Tahun Kuda

Semoga tahun ini membawa
kesihatan yang berpanjangan,
rezeki yang melimpah,
dan keluarga yang sejahtera.

----------------------------------------------------------------------

🐎 Welcome the Year of the Horse

May this year bring
lasting health,
abundant blessings,
and harmony at home.








13/02/2026

🌿 Experience Natural Care with Our Exclusive Trial Pack! 🌿

Treat yourself to a complete self-care experience with our trial pack featuring:

Moringa Aromatherapy Hair Shampoo – gently cleanses and nourishes your hair while soothing your mind with natural aromatherapy.

Moringa Aromatherapy Body Wash – turns every shower into a refreshing ritual, cleansing your skin while uplifting your senses.

Cold-Pressed Virgin Coconut Oil (VCO) – a versatile natural booster for skin and hair, deeply moisturizing, helping to strengthen hair strands and reduce hair fall due to breakage.

✨ Key Benefits:
β€’ Made from high-quality, natural ingredients
β€’ Supports healthier, stronger hair and smoother skin
β€’ Helps control dryness and reduce hair breakage
β€’ Natural aromatherapy promotes relaxation and freshness all day
β€’ Suitable for all skin and hair types

πŸ’š Try it today and discover the natural transformation for your hair and skin!

11/02/2026

Membina Ekonomi Berimpak, Memperkasa Komuniti.

Primus Wellness Life Resources Sdn. Bhd. berbesar hati diumumkan sebagai antara Perusahaan Sosial yang terpilih untuk mempamerkan produk di Galeri Pameran Perolehan Impak Sosial Malaysia (PRISMA) sehingga 10 April 2026.

Majlis Pra Pelancaran Pameran PRISMA telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Sri Khairul Dzaimee bin Daud, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), bertempat di Lobi KUSKOP, Putrajaya.

Pemilihan ini mencerminkan komitmen berterusan kami dalam mendukung agenda Perolehan Berimpak Sosial, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan pembangunan ekonomi inklusif, kesejahteraan rakyat dan tadbir urus yang mampan.

Sebagai perusahaan sosial, model perniagaan Primus Wellness mengintegrasikan kesihatan, keusahawanan dan pemerkasaan komuniti melalui produk berasaskan sumber semula jadi serta pelaksanaan inisiatif seperti Projek Pasar Pintu, yang membuka peluang penjanaan pendapatan dan meningkatkan daya tahan kumpulan sasar.

Kami percaya bahawa kolaborasi strategik antara sektor awam, swasta dan perusahaan sosial mampu memperkukuh ekosistem ekonomi berimpak tinggi serta mencipta nilai bersama untuk negara.

Primus Wellness mengalu-alukan sokongan dan kerjasama daripada pelbagai pihak dalam memperluas impak sosial secara mampan.







Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


No. 3, 2nd Floor, Jalan Yap Ah Shak
Kuala Lumpur
50300

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:30
Friday 09:00 - 17:00