COMBI HRC

COMBI HRC

Share

COMBI HRC OFFICIAL

01/05/2024

REWANG RAYA VAGANZA
29 APRIL 2024

Menjelang sehari sebelum sambutan RAYA VAGANZA KUARTERS HRC 2024, amalan tradisi ‘rewang’ masyarakat terus dirasai apabila segala persiapan dan persediaan majlis di kalangan para sukarelawan berjalan dalam suasana yang penuh semangat bagi memastikan majlis yang akan berlansung nanti bermula dan berakhir dengan lancar seperti yang dirancang

Insha-Allah.

TERIMA KASIH PARA SUKARELAWAN!


29/04/2024

Sekalung tahniah diucapkan kepada En. Khaidir Baharuddin selaku Pengerusi COMBI Kuarters HRC di atas perlantikan sebagai SETIAUSAHA COMBI KEBANGSAAN SESI 2024-2026.

Ikhlas daripada,
Penyelaras, Jawatankuasa dan Seluruh Ahli COMBI Kuarters HRC.

23/04/2024

⭐️ *RAYA VAGANZA KUARTERS HRC 2024* ⭐️

Semua penduduk kuarters HRC dijemput hadir memeriahkan majlis yang akan berlangsung pada:

* *30 APRIL 2024*
- *⁠8.00 MALAM*
- ⁠*GELANGGANG BOLA JARING KUARTERS*

Sate, Lemang, Kambing Bakar, Char Kuew Teow, Sup Tulang dan pelbagai lagi juadah makanan & minuman akan disediakan!

🥘🧆🍡🍚🍜🥧🍮🍛🍎🍋‍🟩

Sertai juga pertandingan:

*1) VIDEO TIKTOK VAGANZA* 📸🎥🎞️
- Terbuka kepada semua penduduk kuarters HRC
- Hasilkan video berdurasi 15-30 saat
- Bertemakan Aidilfitri
- ⁠Pastikan akaun anda berada dalam mod awam (public)
- ⁠Muat naik video di akaun TikTok anda beserta hashtag:




- 3 penyertaan yang mendapat ‘LIKE’ tertinggi akan dipilih sebagai pemenang
- ⁠Tarikh tutup: 29 APRIL 2024

*2) BUSANA RAYA VAGANZA*🧥🥼🧥🥼🧥🥼
-Hadir ke majlis nanti dengan pakaian bertemakan Aidilfitri dan anda berpeluang memenangi anugerah Pakaian Terbaik mengikut kategori:
- Dewasa Lelaki
- ⁠Dewasa Wanita
- ⁠Kanak2 Lelaki
- ⁠Kanak2 Perempuan

SEMOGA BERJUMPA NANTI!
🎉🎊🎉🎊🎉🎊🎉🎊🎉🎊



Photos from COMBI HRC's post 29/03/2024

Program 'Bubur Lambuk Perdana HRC' dan 'Majlis Iftar Perdana Kuarters HRC' sempena bulan Ramadhan telah berlangsung dengan jayanya pada 27.3.2024 baru-baru ini.

Kerjasama ini adalah yang terbesar pernah diadakan di Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC) bagi menyedia dan mengedarkan bubur lambuk kepada seluruh kakitangan hospital, kakitangan sokongan, kakitangan konsesi, pesakit dan juga penjaga.

Tuan Pengarah HRC, Dr Faizul Nizam Abu Salim juga berbesar hati melibatkan diri dalam program ini dan berbuka puasa bersama-sama keluarga para penghuni kuarters sehinggalah selesai solat tarawih dan witir berjemaah.

Terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan kepada seluruh keluarga penghuni kuarters HRC yang hadir memeriahkan majlis. Tidak lupa juga para penyumbang dan kepada seluruh sukarelawan yang turut bergandingan bagi membantu melancarkan program ini.

2 program besar ini adalah gabungan kerjasama di antara:
>Surau Al-Islah HRC
>Surau Al-Falah Kuarters HRC
>Unit Penolong Pegawai Perubatan HRC
>Persatuan Penduduk Kuarters HRC - ppkhrc
>COMBI HRC
>PUSPANITA HRC

"SALAM RAMADHAN 2024"

09/02/2024

Selamat menyambut Tahun Baharu Cina.

Awas demam denggi!

Cari dan musnah tempat berpotensi pembiakan Aedes di dalam dan luar rumah.

Jauhi diri anda daripada gigitan nyamuk Aedes dan demam denggi.


Photos from COMBI HRC's post 17/01/2024

13 JANUARI 2024

PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA - HAPUS DENGGI & PENDEDAHAN KITAR SEMULA 3R

Program ini telah dianjurkan oleh pihak COMBI HRC dengan kerjasama Persatuan Penduduk Kuarters HRC - ppkhrc telah disertai oleh seramai 194 orang penghuni Kuarters Kakitangan Hospital Rehabilitasi Cheras dan 104 tunas COMBI.

Selain membersihkan kawasan perkarangan kuarters dan tempat tinggal masing-masing bagi mencegah pembiakan nyamuk aedes, penduduk juga berpeluang menjual barangan kitar semula (3R) menerusi program 'Trash-To-Cash'.

Semoga program yang bermanfaat ini dapat memberikan kebaikan kepada masyarakat setempat dan juga kebersihan alam sekitar.

Photos from Pejabat Kesihatan Cheras's post 17/09/2023

Alhamdulillah..

Kempen Sifar Sampah COMBI KUARTERS HRC
Sempena Bulan Malaysia Sihat Sejahtera Peringkat Pejabat Kesihatan Cheras 2023.

Terima Kasih semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung..

Terima Kasih x3👍

Photos from COMBI HRC's post 11/09/2023

PROGRAM DERMA DARAH OLEH PUSAT DARAH NEGARA LOBI PERKARANGAN HRC.

Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Kuartes Hospital Rehabilitasi Cheras
Kuala Lumpur